Friday 20 May 2011

metro - tudung dan sukan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAMBIL melepaskan jeritan, beberapa wanita muda di sebuah kelas taekwondo di Montreal, Kanada mempamerkan tendangan masing-masing.
Mengenakan tudung yang direka khas untuk bersukan, tidak sehelai rambut pun terkeluar daripada tudung masing-masing. 
Atas tuntutan agama, atlet wanita ini tidak boleh mempamerkan rambut mereka kepada golongan bukan mahram namun masyarakat Barat sering mempertikaikan pemakaian tudung yang dianggap tradisional dalam pertandingan sukan. 

Justeru, pereka Kanada kelahiran Iran, Elham Seyed Javad muncul dengan idea yang membolehkan wanita mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan pada masa sama memenuhi tuntutan agama ini.

Tempahan untuk hasil pereka berusia 27 tahun ini terus menimbun dengan pesanan dari merata dunia termasuk Jepun, Jerman dan Australia.

Syarikat iQO Design kini mengintai kontrak lumayan untuk menyediakan tudung berkenaan kepada pasukan bola sepak wanita Iran de�ngan matlamat ia akan dipakai ketika kejohanan Olimpik kelak. 

Pereka muda itu mendapat idea untuk menghasilkan tudung berkenaan pada 2007 selepas lima gadis Muslim tidak dibenarkan bertanding dalam satu kejohanan taekwondo di Montreal kerana tudung mereka dianggap berbahaya oleh persekutuan sukan. 

Elham yang ketika itu mendalami pengajian rekaan industri di Universiti Montreal memang marah. Tetapi, daripada membuat bantahan, dia mengambil keputusan untuk mencari satu penyelesaian. 

Di pusat pengajiannya, dia menghasilkan rekaan baju-T berhud mudah dipakai yang dihasilkan daripada fabrik yang meregang. 

Universiti terbabit pantas saja memanfaatkan potensinya. Agensi di universiti terbabit yang bertanggungjawab untuk mengkomersialkan hasil penemuan dan inovasi saintifik memfailkan paten untuk tudung sukan itu bagi pihak dirinya di Kanada dan Amerika Syarikat. 

Diperbuat daripada fabrik yang boleh menyingkirkan peluh daripada tubuh, kain berkenaan mudah disarung dan diikat di bahagian belakang kepala. 

“Ia kurang panas dan kekal di kepala,” kata jurulatih, Gaelle Texier. 

Tambahnya, tudung itu juga tidak menjejaskan keadaan rambut. 

“Ia satu penyelesaian. Ia membolehkan kami untuk melakukan aktiviti sukan yang kami gemari yang sebelum ini kami dipaksa untuk berhenti bermain,” kata peserta taekwondo, Asmaa Ibnouzahir. 

Unit komersial universiti berkenaan, Univalor me�nyatakan rekaan berkenaan mempunyai potensi yang lebih besar. 

“Tentu sekali kami mahu memasarkannya kepada wanita Islam yang terbabit dalam bidang sukan, tetapi ia juga sesuai untuk perlumbaan Formula 1, go-kart dan digunakan di bilik pembedahan di hospital,” kata Thomas Martinuzzo daripada Univalor. 

Ia bukan saja untuk ahli sukan, jelasnya. 

Seorang anggota polis wanita Australia misalnya, baru-baru ini turut menggunakannya sebagai percubaan. 

“Matlamat saya adalah untuk mengasingkan pengertian agama daripada aspek sukan. 

“Jadi apabila pertubuhan lain menghubungi kami, ia sesuatu yagn sangat positif kerana aspek agama tidak dikaitkan dengan penggunaan pakaian itu,” kata Elham. 

Wanita ini yang tamat pe�ngajian ijazah sarjana mudanya pada 2009 kini bersama syarikat barunya, iQO Design yang menekankan falsafah rekaan - inovasi dan kualiti. 

Pada 2007, menerusi usaha sama dengan Philippe Albert-Lefevbre dan Guillaume Noiseux, mereka meraih anugerah People’s Choice pada acara Souk @Sat2007 untuk produk mereka, Stabl. 

Pada April 2009, wanita ini turut menerima peng�iktirafan pada pameran rekaan penuntut di Universiti Montreal untuk Fl�Coov iaitu nama yang diberikan kepada rekaan tekstil bergaya dan praktikal yang membolehkan golongan ibu menyusukan anak di tempat umum. 

Tudung bergaya ciptaannya yang dikenali sebagai ResportOn itu kini dijual pada harga AS$63 (RM189) di Internet. 

Setiap prototaip direka dan dijahit di studio Montreal, yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan. Tetapi Elham juga memasang impian besar dan berharap satu hari nanti, dapat menjual rekaannya itu di mana saja kedai sukan. 

Sejak ResportOn mula dijual pada November, minat terhadapnya terus melonjak yang menarik perhatian dari 170 bandar di seluruh dunia. 

Syarikat itu juga berkongsi dengan pelabur dan melatih wakil jualan di Iran. 

Syarikat berkenaan kini mencuba peluang mereka di hospital dan di kalangan pemandu kereta lumba serta wanita yang mahu menjaga rambut mereka daripada terdedah semasa berada di padang sukan - AFP

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons