Tuesday 14 June 2011

Cerpen : Setulus Cintamu 1

“Sedaplah makanan tadi tu! Boleh tahan juga harga dia ye.” 
“Kalau kau suka, aku boleh bawa lagi.”
“Hmm, kita nak ke mana ni?”
“Rumah aku. Ibu aku nak jumpa kau.”
“Ish, kau biar betul? Dah pukul 10.30 malam ni! Tak mengganggu ke?”
“Taklah! Kau relek je….” Lelaki itu tersenyum penuh makna.
Apabila mereka tiba di depan pintu pagar rumah lelaki itu, si gadis itu mula berasa sangsi. Apatah lagi apabila melihat tiga buah motosikal berkuasa tinggi tersadai di laman rumah lelaki itu. Dia mula bising untuk pulang dan tidak mahu mengikut lelaki itu masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba, keluar dua orang lelaki dari rumah itu.
“Aku tak nak!!”
“Diam! Ikut kitorang masuk!!” 
Kedua-dua lelaki it terus menyeret gadis itu ke dalam rumah sementara rakan lelakinya itu hanya tersenyum merenungnya. Di ruang tamu, lima orang lelaki lain sedang berborak. Tatkala menatap wajah gadis itu, mereka tersenyum-senyum. Lantas, gadis tadi terus diheret ke tingkat atas ke dalam sebuah bilik. Semalaman, dia dijadikan sebagai tempat lelaki-lelaki durjana itu melampiaskan nafsu binatang mereka….

Renea terjaga dari lenanya yang panjang apabila dia terdengar bunyi barang terjatuh. Kepalanya terasa pening dan berdenyut kuat. Dia cuba bangun namun tidak berdaya. Bahagian sulitnya terasa amat nyilu. Dia menyentuh dadanya. Eh, siapa yang pakaikan aku baju ni?! Matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang tekun mengemaskan bilik itu. Lantas hatinya berasa jengkel dan benci melihat lelaki berambut spiky itu. Sebuah jam kecil di sebelah katil itu dicapai lalu dibaling tepat mengenai bahu lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menjerit kesakitan. 
“Oh, kau dah bangun…” ujar lelaki itu.
Wajah lelaki itu direnung tajam oleh Renea. Benci. Meluat. Menyampah. Semuanya bercampur menjadi satu. Lelaki tadi tidak berkata apa-apa. Dia kelihatan serba salah. 
“Aku benci kau!! Kurang ajar! Apa yang kau dah buat?!”
“Er….aku…aku tak tahu apa-apa! Aku baru balik pagi ni…”
“Diam!! Banyaklah alasan kau!” jerit Renea. Dia cuba berdiri namun dia jatuh terduduk apabila kesakitan menyucuk-nyucuk di bahagian pangkal pahanya. Lelaki itu segera mendekati dia, cuba untuk membantu. “Jangan sentuh aku, bodoh!!”
Lelaki itu terpana. Dia menelan air liurnya, cuba untuk tidak mengambil hati dengan kata-kata kasar si gadis itu. Wajah Renea berkerut-kerut menahan kesakitan.
“Kau kejam!! Kau jahanamkan aku. Sapa kau hah?!”
“Maafkan aku. Sebenarnya, aku baru balik pagi tadi. Masa aku masuk bilik ni, semuanya berselerak. Habis baju-baju bertaburan. Aku…aku tak sangka rakan serumah aku sanggup bertindak sejauh ini. Memang aku tahu dia liar tapi…ah, maafkan aku!”
“Pergi mampuslah dengan kata maaf kau!! Kau boleh ganti ke apa yang aku hilang dengan sekadar meminta maaf?! Nyawa kau pun belum tentu boleh ganti lagi!” Air mata Renea merembes keluar. Bahunya terhinggut-hinggut menahan esakan yang semakin menggila. Dia tidak tahu apa yang patut dibuat selepas ini. Matilah aku nak menjawab dengan mak bapak aku!! Hidup aku dah musnah!!
“Aku…aku nak minta maaf lagi sekali…sebab pakaikan kau baju….” Wajah kacak lelaki itu menjadi sedikit merah.
PANGG!!!
Lelaki itu tergamam. Renea mengetap bibirnya. Matanya mencerun geram. Lelaki itu meraba pipinya yang terasa sedikit panas. Jari jemari kasarnya terpalit sedikit darah. Dia menarik nafas. Renea mendengus. Padan muka kau s i a l !! Biar berparut muka kau tu!! Pergi mampuslah!! 
“Padan muka!! Biar kau ingat sampai bila-bila, s i a l ….arghhh!!” Dia merengkot kesakitan. Lelaki itu sedikit panik apabila melihat darah yang mula membasahi lantai biliknya.
“Tahan!” Tubuh gadis itu segera didukungnya. Dengan pantas dia menuruni anak tangga rumah sewanya dengan berhati-hati. Pintu kereta Lexusnya dibuka dan gadis itu diletak di tempat duduk hadapan. Lalu dia terus membenamkan dirinya ke dalam perut kereta itu seraya memecut laju menuju ke hospital. 

“Itulah kau! Yang kau pandai-pandai sangat nak pergi jumpa jantan tu kenapa? Dah gatal sangat nak berlaki? Malam-malam buta pulak tu! Bukannya kau tak tahu sekarang ni memang banyak kes yang macam ni! Apalah bodoh sangat kau pergi percaya jantan yang baru kau kenal tu!!” jerkah ayahnya, En. Fazril. 
Renea hanya membatu.
“Huh! Aku betul-betul malu sebab bela anak macam kau ni! Patut aku kahwinkan aje kau, biar lepas tanggungjawab aku pada kau!”
“Ayah!” Wajah Renea terasa panas. Terasa sungguh kejam kata-kata yang dilemparkan oleh lelaki separuh abad itu. Dia cuba meraih simpati daripada ibunya yang berada di sisi ayah namun wanita itu langsung tidak memandangnya. Ah! Apa yang perlu aku lakukan? Peristiwa hitam itu terjadi di luar kehendakku!! Aku tidak terdaya untuk mempertahankan diriku!!
“Aku akan kahwinkan kau secepat mungkin! Tak kisahlah. Laki mana pun yang masuk meminang, aku terima je!”
“Ayah, Nia tak nak ayah!!” Gadis itu terus memeluk kaki ayahnya dengan erat. Air matanya mengalir membasahi pipi gebunya, yang pernah dicumbui oleh lelaki-lelaki durjana itu. “Ampunkan Nia ayah! Hukumlah Nia apa-apa pun, asalkan jangan buang Nia dari keluarga ini!!”
“Kau memang bukan darah daging aku pun!” Tubuhnya ditolak kasar oleh En. Fazril. Lelaki itu terus berlalu dari situ diikuti oleh isterinya. Renea hanya mampu menangis. Sampai hati ayah!! Mak…!

“Er…hai! Kau apa khabar?”
“Siapa ni?” Tanya Renea lemah. Dia menggosok matanya yang sembab dek menangis semalaman. 
“Fauzan…”
“Aku tak kenal.”
“Em. Aku yang hantar kau gi hospital….” Jawab Fauzan lambat-lambat. Renea tersentak.
“Hoi, mana kau dapat phone number aku ni?! Kau tak habis-habis nak mengganggu hidup akulah!!” Spontan Renea menengking lelaki itu. Hatinya bengang apabila teringatkan peristiwa dia diperkosa oleh lelaki-lelaki berhati binatang dulu.
“Aku cuma nak tanya keadaan kau saja. Kau sihat?”
“Hei gila! Kalau kau nak tahu, masa depan aku dah hancur kerana kau!! Sebab kau jugak mak bapak aku singkirkan aku! Diorang nak kahwinkan aku tahu tak!! Diorang tak kisah dengan penagih dadah mana pun asalkan aku lenyap dari pandangan diorang!! Kau jahanam!! Jangan ganggu hidup aku lagi!!” KLIK! Handphonenya dimatikan terus. s i a l ! Mana dia dapat nombor aku!! Adakah daripada….shit!
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Renea keluar dari rumah. Dia malas untuk bertentang mata dengan kedua-dua ibu bapanya. Kini, perutnya berkeroncong. Sebelum dia menuju ke dewan kuliah, dia singgah sebentar di kafeteria. Dia perasan ada beberapa pasang mata sedang memandangnya sambil berbisik. Shit! Janganlah berita s i a l tu tersebar! 
Sedang dia menjamu selera seorang diri, datang seorang rakannya. Selamba je minah tu duduk di sebelahnya dengan wajahnya yang simpati. Hati Renea sedikit cuak. Amende ni? Janganlah diorang tahu!! 
“Kenapa kau datang?” Tanya Rozi.
“Belajarlah! Apa lagi.”
“Ek, bukan kau dah bagi surat berhenti ke? Nak quit study?”
“Sapa kata?” Hati Renea mula membengkak. 
“Em…masa seminggu kau MC tu, bapak kau datang hantar surat berhenti belajar. Aku ingat kau nak tukar tempat belajar….er, apa yang dah berlaku ni, Nia?”soal Rozi lagi.
Selera Renea mati. Perutnya yang berkeroncong tadi mula terasa sebu, bagaikan hendak terkeluar semua makanan yang baru dihadamnya sebentar tadi. Dadanya macam nak meletup je. My future!! Impian aku nak jadi pereka fesyen!! Terkubur macam tu aje ke? Sampai hati ayah buat aku macam ni!
“Nia, kau okay?!” Rozi menyentuh bahu rakannya itu. Dia sendiri bingung. Apa cite ni? Cam serius je.
Gadis berambut lurus itu bangun. Tanpa menjawab pertanyaan kawannya, dia terus berlalu pergi. Kepalanya berserabut dengan pelbagai masalah. Dirinya…studi…. keluarga yang membencinya…kenapa? Kenapa semuanya datang serentak?! Aku mesti jumpa ayah! Dia tak patut buat aku macam ni. 
Sampai je di rumah, kelihatan En. Fazril sedang berbincang sesuatu dengan ibunya, Pn. Kasmi. Wajah mereka kelihatan serius. En. Fazril berpaling apabila terdengar bunyi derapan kaki Renea. Gadis itu mengetap bibirnya.
“Kau ke mana?! Mimpi nak pergi kuliah?”
“Ayah! Kenapa ayah tak tanya Nia dulu? Ayah tak patut buat Nia macam ni!” ujar Renea sambil merenung tajam ke arah En. Fazril. Lelaki itu berdiri. 
“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Aku berhak nak buat apa saja! Lagi pun, kau dah calit arang kat muka kami berdua!”
“Ayah! Nia tak berdaya nak melindungi diri Nia! Ayah, tolonglah faham keadaan Nia. Nia pun tak nak semua ini terjadi! Mak..!” Renea segera memegang lengan Pn Kasmi. “Mak, Nia tak salah mak!”
“Hish! Jangan pegang tangan mak. Kau memang degil, Nia. Berani pulak kau pergi jumpa jantan tu! Sekarang, terima sajalah padahnya!”
“Mak…kenapa mak benci sangat pada Nia?” Air mata Renea terus mengalir.
“Sebenarnya, memang sejak dulu lagi mak tak sukakan Nia. Nia menyusahkan mak! Keluarga Nia pun sama!”
Renea terkedu.
“Tak payah risau! Minggu depan kau akan kahwin dengan sorang laki ni. Lepaslah tanggungjawab aku!” Pn. Kasmi terus beredar dari ruang tamu. Renea terkaku sendiri.

Dia duduk di penjuru bilik sambil memeluk kedua-dua belah kakinya. Bibirnya diketap kuat. Sakit. Hatinya sakit dan sedih mengenangkan sikap kedua-dua orang tuanya. Sanggup mereka serahkan aku kepada lelaki ini? Aku langsung tak kenal laki bangang ni! s i a l an! Dahlah jahat! Arghhh!! Renea menekup wajahnya. Dia tersentak apabila daun pintu bilik itu ditolak. Lelaki itu terus mengunci pintu lalu melucutkan bajunya. Mata Renea terbeliak. Boleh tahan gak! Eh, apa yang aku merepek ni! Dia jahat!! 
“Hai….kat sini rupanya.” Fauzan tersenyum manis sambil mendekati gadis yang kini sudah sah menjadi isterinya, yang halal untuk berada di sisinya. “Hmm….Renea Anithzasya. Sweet name…macam orangnya.”
Renea mendengus kasar. Muka Fauzan dijeling. Namun, lelaki itu tidak mengambil hati dengan respon si gadis.
“Abang ngantuklah. Jom kita tidur, Nia?” 
“Aku tak nak! Kau tidurlah sorang-sorang!” balas Renea kasar tanpa memandang wajah lelaki kacak itu.
“Laa, tak best la tidur sorang! Lagi pun, ni first night. Sedihnya kalau tidur sorang-sorang….”
“Yang kau kahwin dengan aku buat apa? Padanlah dengan muka kau! Kau tahu tak aku benci tengok kau! Kau pemusnah! Kau dah jahanamkan masa depan aku! Eiii, kalau boleh aku nak pukul je kau tahu tak! Kau pun satu. Kenapa kau kahwin dengan aku?? Kau tak de otak ke? Ambik sisa orang….”
“Renea.” Fauzan menekup bibir mungil gadis itu dengan tangannya. Dia tersenyum. 
Renea terkesima. Dadanya berdebar-debar kerana wajah Fauzan berada sungguh hampir dengan wajahnya. Agaknya kalau lelaki itu bergerak seinci lagi boleh melekat la kot. Matanya langsung tidak berkedip merenung mata lelaki itu.
“Abang tak kisah semua itu. Kalau abang kisah, abang takkan kahwin dengan Nia. Jadi, jom kita tidur.”
“Nia tak nak…” balas Renea perlahan.
“Nia, abang ajak baik-baik. Abang tak suka paksa orang tau…” ujar Fauzan sedikit mengugut. Akhirnya, Renea akur.
Dia berbaring di atas tilam empuk katilnya. Fauzan tersenyum gembira. Renea terasa tubuhnya seram sejuk. Dia sedikit tersentak apabila pinggangnya dipeluk erat oleh Fauzan. Dia rasa macam nak menangis pada saat itu juga. Pelukan semakin dieratkan. Hembusan nafas lelaki itu terasa lembut menampar pangkal lehernya. 
“Abang mengahwini Nia kerana abang cintakan Nia….” Bisik Fauzan. Renea mengetap bibir.

“Sayang!! Cepat bangun! Ish, semalam bukannya buat apa-apa pun tapi dia pulak yang lebih-lebih tidur.” Ujar Fauzan sambil mencubit lembut pipi Renea. Spontan Renea menepis tangannya. 
“Jangan sentuh…” Sebiji bantal dicapainya lalu ditekup wajah sembabnya. 
“Ek, Nia nangis ke semalam?”
Diam.
“Nia….” Bahu gadis itu disentuh.
“Eii! Jangan sentuhlah! Aku tak suka!” 
Fauzan telan liur. Dia segera bangun. Dia masih marahkan aku? Ah! Untuk apa? Bukan aku yang rosakkan dia dulu! Aku tak bersalah. I’m innocent! Semalam pun aku tak buat apa-apa sebab dia memang langsung tak nak. Argh! Macam mana aku nak tackle dia balik? Dia betul-betul dah bencikan aku. Fauzan duduk termangu di meja makan. Scramble egg di depan langsung tidak disentuhnya. 
Selera dia mati. Bosan, dia terus buka TV. Langsung tak de cerita yang menarik pada pagi-pagi buta ni. Hmm. Baru nak pukul 9 pagi! Tiba-tiba, Renea turun siap berpakaian lengkap. Nak ke mana dia tak tahu. 
“Nia nak gi mana?”
“Nak jumpa mak.”
“Abang hantar?” Fauzan bangun.
“Tak pe. Nia boleh pergi dengan teksi.” Gadis itu segera menarik pintu kayu jati itu. Fauzan menarik lengannya.
“Abang tak izinkan Nia keluar kalau Nia nak pergi dengan teksi. Tahukan apa akibatnya isteri yang nusyuz?” 
Renea mengetap bibirnya. Dia menarik tangannya dengan kasar.
“Cepatlah hantar!”
Gadis itu terus keluar. Senyuman terukir di bibir Fauzan. Kunci kereta dicapainya. Lalu dia memandu dengan tenang. Hatinya berasa tenang berada bersama Renea walaupun kebencian gadis itu terhadapnya meluap-luap. Tidak berapa lama kemudian, mereka tiba di rumah Renea. Gadis itu segera keluar dari kereta. Sebelum dia keluar, dia sempat berpesan kepada Fauzan agar jangan ikut sekali. Malas bertekak, Fauzan hanya mendiamkan dirinya. 
“Emm, lamanya dia? Dah lima belas minit.” Getus hati kecil Fauzan. 
Fauzan hampir terlelap tatkala mendengar bunyi pintu keretanya dibuka. Dia meraut wajahnya. Fauzan perasan bahu Renea yang terhinggut-hinggut itu. Ya Allah! Apa hal lagi ni? Nak tanya ke tak nak? Isteri kesayangannya sedang menangis teresak-esak. Enjin kereta dihidupkan. Hala tujunya selepas ini ialah tempat kediaman barunya. Sampai saja di depan rumah, Fauzan mematikan enjin keretanya. Dia memandang wajah Renea.
“Nia, kenapa ni? Mak Nia cakap apa??”
Diam.
“Kalau ada apa-apa, gitau abang.” Pada ketika itu, Fauzan teragak-agak untuk menyentuh tangan isterinya. Kang kena hamun pulak. Orang tengah benci. “Nia.”
Tanpa berkata apa-apa, gadis itu terus keluar dari kereta dan meluru masuk ke dalam rumah. Tinggallah Fauzan sendirian, memikirkan nasib hidupnya pada hari-hari yang akan datang. Kesian dia. Apa yang patut aku buat sekarang? Nampaknya, aku perlu banyak bersabar! Ya Allah, kuatlah imanku dan tingkatkanlah kesabaran dalam diriku ini. Lembutkanlah hati isteriku agar dia dapat menerima diriku. Biarlah dia sedar yang aku tidak bersalah! 

Dia terasa bahunya disentuh oleh seseorang. Dia berpaling ke belakang untuk melihat tuan empunya badan. Serta-merta perutnya kecut. Wajahnya menjadi pucat. Peristiwa hitam pada malam itu menerjah ke benak fikirannya. Seluruh tubuhnya menggeletar. Lelaki itu kini berada di hadapannya dengan sebuah senyuman nakal. Renea kelu.
“Hai Renea. Tak sangka kita bertemu lagi. Memang hari bertuah aku…” Ezi mendekati Renea lalu tangannya mula gatal untuk menyentuh pipi gebu gadis itu. Tangannya ditepis kasar oleh gadis bertubuh ramping itu. “Heh. Marah nampak? Tapi, memang tak dinafikan selepas malam tu je aku dah jadi kaya. Thanks to you baby.” Tangan Renea digenggam kuat. 
“Lepaskan tangan aku….” 
“Kau dengar kata aku ni. Jangan cuba nak buat apa-apa. Aku tahu kau pergi report polis hari tu. Kalau kau nak tahu, aksi pada malam tu dah dirakam oleh aku. Gambar-gambar kau pun berlambak ada kat rumah aku tu. Aku boleh buat apa saja yang aku suka kalau kau tak ikut cakap aku!” bisik Ezi.
Ketakutan mula menyelubungi dirinya. Terasa sungguh lemah dan kerdil diri ini. Adakah aku di bawah penguasaannya? Dia mengugut aku!! Renea ditarik ke tempat yang agak terpencil, jauh dari manusia-manusia yang sedang sibuk membeli-belah.
“Aku nak tepat jam lapan malam esok kau datang ke Pub AllNite Café…seorang diri. Jangan cuba nak berlagak pandai. Pakai lawa-lawa.” Lelaki itu tersenyum sambil matanya liar menjilat seluruh tubuh gadis itu.
“Kenapa?”
“Datang sajalah! Jangan banyak tanya. Yang aku tahu, kau dah terpacak kat depan pub tu. Kalau tak…lepas malam ni kau akan jadi superstar. Paham maksud aku kan? Gambar-gambar kau tu…..ramai yang nak beli sebenarnya.”
“Kau binatang.” Mata Renea tajam memandang muka jahat Ezi. Lelaki itu hanya ketawa. 
“Okay, see you tomorrow. Jangan lupa…..” Ezi terus beredar dari situ. 
Apa perlu aku buat?? Perlu ke aku pergi esok? Kalau aku tak pergi, dia mesti sebarkan gambar-gambar aku tu. Malulah aku! Malu lagi Fauzan…ah! Buat apa aku fikir lelaki bodoh tu?! Mood Renea untuk window shopping hilang bagai angin lalu. Dia singgah di McDonald’s. Dirinya terasa kosong. Inikah takdir aku? Apa yang aku dah buat dulu? Kesalahan apa? Adakah kerana mak dan ayah aku dulu? Tak mungkin!! Itu bukan salah aku! Itu salah diorang! Aku tiada kena-mengena langsung! 
Tutt! Tuttt! 
Fauzan. Renea mendengus. Perlu ke aku jawab? Benci nak mampus dengar suara lelaki ni. Telefon bimbitnya dimatikan. Renea bangun dari duduknya. Aku bukan anak patung untuk digunakan sewenang-wenangnya!! 
Di rumah, Fauzan mundar-mandir. Mana minah ni? Keluar langsung tak gitau. Orang call bukannya nak jawab. Ish! Sabar Jan, sabar! Nak sabar apa lagi?! Mangkuk ni memang degil, keras kepala. Fikir ego dia aje! Ego aku?! Dah tu, kau nak buat apa? Kau gak yang kutip dia kan? Gatal sangat! Dia bukannya nakkan kau pun, perasan hensem! Apa pulak! Aku kahwin dengan dia sebab aku cintakan dia. Kali kedua aku jumpa dia, aku dah jatuh cinta tahu tak! Cinta pandang kedua! Ahaks, suka hati kaulah mamat. Kau memang pak sanggup. Oi, diamlah!
BUMM! 
Fauzan tersedar dari lamunannya. Kelihatan wajah mencuka Renea menghiasi pandangan retinanya. Dia lega kerana Renea balik dengan selamat. Dia ada terdengar desas-desus yang kawan serumahnya dulu itu cuba mencari Renea. Minta dijauhkanlah!!
“Nia ke mana sayang?” Tanya Fauzan lembut.
Diam. Gadis itu langsung tidak memandang wajahnya. Beg sandangnya dicampak ke atas sofa. Fauzan telan liur apabila melihat dressing isterinya. Cargo pants light brown dengan jersi merah bernombor 14. Macam bukan bini orang je! Tiba-tiba, terbit rasa cemburu di hatinya. Ada ke orang yang cuba mengorat dia? Ada ke yang usha dia tadi? Ish, merepeklah aku ni! 
Renea mendengus. Dia menghala langkahnya ke dapur. Pintu peti sejuk dibuka dan sekotak susu diambil. Tanpa menggunakan gelas, dia meneguk susu itu terus dari kotaknya. Sesuatu yang pantang dilihat oleh Fauzan.
“Nia, minum tu sopanlah sikit.” Tegur Fauzan. 
Hati Renea jengkel. Sengaja diteguk susu itu lagi. Dia tahu Fauzan marah. Lantaklah!! Dalam jangkaannya, Fauzan merampas kotak susu itu dari tangannya. Dia tersenyum sinis. 
“Kenapa? Tak suka ke?” soal Renea.
“Nia ni. Kan tak sopan minum macam ni? Lagipun, nampak tak cermat.” 
“Suka hati akulah! Yang kau tengok tu kenapa?” jerit Renea. Dia melangkah untuk pergi tetapi dihalang oleh Fauzan.
“Nia pergi mana tadi?” Tanya Fauzan lagi. Dia merenung wajah ayu isterinya yang kini dihiasi dengan kebencian. 
“Buat apa kau nak tahu?”
“Lain kali kalau Nia nak keluar, gitaulah abang. Risau abang tahu tak? Lagipun, Nia kena minta izin abang dulu. Tak baik kalau keluar tanpa izin suami.”
“Ish, sudahlah!! Boleh tak kau jangan nak berlagak baik depan aku? Hah! Kalau kau tak suka, kenapa kahwin dengan aku? Selepas hidup aku kau musnahkan, kebebasan aku pun kau nak rampas! Sekarang, puaslah hati kau?” marah Renea. Kemarahannya meluap-luap. Dia jengkel dengan kesopanan lelaki itu ketika berbicara. Dia kekok dengan kelembutan renungan mata lelaki itu. Dia benci melihat senyumannya. Macam bagus sangat!! 
Fauzan meraut wajahnya. Masya Allah! Dia ni betul-betul marah kat aku. Ah! Siapa yang takkan berkelakuan macam ni kalau dah ditimpa bencana seumpama itu. Bukan aku yang berada di tempatnya so aku tak boleh nak ringan mulut je bercakap. Jan, sabar!! 
“Nia ada masalah ke? Gitaulah abang.” Tangan gadis itu digenggam erat. Renea kaku. “Cakaplah, Nia.” 
Air mata Renea tumpah lagi. Dia menangis teresak-esak di depan Fauzan. Hendak diluah, rasanya tidak kena. Hendak disimpan, menyakitkan jiwa saja. Tubuh ramping isterinya dipeluk erat. Nia….Nia. Tak boleh ke kalau kau bersikap lebih terbuka dengan aku? Fauzan mengeluh kecil. Lama Renea menangis dan pelukan lelaki itu semakin erat melingkari tubuh gadis itu. 

“Aku nak ke rumah kawan.”
“Siapa kawan Nia tu?” Tanya Fauzan. Ketika itu dia sedang membersihkan kasutnya.
“Kalau cakap pun bukannya kenal.” Gadis itu terus menyarungkan kasutnya. Beg sandang di sauk pada tubuh. “Bye.”
“Nia, biar abang hantar!” 
“Tak payah. Teksi dah sampai.” 
Renea merenung hujung kasutnya dengan sayu. Dia teringatkan perbualannya dengan Fauzan. Lelaki itu sungguh mengambil berat terhadap dirinya. Betul ke perbuatan aku terhadapnya? Bercakap kasar dan bersikap dingin? Ah! Sudah terlalu banyak dosa aku dengan dia. Aku sudah boleh dianggap nusyuz!! Masya Allah. Ampunkan aku! Entah kenapa bila aku melihat wajahnya aku terasa benci. Peristiwa dulu pasti muncul kembali di kotak ingatanku. Ah…Fauzan….
“Honey…! Hmm, very good! Kau ikut kata aku!” Bahu Renea dipeluk oleh lelaki itu. Gadis itu tersentak dari lamunan. “Jom, kita ke sana. Sorrylah lama kau tunggu…” bisik Ezi sambil mencium tengkuk Renea. 
“Jangan nak kurang ajarlah!” Renea menolak muka Ezi tetapi lelaki itu memegang kuat pergelangan tangannya. 
“Kalau nak tunjuk ganas, bukan sekarang ye. Dalam bilik motel tu kau boleh buat apa saja.” 
“Apa?” Muka Renea pucat lesi. “Ezi! Jangan buat aku macam ni. Dah cukuplah peristiwa dulu tu….tolong! Aku nak balik…”
“Baliklah kalau berani. Nanti aku jual gambar bogel kau tu!” ugut Ezi sambil merenung tajam anak mata Renea. Bibir Renea terketar-ketar. “Hah, laki tu la. Dia nak sangat jumpa kau bila aku tunjuk gambar kau kat dia.”
Air mata mula bergenang di kolam matanya. Ya Allah. Tolonglah aku!! Dia berasa takut tatkala memandang wajah lelaki yang sedang tersengih-sengih di depannya. Miang nak mampus!! Ezi ni kejam!! Sanggup dia buat aku ni macam pelacur! Guna aku untuk dapatkan duit!
“Wah, memang ayu dia ni. Ezi, you’re the best. Pandai kau pilih taste aku.” Lelaki yang bertubuh gempal dan perut sedikit boroi itu mendekati Renea. Tangannya gatal memegang dan mengusap-usap tangan mulus Renea. Gadis itu telan liur. “Sayang, jom kita ke bilik. I dah tak sabar ni. Ezi, duit kau boleh ambik dalam kereta aku!” 
Renea ditarik naik ke bilik motel yang berada di sebelah pub itu. Gadis itu bagaikan kerbau dicucuk hidungnya, hanya menurut langkah lelaki bertubuh gempal itu. Dia tidak ingin membayangkan apa yang akan terjadi selepas ini. Tolonglah aku….ah! Fauzan!! Dia teringat telefon bimbit yang berada dalam beg sandangnya. Aku kena bertindak bijak kali ini. Mereka masuk ke dalam bilik bernombor 13. Pintu bilik dikunci.
“Baby!” Serentak dengan itu, tubuh gebu Renea dipeluk kemas. Lelaki itu mula mencumbui wajah dan tengkuk Renea dengan rakus. Renea menarik nafasnya. 
“Ah…kejap! Biar I masuk tandas dulu….tak selesalah.” 
“Nantilah…!”
“Ah…ek…sayang…kita ada banyak masa malam ni. Jangan terburu-buru. I nak ke tandas ni. Dah tak tahan nak buang air….” Pujuk Renea lagi. Geli s i a l !!
“Okaylah! Cepat sikit ya. I akan tunggu you.” Mata liar lelaki itu terus menelanjangi tubuh Renea yang disaluti pakaian casual.
Dalam tandas, Renea cepat-cepat menghubungi suaminya. Hanya Fauzan saja harapannya sekarang. Tut…Tut… Angkatlah cepat!! Ish! Tutttt………Tiada jawapan. Renea terasa air matanya hampir merembes keluar. SMS! SMS aje!! 
TOK! TOK! 
“Sayang, cepatlah sikit. I dah pesan orang suruh belikan minuman pada kita.”
“Kejap. Perut I sakit sangat! You pasanglah lagu…” jawab Renea. Ish, tolonglah! Janganlah dia syak aku cuba berbuat sesuatu. 
Lebih kurang lima minit selepas itu, ketukan kedengaran. Kali ini lebih kuat. 
“I’m coming! Kejap, kejap!” Shit! Fauzan, cepatlah datang!!
Renea keluar dari bilik air. Dia cuba berlagak selamba. Matanya bagaikan terbelalak keluar apabila melihat lelaki itu tanpa seurat benang di tubuhnya. Jijik benar! Lelaki gatal itu mula meluru ke arahnya.
“Wait, wait! Nama you siapa?”
“Zaki.” 
“Okay, Zaki. Let’s play a game!”
“Ala, I dah tak tahan ni!” Tangannya meramas-ramas lengan Renea. 
“Let’s play hard to get. Ni nak uji sama ada you tere tackle I ke tak. I cabar you?”
“Whatever! So, get ready! I’m coming after you!” Lelaki itu terus menerkam Renea tetapi gadis itu sempat mengelak. Dia cuba sedaya upaya untuk melengahkan masa. “Wow, this is fun!”
Tetapi, Renea tidak berjaya. Tubuhnya telah terperangkap dalam pelukan lelaki gendut itu. Dia lemas dengan ciuman yang bertubi-tubi. Dia jijik dengan tangan liar lelaki itu yang menyentuh seluruh lekuk tubuhnya. Matanya terpejam rapat, berdoa agar Fauzan cepat sampai.
TREEET!
Pada ketika ini, baju Renea sudah terkoyak sedikit. Nampaknya, Zaki tidak mengendahkan jeritan loceng itu.
“Sayang, pergilah tengok siapa.” Ujar Renea sambil berpura-pura mengusap pipi lelaki itu. Dia terasa hendak termuntah dengan lakonannya kini. 
“Lantaklah. I nak you sekarang!” Tangan kasarnya segera menyentap seluar Renea. Gadis itu menjerit tiba-tiba. Dia terus meronta-ronta dan menendang tubuh Zaki. “Hoi! Apa you ni?!” 
Renea segera berlari ke pintu utama. Selak pintu ditarik. Wajah Fauzan terpacul di depannya. Namun, dia terasa badannya terdorong ke belakang. 
“Nia! Hoi, keparat! Apsal tak cari je pelacur kalau dah gian sangat?!” Tumbukan padu singgah di muka Zaki. Maka terjadilah pergelutan antara kedua-dua lelaki itu.
Renea mengesat air matanya. Dia hanya melihat adegan itu dari jauh. Matanya ternampak sebotol champagne yang dipesan oleh Zaki tadi. Lantas dia mencapai botol berat itu dan diketuk pada kepala Zaki. Lelaki itu menyeringai kesakitan. 
“Nia, jom blah!” Fauzan menarik tangan isteri kesayangannya dan terus keluar dari perut motel durjana itu. 
Dalam kereta, masing-masing kelu. Esakan Renea masih bersisa. Tiba-tiba, dia menjadi takut dan malu untuk berhadapan dengan lelaki di sebelahnya. Kedengaran ketukan jari jemari Fauzan pada cermin kereta. Lelaki itu mengetap bibir. Dia sedang mengawal kemarahannya yang sedang memuncak itu. Kemudian, dia melirik ke arah Renea yang sedang tunduk. Tangan gadis itu digenggamnya.
“Kenapa tak gitau abang nak ke sini?”
Diam.
“Nasib baik abang terjaga tau. Kalau tak memang sampai esok pagi abang takkan baca SMS Nia tu.” Ujar Fauzan. “Nia tahu apa perasaan abang di kala itu? Abang rasa betul-betul takut dan tak tentu arah jadinya. Tanpa fikir apa-apa, abang terus pecut kereta datang ke sini. Nasib baik sempat lagi. Nia tahu kenapa abang takut? Sebab….abang tak nak peristiwa dulu berulang kembali. Abang nak Nia lupakan peristiwa itu!”
“Minta maaf….” Pinta Renea.
“Nia, abang nak Nia cakap kenapa Nia pergi jumpa laki gemuk tu! Dahlah tak handsome, boroi pulak tu!” kata Fauzan dengan penuh rasa cemburu. Renea tersenyum sedikit. Kelakar betul kata-kata mamat ni.
“Ezi ugut….”
“Ezi? Dia yang….hmm.”
“Dia cakap, kalau aku tak datang dia nak sebar gambar aku. Siap ada video lagi. Tu yang aku terpaksa pergi! Aku betul-betul takut……….” Renea menarik nafas. “Terima kasih kerana menolong aku….”
“Nia….” Wajah gadis ayu itu ditenungnya. Ezi!! Shit! Tak sangka dia tu masih berkelakuan cam setan! Video dan gambar. Aset ugutan yang paling berharga. Aku mesti buat sesuatu.
“Hmm, jom kita gi makan somewhere. Nia nak makan apa?”
“Em…ais krim?”
“Okay. Kita gi Baskin Robbin. Em, Nia suka strawberry?”
“Coklat, raspberry, vanilla.” Jawab Renea perlahan. 
Good respon. Fauzan tersenyum sendirian. Hmm, apa aku nak buat lepas ni….

“Hm, he’s really handsome! Cute.” 
“Ya ke?”
“Laa, apa kau cakap ni? Dia kan husband kau. Boleh pulak respon cam taik!” kata Muskan. Dia tersenyum sambil menatap gambar Fauzan. Jealousnya aku!! Handsome siot mamat ni!! Mana entah minah ni kutip!!
“Sudahlah tu! Lama pulak kau tengok!” Gambar itu diambil dari tangan Muskan. Gadis berambut ikal itu ketawa melihat gelagat Renea. Tahu pun takut! Muskan tahu Renea dipaksa kahwin dengan lelaki itu. Ala, kalau aku tak kisah pun. Dahla handsome, berduit lak tu. Okay apa!
“Kau dah balik rumah mak dia?”
“Belum. Maybe next week kot dia bawa aku balik rumah mak dia.”
“Dia ada brothers lain?”
“Dia ada adik perempuan je. Itu pun baru form five.” kata Renea.
“Muda lagi. Ala, tak jauh beza dari kau. Kau baru 20! Hm, Fauzan berapa?”
“27 kalau tak silap.”
“Standard la tu.” 
“Em, kejap aku nak gi tengok kek coklat yang aku buat tu.” Renea bangun dan beredar ke dapur. Mata Muskan meliar, menerokai seluruh ruang tamu yang dicat biru itu, warna kegemaran Fauzan. Sebenarnya, dia simpati dengan keadaan Renea. Inilah kali pertama dia datang melawat Renea selepas gadis itu berkahwin.
“Mus! Jom makan! Kek aku menjadi la!”
Tiba-tiba, kedengaran deruman enjin kereta di laman rumah. Renea mengagak Fauzan sudah pulang. Dia menyuruh Muskan supaya ke dapur. Pintu dibuka dan Fauzan sudah tercegat di hadapannya. Lelaki itu mengukir sebuah senyuman manis. Selamba saja dia mencium pipi isterinya. Gadis itu tergamam. 
“Emm, bau kek coklat la! Nia buat ke?”
“Aa…em…kat dapur….” Habis! Bertabur ayat! 
“Jom makan.” Tangan gadis itu ditariknya. Pada ketika itu Muskan sedang menuang jus oren ke dalam tiga biji gelas kaca. “Oh! So, we have company?”
Renea tersenyum.
“Kawan Nia…Muskan. Muskan, husband aku Fauzan.”
“Nice meeting you, Fauzan.” 
Fauzan hanya sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Kemudian, dia terus mencapai sebilah pisau untuk memotong kek coklat di atas meja. Renea membisu.
“Sayang, jomlah makan. Mus, help yourself!” Sepotong kek diletakkan di atas pinggan lalu dihulurkan kepada isterinya. Renea menyambutnya dengan teragak-agak. Sepotong kek lagi diberikan kepada Muskan. 
“Thanks!” Muskan tersenyum lebar. Ish, handsomenya!! “So, Fauzan. Camne life sekarang? Happy dengan Renea?”
“Mestilah happy! Dapat hidup dengan orang yang kita cintai. Kau macam mana?” 
Muskan tersentak sedikit. Uiks, mamat ni panggil ‘kau’ dengan aku? Selamba gile. Renea tidak mengendahkan perbualan mereka. Muskan sudah dapat mengagak Fauzan ni lelaki yang macam mana.
“Aku biasa je. Hmm, Nia romantic tak?” 
Fauzan ketawa kecil. Dia menjeling ke arah isterinya. Renea mencebik. Mangkuk ayun betul budak Mus ni! Soalan taik juga dia tanya.
“Pada aku, gaya dia memang selalu menggoda iman aku. Romantik tu….hmm…takkan nak cerita kot? Our secret!” jawab Fauzan sambil ketawa. 
Muskan telan liur. Handsomenya…hish!! Apa aku ni? Aku dah ada balak ah! Lagi pun, Fauzan ni suami kawan aku! Siot je.
“Hmm, aku cemburu dengan Nia ni! Dapat suami cam kau.”
“Kenapa pulak? Apa yang bagus sangat tentang aku?” soal Fauzan sambil mengunyah kek coklat. Kini, sudah lima potong kek disumbat ke dalam perutnya.
“Hm, aku suka buat first expression dengan orang yang aku baru jumpa. Aku rasa kau sorang yang baik, loyal dan jenis tak minat perempuan selain Renea. Kau gak sorang yang penyabar. Am I right?” teka Muskan.
“Tak tahu! Kau tanyalah Nia. Nia, betul ke apa yang dia cakap?” Dia mencuit pipi Renea yang sedang meneguk jus oren. Gadis itu hampir-hampir tersedak. “Ops, sorry sayang!”
“So, Nia? Apa jawapan kau? Betul ke apa yang aku teka tadi?”
“Er…er….” Renea melirik ke arah Fauzan yang tersengih-sengih. “Betul la tu.”
Mereka bertiga berbual-bual sambil ketawa. Fauzan dan Muskan lebih banyak berbual sementara Renea kadang-kadang saja menyampuk. Dia tak tahu nak borak apa dengan Fauzan. Nak bergurau, rasa macam tak kena je. Tapi, lelaki itu sentiasa mencari kesempatan untuk memegang tangannya, mencuit pipinya dan macam-macam lagi. Muskan cool je. Selamba.
“Alamak! Dah nak pukul 4.30 petanglah! Habis balak aku marah…”
“Kenapa? Kau ada date ke?” Tanya Renea.
“Aha. Aku janji nak temankan dia pergi beli kasut sukan.”
“Ek eleh. Nak beli kasut pun kena berteman ke?” ejek Fauzan selamba. Muskan menjengilkan matanya. 
“Nia! Kau marah sikit suami kau ni! Kerek je dengan aku.” 
Renea angkat bahu sambil tersenyum. Fauzan menjelirkan lidahnya. He.He. Best betul kacau minah rambut maggi ni. Gadis itu terus mencapai beg tangannya dan mencium pipi rakannya. 
“Bye minah rambut maggi!” perli Fauzan buat kali terakhir. Dia ketawa kecil.
“Happy aje ye masa borak dengan dia?” ujar Renea sambil menekan-nekan punat remote controlnya. 
“Eh, kita kenalah layan tetamu dengan baik. Tetamu tu umpama rezeki kita tau.” Balas Fauzan lalu duduk di sebelah Renea. Tangannya melingkar pada bahu gadis itu. Renea mencebik. “Kenapa? Cemburu ke?”
“Ish! Tak kuasa aku!” Tangan Fauzan ditolak. Dia mengengsot menjauhi lelaki itu. Fauzan tersenyum riang.
“Sabtu ni kita ke rumah mak.”
“Mak?! Nia tak nak!” 
“Sabarlah dulu! Kita ke rumah mak abang. Bukan mak Nia.”
Gadis itu menghembus nafas lega. Namun, dia tidak memberi apa-apa reaksi. Tiba-tiba, Fauzan menghulurkan sebuah beg plastik. 
“Nah, hadiah untuk Nia. Cuba tengok apa kat dalam.” 
“Em…” Gadis itu menyeluk tangannya ke dalam. Tiga buah album sederhana besar dikeluarkan beserta dengan negative filem dan dua buah pita video. Renea tergamam. Wajah Fauzan direnungnya. 
“Demi Allah, abang tak bukak pun album tu! Abang cuma tengok sikit nak pastikan sama ada betul atau tidak! Janji…” ujar Fauzan tergesa-gesa.
Renea tersenyum melihat kekalutan suaminya. Dia membelek-belek muka surat album itu. Wajahnya merona merah. Dia termalu sendiri apabila melihat gambar-gambar jijiknya. Ada tu gambar dengan aksi yang keterlaluan. Air matanya bergenang. Hina benar aku dalam gambar ini.
“Terima kasih, Fauzan.” Selepas mengucapkan kata-kata itu, Renea terus naik ke tingkat atas. Dia mahu menangis sepuas-puasnya. Fauzan hanya membiarkan gadis itu menyendiri.

Wanita itu tersenyum manis merenung wajah Renea. Dia kelihatan sungguh ceria dalam baju kurung merah hatinya. Rambut hitamnya disanggul. Tampak sungguh menawan. Fauzan menarik tangan isterinya mendekati ibunya.
“Mama, Jan minta maaf sebab baru sekarang datang jumpa mak. Ni la menantu yang mama tunggu-tunggu tu!”
“Ayunya dia. Siapa nama dah…Rini…?” 
“Renea, mama.” Balas Renea lembut. Hatinya berasa tenang menatap wajah wanita itu. Dia terasa sungguh mesra. 
“Renea…ish. Susahnya nak sebut.”
“Panggil Nia aje mak.” 
“Aha, Nia. Jom kita ke dapur. Mak baru siapkan kek raspberry, coklat dan vanilla kegemaran Nia.” 
“Banyaknya?!”
“Bukan. Satu kek ada tiga perisa.” Wanita itu tersenyum manis. 
Renea menjeling ke arah Fauzan. Lelaki itu tersengih sambil menunjukkan ibu jarinya. Ibu Fauzan memang bersikap sungguh mesra terhadap Renea. Dia selalu ketawa apabila berbual dengan menantunya itu. 
“Hm! Sedapnya mama buat.” 
“Kalau suka, habiskanlah. Nanti bawa balik ye.” Ujar Pn. Kamariah. “Nia, jom gi belakang rumah. Tengok orkid yang mama tanam.”
“Orkid? Nia pun suka orkid cuma tak mampu nak beli.”
“Hish! Apa yang tak mampunya? Suruh je Jan belikan. Kalau dia tak nak gitau mak! Mesti dia tak berani nak bantah!” Pn. Kamariah ketawa lagi.
Buat pertama kali, Renea berasa sungguh gembira di samping Pn. Kamariah. Wanita itu suka berceloteh dan sesekali ketawa. Dia juga cepat mesra walaupun pertama kali berjumpa dengan Renea. 
“Em…abang Fauzan tu macam mana mama?”
“Nia tanya mama? Patut Nia pun tahulah!”
Renea geleng kepala.
“Jan ni seorang anak yang baik. Mama tau dia terpaksa bekerja keras sikit sebab dia anak sulung. Lebih-lebih lagi selepas ayah dia tinggalkan kami.”
“Kenapa?”
“Ada pompuan lain, Nia. Ah, biarlah. Tu cerita lampau. Mama pun dah tak kisah dan mama berbangga sebab dapat membesarkan Jan menjadi seorang anak yang baik dan berdikari. Dia tu memang penyabar terutama bila adik dia buat perangai. Hai, teringatkan si Fauziah tu pening kepala mama. Dia tu nakal betul walaupun rajin dan bijak. Selalu juga dia melawan kata-kata Jan tapi Jan tu kekadang diam aje lepas tu. Malas nak bertekak agaknya. Pendek kata, mama bahagia mempunyai seorang anak seperti Jan.” terang Pn. Kamariah panjang lebar.
Renea terpaku sendiri. Benarkah begitu? Jika demikian, aku dah salah anggap tentang perangai sebenar dia. Mungkin juga kerana peristiwa hitam tu, aku bersikap begitu terhadap dia kerana dialah orang yang pertama yang aku lihat selepas kejadian itu. Fauzan. 
“Nia jaga dia baik-baik tau. Jan ni memang sorang yang open minded dan sporting. Tapi, kalau dia merajuk memang susah nak pujuk. Pernah sekali tu dia merajuk atas sebab si Jee rosakkan kaset kegemaran dia. Terus tak bertegur sapa adik-beradik tu. Dekat seminggu juga mama rasa. Apa-apa pun, layan dia baik-baik. Ada masalah boleh bawa berbincang. Jangan nak ikut sedap kita je bertindak.” 
“Mama…” panggil Renea.
Wanita itu tersenyum sambil memandang Renea.
“Nia nak anggap mama sebagai mama kandung Nia, boleh tak?” Lengan wanita separuh abad itu dipeluk erat. “Nia nak mama.”
Pn. Kamariah diam. Dia dapat membaca gelodak yang sedang bermain di jiwa anak gadis itu. Rambut lurus Renea diusap lembut. Tiba-tiba, esakan kedengaran. Pn. Kamariah terkejut.
“Kenapa Nia? Sayang ada masalah ke?” Pipi gebu gadis itu diusap lembut.
“Nia sedih…mama!” Terhinggut-hinggut dia menahan esakan., agar tidak didengari oleh Fauzan. 
“Nia ada masalah? Ceritalah dengan mama.” Tangan mulus gadis itu digenggam erat. 
“Se…sebenarnya, Nia rasa Nia ni menyusahkan hidup semua orang. Bi…bila Nia ada…hidup orang tu mesti susah. Macam ayah dan mak!”
“Masya Allah. Kenapa cakap macam tu?” Tanya Pn. Kamariah lembut.
“Mak Nia cakap, Nia ni menyusahkan dia sebab dia terpaksa jaga Nia sejak kecil. Mak ayah kandung Nia tinggalkan Nia. Tak tahu kenapa. Mak kandung Nia tu kakak mak Nia sekarang. Tapi, Nia tak mintak semua tu. Kalau diorang tak nak jaga Nia, kenapa tak campak je Nia kat rumah anak angkat? Nia sedih mama. Selalu je diorang tengking Nia tapi Nia tak ambik hati sebab Nia tahu diorang susah payah jaga Nia. Mama, Nia sedih sangat….Nia malu…” 
Pn. Kamariah tersenyum sedikit. Dia memeluk tubuh Renea dengan erat. 
“Mama janganlah tinggalkan Nia….ya mama?” pinta Renea sungguh-sungguh. Dia tidak tahu kenapa dia boleh meluahkan segalanya kepada wanita itu. Wanita itu kelihatan sungguh terbuka dan berpandangan luas. 
“Nia, mama sayangkan Nia. Mama anggap Nia macam anak mama sendiri…menantu mama…anak mama juga. Okay, dah. Kesat air mata tu. Karang kalau cik abang tengok gelabah tak sudah pulak dia.” Usik Pn. Kamariah sambil mengesat air mata Renea.
Renea tersenyum simpul. Dia mengesat air matanya dengan hujung bajunya. Pili air yang berada di depannya dibuka lalu dibasuh mukanya berulang kali. Pn. Kamariah sekadar memandang gelagat menantunya. Ya Allah. Tak sangka Renea….Fauzan…kau jagalah dia elok-elok.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Fauzan meraut wajahnya. Tak sangka itulah masalah isterinya selain peristiwa hitam itu. Hidup dia memang tersedia malang sejak dulu lagi. Ditambah pula dengan perbuatan khianat si Ezi. Jahanam laki tu. Renea, kalaulah kau boleh menerima diri aku seikhlas hatimu, sudah pasti aku adalah orang yang paling gembira di bumi Allah ini. Matanya tidak berkedip merenung wajah ayu isterinya. Renea….

Okay! Semuanya dah siap! Wah, susah betul nak masak semua ni. Tapi, mana la mamat ni tak balik-balik lagi. Dah nak pukul 9.30 malam! Biasanya pukul 8.15 dia dah terpacak kat depan pintu dah. Ish. Nombor telefon suaminya ditekan. Lama ia berdering tanpa jawapan. Dia mendengus. Fauzan! Cepatlah balik. Kalau aku tak masak sedap-sedap, awal je muncul. Ni orang saja buat special lambat la pulak balik. 
TOK! TOK! 
Renea tersenyum lebar. At last, you’re back! Dia memulas tombol pintunya dan jantungnya hampir berhenti berdegup. Ya Allah!! Aku mimpi ke? Dia menenyeh kedua-dua matanya. No! Ini bukan mimpi! Ya Allah, Fauzan…! 
“Abang!” panggil Renea panik.
Seluruh tubuh Fauzan luka-luka dan berlumuran darah. Mukanya bengkak dan bibirnya pecah akibat dibelasah teruk. Bajunya koyak rabak dan badannya sungguh lemah. Nafasnya hampir tidak kedengaran. Renea cuba sedaya upaya mengangkat tubuh suaminya. Mujurlah Fauzan masih mampu untuk berdiri dan melangkah walaupun sesekali dia terjatuh. Akhirnya, Fauzan berjaya dibaringkan di atas sofa di ruang tamu. Renea menelan liur. Teruknya!! Dahsyatnya orang yang belasah dia.
“Abang! Abang dengar tak suara Nia?” 
“Nia….” Tangan Fauzan mencari tangan Renea. Segera gadis itu menggenggam erat tangan suaminya. “Sakit sangat…” Fauzan terbatuk kuat.
Ish! Apa patut aku buat? Ah! Cool Nia. Jangan panik! Mula-mula, kau pergi ambik air suam dulu. Lap badan dia. Then, cari minyak gamat ke ubat sapu ke. Bagi dia minum susu. Er…okay! Okay! Renea bingkas bangun dan menuju ke dapur. Tidak berapa lama kemudian, dia datang sambil membawa sebesen air dan sehelai kain. Kain itu dicelup dan diperah lalu dilap pada muka Fauzan. Lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Tahanlah. Nia nak bersihkan darah ni.” Pujuk Renea sambil terus mengelap muka Fauzan. Lelaki itu mengetap bibirnya.
Kini, tibalah masanya. Renea terpaksa melucutkan baju yang dipakai oleh Fauzan. Tangannya menggeletar sedikit ketika membuka butang baju kemeja lelaki itu. Apalah aku ni? Nak buka butang suami sendiri pun takut. Hampeh betul. Selesai saja membersihkan luka, Renea mencapai sebotol minyak gamat dan diusap pada luka-luka itu.
“Perlahanlah sikit, Nia. Sakit!” gumam Fauzan.
“Abang senyaplah sikit.” Renea terus tekun menyapu ubat. 
“Hmm, Nia nak call mama.”
“Nia.” Tangan gadis itu ditarik. “Abang nak Nia aje yang teman.”
“Tapi…”
“Hmm, tak ikut arahan suami berdosa tau.”
Renea mencebik. Balik-balik alasan tu!!
“Nia, duduklah dekat abang…” Wajah lelaki itu kelihatan sedikit pucat. Seluruh tubuhnya lemah dan sakit-sakit. Renea akur. Dia duduk bersimpuh di sisi Fauzan. Mata lelaki itu sekejap tertutup sekejap terbuka, menahan kesakitan yang sedang menyucuk-nyucuk seluruh tubuhnya.
“Nia nak bawa abang jumpa doktor esok! Kalau abang degil, Nia tak nak temankan abang!” 
“Yelah tuan puteri….” Fauzan tersenyum sambil merenung wajah Renea. Mengada-ngada. Ingat nak menang je!

Dia terjaga. Tangannya menggagau mencari badan suaminya. Aik?! Kosong? Aku mimpi ke? Renea menguap beberapa kali. Dia menggeliat. Mana Fauzan? Tiba-tiba, dia terdengar bunyi deruan air di dapur. 
“Abang!” 
Kelihatan Fauzan sedang mencuci tangannya. Dia tersenyum tatkala melihat wajah Renea. 
“Kenapa bangun? Kan abang sakit?”
Lelaki itu tersenyum lagi. Dia merenung tajam ke arah isterinya dengan perasaan gembira. Renea kehairanan.
“Ucap sekali lagi?” katanya.
“Ucap apanya? Merepek je orang tua ni!” 
“Ala, kan sayang panggil abang….abang?!”
Renea tersedar keterlanjurannya. Tetapi, dia berasa selesa menggunakan panggilan itu. Lantaklah mangkuk ni nak usik aku pun. 
“Salah ke? Lagipun, awak tu tua dari saya!” 
Fauzan ketawa kecil. 
“Sedaplah Nia masak semalam. Rugi je tak makan awal-awal. Hmm.” Lelaki itu membuka peti ais dan mengeluarkan sekotak jus oren. 
“Kenapa abang tak berehat? Abang kan sakit?”
“Ala, abang dah biasa dengan semua ni. Bagi abang, kesakitan semalam tu abang masih boleh tahan cuma abang tak tahu kenapa bila Renea ada sakit abang semakin menjadi-jadi. Maybe nak abang bermanja dengan Nia kot!” Fauzan ketawa sambil mencubit pipi Renea.
“Hish! Mengada!” Renea menepis tangan Fauzan.
“Aduh! Ish, sakitnya….apsal ganas sangat Nia ni?”
“Er…abang sakit ke? Er…sorry…sorry!” Tahu pulak nak gelabah!! 
“Nia, tolonglah pegang abang. Abang nak gi ruang tamu….” Tangannya menarik lengan gadis itu. “Kaki abang sakit…”
Renea mencebik. Ewww, mengada betul dia ni. Nak tak nak dia memapah lelaki itu ke ruang tamu. Mereka duduk bersama di atas sofa dan bahu Renea dipeluk erat oleh Fauzan. 
“Siapa yang belasah abang?”
Fauzan meneguk jus orennya. Pertanyaan isterinya dibiarkan tanpa jawapan. Apa aku nak jawab ni?
“Abang! Orang tanya ni….” Cebik Renea. “Gitau Nia. Jangan nak tipu.”
“Kalau Nia tau, Nia nak buat apa?” soal Fauzan sekadar mengusik, namun disalah tafsir oleh Renea.
“Abang cabar Nia?”
Fauzan telan liur. Whops! 
“Taklah! Memain je….” Dia merangkul leher gadis itu namun tiada respon. “Okaylah! Tu…Ezi and the gang belasah abang. Tak aci betul diorang. Empat lawan satu. Mestilah abang kalah walaupun sebenarnya abang boleh menang.”
“Ezi? Anak gampang tu?”
“Ish…Nia. Control sikit kata-kata tu…”
“Memang dia gampang! Pantang betul aku dengar nama binatang tu! Suatu hari nanti dia akan kena dengan aku!!” jerit Renea tiba-tiba. Dia jadi tidak tentu arah. Fauzan mula gelabah. Oit, jangan buat perangai aku tengah sakit ni! “Aku nak bunuh dia nanti!” 
“Nia sayang! Nia dah selamat sekarang. Dia takkan dapat mengugut Nia sebab gambar tu semua abang dah rampas dari dia. Ala, dia belasah abang sebab abang ambil barang tu je. Nia, jangan buat sesuatu tanpa pengetahuan abang!” Fauzan peluk Renea dengan kuat. “Okay sayang?
Renea diam. Dia menarik nafas. Dari perasaan gembira tadi bertukar menjadi benci. Dia benci Ezi. Dia benci dengar nama jantan s i a l tu!!! Dia dah tengok semua gambar yang ditangkap oleh lelaki itu. Pita video pun dia dah tengok! Semuanya melambangkan kehinaan dirinya! Dahsyatnya lelaki tu. Kejam betul!! Dan Renea tenggelam di dalam esakannya.

“Helo.”
Diam.
“Helo? Nak cakap dengan siapa?” 
“Kau takkan terlepas, sayang…!” Kedengaran hilaian ketawa yang menakutkan menembusi gegendang telinga Renea. Gadis itu tersentak.
“Siapa ni?!”
“Akulah…takkan kau dah lupa, hmmm honey?” Lelaki itu ketawa lagi. “Bijak betul kau mempergunakan si Fauzan bodoh tu?! Kau suruh dia ambik semua gambar bogel kau tu! s i a l ! Kau takkan terlepas dari aku. Kerana kau polis sedang mencari aku sekarang. Nantilah kau…”
“Ezi!! Kau binatang!!”
“Oh…sebelum aku masuk penjara….aku nak rasa tubuh kau untuk kali terakhir…okay? Ha! Ha! Ha! Aku akan cari kau….” KLIK!
“Eiii! Jahat! Kurang asam!” Gagang telefon itu dihempas kuat. Seluruh tubuh gadis itu menggeletar. Shit! Apa perlu aku buat? 
TOK! TOK! TOK! Renea tersentak. Kedengaran bunyi ketukan yang bertalu-talu. Dia jadi sangsi. Pasu bunga kecil yang berada di tepi telefon itu dicapainya. Selak pintu dibuka dan perlahan-lahan dia memulas tombol pintu rumahnya…
“Nia?! Ya Allah!!” 
“Mama!” Pasu bunga kecil itu terlepas dari pegangannya. Pecah?! Matilah aku Fauzan marah!! “Mama….ke…kenapa tak cakap nak datang?”
“Pucatnya muka Nia? Kenapa ni? Kenapa Nia macam takut-takut je?” Tangan menantunya digenggam erat. Pipi Renea diusap.
“Tak…tak de apa-apa, ma.” Tubuh wanita itu dirangkulnya. Air matanya hampir-hampir mengalir keluar kerana terlalu takut. “Ada apa mama datang?”
“Saja je…surprise. Ni mama ada bawakan kek kegemaran Nia.” 
“Terima kasih! Mama duduklah dulu. Abang Fauzan belum balik lagi. Mungkin dia balik lambat malam ni.”
“Nia…mama datang ni sebab nak jumpa Nia. Mama nak bincang sesuatu…”
Renea kehairanan. Dia meletakkan kek itu di dapur dan dia keluar kembali dengan menatang sedulang minuman. Wajah Pn. Kamariah direnungnya. Ada sedikit kegusaran pada wajah tenang itu. 
“Jee…dia buat perangai lagi, Nia. Semalam dia tak balik rumah sebab merajuk. Dia ada minta mama daftarkan dia untuk kelas aerobic tapi mama tak nak sebab mama tahu dia masuk kelas aerobic tu semata-mata nak ikut kawan dia, Zeema kalau tak silap mama.”
“Kenapa dengan Zeema? Dia…budak nakal ke?” teka Renea.
“Itulah yang mama risaukan sekarang. Sejak Jee berkawan dengan dia, perangainya semakin menjadi-jadi. Dahlah nak ambil SPM tahun ni. Risaulah mama, Nia. Mama gitau Nia sebab mama tahu Nia lebih memahami perasaan remaja sekarang ni. Kalau nak gitau Fauzan, lainlah sikit cara pendekatan dia sebab dia lelaki dan umur mereka jauh berbeza. Tolonglah mama Nia. Camne mama nak pisahkan diorang tu. Camne mama nak ubah perangai adik Nia tu.” Pinta Pn. Kamariah sungguh-sungguh.
Jee....aku jumpa dia sekali je. Itu pun hanya berbalas senyuman sebab masa tu gadis tinggi lampai itu nak keluar. Hmm, dari gayanya saja aku dah tau dia sorang yang daring dan pantang dicabar. Degil dan berani. Renea menatap wajah sugul Pn. Kamariah. Gadis itu mengukir senyuman lalu memeluk lengan mentuanya dengan erat.
“Mama janganlah risau. Nantilah, kalau sempat Nia akan datang rumah mama cakap dengan dia.” Pujuk Renea. “Biasalah, umur macam ni….mudah memberontak.”
“Terima kasih, Nia.” Pipi Renea dicium lama oleh Pn. Kamariah. Hati gadis itu tersentuh. Terharu. “Jom, makan kek yang mama buatkan.” 
KRINGG! KRINGGG! Renea tersentak lagi. Dadanya mula berdebar-debar. Dia berpandangan dengan Pn. Kamariah. 
“Biar mama angkat.”
Dia hanya membiarkan saja wanita itu menjawab telefon yang sedang menjerit itu. Dalam hati dia berdoa agar bukan lelaki tadi yang memanggilnya. 
“Hmm, siapa yang berani main-main telefon ni! Diletaknya pula bila mama tanya sapa dia.” Rungut Pn Kamariah. 
“Perempuan ke?” 
“Tak tahu pula. Dia diam aje.” Mata Pn. Kamariah merenung tajam ke arah Renea. Gadis itu mula serba salah. “Nia kalau ada masalah gitau mama. Tak pun, gitau Fauzan. Jangan simpan sorang nanti stress. Mama tau Nia ada sorokkan sesuatu…”
“Er…em..sedaplah kek ni! Nanti kalau mama free mama ajarlah Nia buatkan ye!”
“Mama selalu free tau! Nia tu je yang malas nak datang rumah mama!” Tukar topic nampak. Tak pe. Nanti aku suruh Fauzan tanya dia. 
Dia tersenyum sambil mengunyah kek kegemarannya. Hatinya masih berasa gundah sejak mendapat panggilan telefon dari lelaki jahat itu. Patut ke aku gitau Fauzan? Patut ke?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons