Saturday 21 May 2011

Qabil Khushry Qabil Igam (2007)





Sinopsis: kesakitan yang tidak tertanggung semasa bersalin bagaikan lenyap begitu sahaja bila melihat wajah anak yang dilahirkan…. Bertambah bahagia bila zuriat tunggal yang dilahirkan kembar. Sayang Ismail (Dato’ Rahim Razali) dan Tijah (Fauziah Nawi) kepad kedua-dua kembar Qabil Khushry dan Qabil Igam bagaikan melimpah ruah… Itulah racun. Itulah penawar. Di tatang bagai minyak yang penuh semenjak tapak kaki sebesar ibu jari… Itulah cinta sejati, seorang ibu kepada anaknya. Sayang Qabil Khusjry (Hans Isaac) terhadap adiknya Qabil Igam (Rusdi Ramli) bagai tersimpul semenjak mereka di dalam perut ibu mereka… Manjanya Qabil Igam (Rusdi Ramli) kepada abangnya Khushry pula bagaikan menyerahkan seluruh nywanya di telapak tangan Khushry… Itulah cinta antara dua beradik kembar tidak seiras ini. Rani (ZIana Zain) menyimpan hati kepada Khushry semejak di bangku sekolah. Adinnya Karisma (Erra Fazira) pula memuja Igam meskipun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam… Lalu cinta mengikat dua keluarga jadi satu…



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons