1 | P a g e
28  OKTOBER 2010 (KHAMIS) 
1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 April 2010 memutuskan bahawa 
Pusat Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program 
Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional 
(TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)  untuk mengikuti 
Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma  Lanjutan akan 
diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), 
Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai 
tahun 2011. 
2. Ia selaras dengan Dasar Kerajaan untuk mengarus  perdanakan 
Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional serta Latihan Kemahiran telah 
meningkatkan akses dan ekuiti lepasan sekolah menengah untuk 
melanjutkan pengajian dalam bidang TEVT dan Kemahiran bagi 
melahirkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi demi merealisasikan status 
Malaysia sebagai negara maju menjelang  tahun 2020. 
3. Dimaklumkan bahawa terdapat 850 Institusi Latihan Kemahiran yang 
meliputi 350 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan 500 Institusi 
Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) yang telah diakreditasikan oleh Jabatan 
Pembangun Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang 
menawarkan program di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma 2 | P a g e
Lanjutan. 
4. Sejumlah 5 Kementerian terlibat dalam penawaran  kursus 
berteraskan TEVT dan Kemahiran iaitu Kementerian Pengajian Tinggi, 
Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia & Sukan, Kementerian 
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pertanian dan Asas 
Tani. 
5. Agensi / Jabatan / ILKA dan Kementerian yang menawarkan 
Program Sijil & Diploma adalah seperti berikut :- 
5.1 Kementerian Pengajian Tinggi 
• Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) 
• Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) 
5.2 Kementerian Sumber Manusia 
• Jabatan Tenaga Manusia 
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) 
• Institut Teknikal Jepun (JMTI) 
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) 
• Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) 
5.3 Kementerian Belia & Sukan 
• Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) 
• Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) 
5.4 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 
Majlis Amanah Rakyat (MARA) 3 | P a g e
• Institut Kemahiran Mara (IKM) 
• Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) 
5.5 Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani 
• Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC),
6. Sejumlah 350 ILKA menawarkan Program Sijil dan Diploma yang 
meliputi  IKBN, ILP, CIAST, NATC, ADTEC, JTM, JMTI dan Kolej 
Komuniti.  Manakala Program Diploma TEVT ditawarkan di 27 buah
Politeknik seluruh negara bagi pengambilan tahun 2011 yang akan 
dilaksanakan 2 kali setahun iaitu Julai dan Januari. 
7. Kelayakan minimum untuk memohon program TEVT dan ILKA 
adalah seperti berikut: 
• Warganegara Malaysia ; 
• Boleh Membaca, Menulis dan Mengira; dan 
• Memenuhi Syarat Khas Kursus yang Ditetapkan oleh 
Institusi. 
8. Permohonan adalah terbuka terbuka kepada: 
• Lepasan SPM/Setaraf; atau 
• Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM); atau 
• Lepasan Sekolah Menengah. 
9. Permohonan kemasukan ke program TEVT dan ILKA dilaksanakan 
secara serentak dengan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Lepasan 
SPM. Ia bertujuan agar pelajar dapat lebih peluang memohon pengajian di 4 | P a g e
IPTA, TEVT atau ILKA yang ditawarkan. Permohonan akan dilaksanakan 
melalui kaedah 2 fasa : 
• Fasa 1:  Mulai 1 November 2010 hingga 31 Disember 2010 
                  (Lepasan SPM/Setaraf ) 
• Fasa 2:  Mulai 10 Januari hingga 4 April 2010 
                  (Lepasan SPM/SKM/Lepasan Sekolah Menengah) 
10.  Permohonan Fasa 1 ( Fasa Pendaftaran Permohonan), calon 
dikehendaki memohon tanpa pilihan senarai kursus yang ditawarkan dan 
hanya dikehendaki memilih bidang yang diminati. 
11.  Permohonan Fasa 2 (Fasa Pengesahan Permohonan), calon 
dikehendaki membeli Nombor Unik ID bernilai RM10.60 melalui agen 
pemungut (Bank Simpanan Nasional). Calon juga dikehendaki 
mengesahkan permohonan melalui memilih pilihan kursus yang 
ditawarkan.  Calon juga boleh memohon ke program pengajian yang 
ditawarkan di IPTA.  Fleksibiliti permohonan diwujudkan sama ada boleh 
memohon ke IPTA sahaja  ATAU memohon ke TEVT/ILKA sahaja  ATAU 
memohon kedua-dua institusi iaitu IPTA dan TEVT/ILKA. 
12. Kerajaan dan KPT prihatin dalam menyampaikan dan 
menyebarluaskan pelaksanaan dasar baru kerajaan serta maklumat terkini 
dan tepat kepada rakyat khususnya pemohon, pelajar  lepasan sekolah, 
lepasan SKM, ibu bapa serta masyarakat. Pekeliling  KPT mengenai 
perubahan dasar, prosedur permohonan dan maklumat terkini permohonan 
telah pun dihantar ke semua sekolah menengah serta  institusi yang 
berkepentingan bagi menyatakan pelaksanaan dasar kerajaan. KPT juga 5 | P a g e
akan meneruskan pelaksanaan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 
Kali Ke-7 Tahun 2011 dengan mengguna pakai kaedah penyampaian 
secara pameran pendidikan dan seminar hala tuju pendidikan. 
Pelaksanaan Karnival Pengajian Tinggi Negara secara `roadshow' di 11 
zon seluruh negara akan bermula pada awal Januari 2011 hingga awal 
April 2011. Pelbagai institusi termasuk IPTA, ILKA, Politeknik , Kolej 
Komuniti, IPTS, PTPTN, MQA, JPA, MARA/Penaja dan sebagainya akan 
turut serta dalam karnival ini. Maklumat lanjut mengenai KPTN sila layari 
laman web kemasukan atau KPT. 
   
13. Maklumat lanjut mengenai senarai kursus yang ditawarkan di TEVT 
dan ILKA, dasar,  prosedur permohonan, kriteria pemilihan dan pekeliling 
serta penganjuran Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2011 sila layari 
Laman Web Kemasukan  http://upu.mohe.gov.my.  
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar 
Jabatan Pengajian Tinggi 
Kementerian Pengajian Tinggi 
28 Oktober 2011 
sumber:http://www.politeknik.edu.my/webbpp/pdf_files/pengambilan.pdf
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
11 years ago
05:12
confidentlove
 Posted in:  

0 comments:
Post a Comment