Tuesday 14 June 2011

Cerpen : Setulus Cintamu 2

 Tatkala mereka berdua melangkah masuk ke kelab itu, maka banyaklah mata-mata yang mula merenung tajam dan ada antara mereka cuba menarik perhatian kedua-dua gadis itu tetapi tak dilayan. Tak cukup pakej! Mereka berdua agak popular di kalangan pengunjung kelab malam itu. Memang sudah menjadi kebiasaan dua orang gadis itu untuk melepak bersama dengan rakan-rakan yang lain pada hujung minggu.
“Fuiiyooo!! Makin daring siot kau!!” jerit salah seorang dari rakannya, Adiey.
“Ni biasa je ni. Belum lagi aku pakai baju yang baru aku beli! Knit top!” balasnya. Gadis di sebelahnya hanya tersenyum.
“Ish, tapi aku tak minat ah pompuan cam kau Zeema! Kau tu kecoh sangat. Aku suka gadis macam dia ni…” Tangan gadis berambut panjang itu ditarik oleh Zakuan. 
“Hei, hormatlah sikit!” marah gadis itu.
“Hormat? Kita datang kelab nak lepas tension masing-masing. Hormat tu tak de dalam kamus kelab ni.” Lelaki itu ketawa kecil. “Buat apa kau datang ke sini?”
“Dia merajuk dengan mama dia.” Sampuk Zeema. Dia menyondolkan tubuh gebunya pada Adiey. Lelaki itu terus merangkul lehernya.
“Aku datang sini sebab nak menari aje. Tak lebih.” Jawab gadis itu kasar. Dia terus menyusupkan dirinya ke dalam berpuluh manusia yang sedang galak menari tanpa mengingati tikar sejadah. Zakuan mengekorinya. 
Tubuh Fauziah ditatapnya lama. Gadis ini memang lawa! Lagi lawa dari Zeema tu yang sentiasa bertempek dengan make up tebalnya. Baju pulak sekadar menutup apa yang perlu saja. Tapi, Fauziah ni lain! Dia lawa….dan lawa. Jenis yang hard to get. Jinak-jinak merpati. Inilah yang aku suka. Pada malam itu, Fauziah mengenakan tube berwarna merah yang dipadankan dengan jaket hitam dan berseluar jeans. Dia memang sesuai dengan apa saja jenis pakaian kerana tubuhnya yang lampai itu.
“Aku suka tengok kau. Kau cantik.” Puji Zakuan lagi.
Fauziah sekadar tersenyum. Dia terus menggoyangkan tubuhnya, mengikut rentak lagu yang semakin rancak. Rambut hitamnya berayun lembut. Bau shampoo Herbal Essences yang dipakai oleh gadis itu menusuk ke lubang hidung lelaki di depannya. Zakuan telan liur. 
“Jee, kau ada boyfriend?”
Gadis itu menggelengkan kepalanya. Dia mencebik. Jantan s i a l ni tak blah lagi ke? Aku tak mungkin mempercayai semua lelaki. Jahat! Penipu! Lidah bercabang! Mata bulatnya merenung Zakuan dari atas ke bawah. Lelaki itu tersengih-sengih. Mungkin suka ditenung begitu. Zakuan seorang pelajar dalam bidang IT yang berusia 20 tahun. Tubuhnya agak kurus dan sederhana tinggi. Berkulit cerah dan mempunyai sepasang mata yang menarik. Namun, semua kelebihan itu tidak dipandang oleh Fauziah yang sudah tawar hatinya terhadap lelaki. Bosan.

“Jom minum! Tak penat ke?” ujar Zakuan yang semakin mendekati Fauziah.
“Kau pergilah. Aku tak puas lagi.”
Ish! Dia tolak lagi! Camne nak tackle dia ni? Jual mahal sangat. Ah! Ikut ajelah rentak dia. Tiba-tiba, Fauziah berhenti menari dan melangkah keluar dari kelompok manusia itu. Saku seluarnya diseluk. Dia menjawab panggilan telefon. 
“Jangan risaulah! Nanti Jee baliklah.” 
Zakuan sekadar memerhati.
“Ala, abang ni…”
Zakuan sedikit tersentak apabila mendengar perkataan ‘abang’ yang terkeluar dari bibir merah jambu gadis itu. Hatinya dilanda rasa cemburu tiba-tiba. Tadi, kata takde pak we? Ni abang mana pulak? Suara manja pulak tu!
“Bye!” Telefon bimbit jenama Motorola itu disimpan dalam poket seluarnya. Dia kehairanan apabila melihat wajah berkerut Zakuan. 
“Siapa tu?”
“Abang.”
“Hai, abang mana pulak ni? Tadi kata tak de pakwe?”
“Abang kandung akulah! Kau ni cemburu semacam je….” Balas Fauziah sinis. Zakuan telan liur. Aiya, malunya!! Dia ada abang ke? “Mana Zeema?”
“Pedulikanlah pompuan tu. Mesti tengah hanyut dengan Adiey.” 
“Aku nak cari dia.” Tiba-tiba, lengannya ditarik kuat oleh Zakuan dan dia jatuh di atas ribaan lelaki itu. Pinggangnya dirangkul kemas. “Zakuan?!”
“Kenapa kau asyik nak elak dari aku? Aku cuma nak berkawan dengan kau je.”
“Baik kau lepaskan aku. Mood aku hari ni memang tak baik!” marah Fauziah. 
“Bad mood? Kau datang bulan ke?” kata Zakuan cuba bergurau. 
DUSH!! Pelukannya terlepas. Dia menekap hidungnya yang berdarah teruk akibat disiku oleh gadis itu. Belum cukup dengan itu, rusuknya ditendang bertubi-tubi oleh Fauziah. Rambutnya ditarik dan mukanya dihentak ke lantai simen. Zakuan mula lemah. Kesakitan dan kenyiluan yang menyucuk tubuhnya amatlah berbisa sekali. Gadis ni…. 
“Kau gi mampus!! Tak de sorang lelaki pun dibenarkan menyentuh tubuh aku! Kalau tak, matilah jawabnya!” tengking Fauziah dan terus beredar mencari Zeema. Ramai yang menyaksikan insiden itu namun tiada sorang pun yang berani masuk campur. Mujurlah bouncer tak de kat situ.
“Zeema! Zeema!” Bahu kawannya itu ditarik. Hatinya jengkel apabila melihat dada Zeema yang terdedah itu. Murahnya harga diri gadis ini…. 
“Apa kau nak? Kacaulah.” Zeema merenung tajam ke arah Fauziah sementara Adiey di sebelahnya meneruskan permainannya. Leher gadis itu diciumnya. 
“Aku nak balik!”
“Baliklah. Aku tak habis lagi dengan Adiey…” Gadis itu ketawa.
s i a l ! Fauziah terus mencapai beg sandangnya dan dia keluar dari kelab itu. Jam tangannya dipandang sekilas. Hampir pukul 2.30 pagi! Gila aku kalau tiap minggu macam ni! Ahh!! Ni kali terakhir aku datang ke kelab bodoh ni! Tak sangka Zeema tunjuk belang dia malam ni! Memalukan! Murahnya dia. Zeema…Zeema… 
Fauziah mempercepatkan langkahnya. Bunyi salakan anjing sayup-sayup kedengaran namun itu tidak memberi rasa getar di hatinya. Dia sudah lali dengan keadaan seperti ini. Dia sudah tawar hati! Kalau nak balik rumah sekarang jauhlah. Hm, balik rumah abanglah. Dekat sikit. Dia terus berlari-lari anak. Bibirnya mengukir sebuah senyuman apabila atap rumah teres abangnya kelihatan. 
“Phewwwitt! Cik adik yang sorang tu!!”
“Marilah sini…enjoy dengan abang!!”
Perut Fauziah terasa kecut. Sapa kutu rayau tiga orang ni? Ah! Diorang halang jalan aku pulak!! Dia memandang rumah abangnya, tak jauh! Depan mata je!! Tapi, disekat oleh mangkuk tiga ekor ni. Jee, releks. Tenangkan diri. 
“Sorrylah. Aku tak de masa ni.” Balas Fauziah dan cuba melepasi mereka bertiga. Salah seorang dari mereka merangkul pinggang Fauziah dengan erat. “Ehh!!”
“Janganlah macam tu, sayang. Kitorang boringlah sebab tak de sorang pun pompuan nak lepak dengan kitorang! Sedih tau!” Dia ketawa sambil tangannya liar meraba punggung Fauziah. 
“Kurang ajar!!” Satu tumbukan padu tepat mengenai muka lelaki itu. Fauziah terus menendang anu lelaki yang menjerit kesakitan itu. 
“Hei pompuan! Nak main kasar ye!” Kedua-dua orang rakannya datang menerkam Fauziah tetapi sempat dielak oleh gadis itu.
Fauziah terus memecut menuju ke rumah abangnya. Shit! Pintu pagar dikunci!! Matanya meliar mencari batu. Yeah! Ada pun! Sebiji batu yang besarnya segenggam penumbuk lelaki dicapainya lalu dibaling tepat mengenai cermin tingkap bilik tidur abangnya. Retak sikit. Ah, baling lagi satu….
POK!! Fauziah jatuh terjelepok. Dia meraba belakang kepalanya….darah!! Dua orang lelaki tadi cuba untuk memegang tubuhnya tetapi tidak berjaya apabila Fauziah membaling mereka dengan batu-bata yang berada di depan pintu pagar rumah abangnya. Habis pecah berderai.
“Korang memang hancurkan mood aku betul la!!” jerit Fauziah seraya melepaskan tumbukan yang bertubi-tubi ke arah salah seorang dari lelaki itu. Batu yang berada di tangan kanannya dibaling ke arah lelaki yang sorang lagi tetapi sempat dielak. Tubuhnya menjadi landasan tapak kaki lelaki itu. 
“Abang!! Aahhh!! Abang!!!” Kini, dia pula dibelasah teruk oleh lelaki yang berambut cacak. Dua orang rakannya yang lain sudah tidak berdaya lagi akibat kesakitan yang ‘diberi’ oleh Fauziah. 
Fauzan yang ketika itu sedang menjenguk melalui tingkap biliknya terkejut. Dia segera turun ke tingkat bawah dan membuka pintu rumahnya sambil membawa sebatang kayu yang sentiasa disimpan dibawah katilnya untuk tujuan sebegini. Apabila lelaki-lelaki itu melihat Fauzan, mereka terus membuka langkah seribu. Tinggallah Fauziah mengerang kesakitan.
Allah! Jee, apa dah jadi ni?” 
“Abang…” Gadis itu memegang kepalanya yang berdarah. Perutnya terasa senak akibat ditendang oleh lelaki s i a l itu. 
“Itulah! Lain kali merayau lagi sorang-sorang!” Tubuh adiknya didukung lalu dibawa masuk ke dalam ruang. Fauziah dibaringkan di atas sofa.
“Abang, kenapa ni?” Tiba-tiba, kedengaran suara Renea yang baru bangun dari tidurnya. Dia terkejut apabila melihat keadaan Fauziah. “Jee!”
“Kak! Sorry…kacau akak dengan abang pagi-pagi buta ni!” ujar Fauziah sambil tersengih. 
“Abang, baik kita bawa dia ke klinik. Kan Klinik Raj tu 24 Jam?” cadang Renea. 
“Hmm….” Fauzan merenung wajah adiknya. Melampau budak ni! Sampai jauh malam dia merayap. Sekarang, dah kena belasah! Nasib baik kena pukul je….Ya Allah. Ish, Nauzubillah!
Sekembalinya Fauziah dari klinik, Renea sudah pun menyediakan secawan susu untuk diberikan kepadanya. Gadis itu tersenyum lalu meneguk susu suam itu. Mereka bertiga duduk di ruang tamu. Jam sekarang menunjukkan pukul 4.15 pagi. Hati Fauzan sebal apabila melihat kepala adiknya yang berbalut dan lengan yang bertampal plaster. Pompuan ke hapa ni?! 
“Jee buat apa merayap sampai pagi ni? Jee tahu tak yang Jee ni merisaukan mama dan abang?” Fauzan memulakan bicara. Fauziah ketap bibir. Ceh, kena bersiap sedia membidas hujah orang tua ni. Renea sekadar memeluk tubuh. Matanya sudah tidak mengantuk lagi.
“Saja, Jee bosan.”
“Bosan? Nasib baik Jee kena belasah aje! Kalau diorang buat lebih macam mana? Jee ni memang tak pernah takutlah! Keluar malam-malam buta entah dengan sapa-sapa! Ni last warning dari abang. Kalau Jee keluar malam lagi, tahulah apa abang nak buat. Masa tu jangan nak menyesal atau nak salahkan abang!” tegas Fauzan. Dada Renea berdebar-debar apabila mendengar kata-kata Fauzan tadi. Dia tahu Fauzan risaukan adiknya jadi mangsa rogol…tapi, dirinya?! Dirinya adalah mangsa rogol! Renea menghela nafas panjang. “Tengok kepala tu, berbalut bukan main! Kejap lagi satu badan pun berbalut! Nasib baik tak de yang patah.”
“Ala, abang ni. Releklah! Laki tu yang raba Jee. Apa lagi, Jee belasahlah dia. Kurang ajar sangat. Nasib baik Jee tak bunuh je.”
“Jee….” Hish, budak ni! Tak sedar tadi dia la yang nyawa-nyawa ikan!! “Bukan abang nak kata apa, tapi sekuat mana Jee pun Jee tak mungkin dapat melawan kekuatan seorang lelaki. Jee faham tak?”
“Tahulah. Tapi, asalkan tepat aimnya, senak tak bergerak jugakkan. Tak gitu, abang?” balas Fauziah sedikit sinis. Dia geram dan bosan mendengar ceramah free abangnya itu. Wajah Fauzan sedikit berubah kerana dia tau apa ‘benda’ yang diaim itu. “Nak buat macam mana, mungkin perangai Jee macam ni sebab terikut abang gak. Masa secondary school dulu pun abang banyak bergaduh jugakkan? Abanglah juara otai kat sekolah abang. Em, jangan ingat Jee tak tahu….”
“Jangan nak merepeklah!”
“Ha! Ha! Habis, rahsia terbongkar. Kak Nia dah tau! Ho! Ho!” Fauziah ketawa kecil. Belum sempat dia melarikan diri, Fauzan sudah merangkul lehernya dengan kuat. “Eh, eh apa ni!! Sakitlah!!”
“Kau bongkar rahsia aku lagi kenalah!” ugut Fauzan sambil tersengih. Padan muka! Sedap je buka pekung orang. Ni la mulut manusia…
“Ala abang! Sorrylah! Kak Nia!! Ouch…sakitlah kepala!!” Perut Fauzan dicubit kuat. Lelaki itu menjerit seraya melepaskan pelukannya. “Padan muka!” Fauziah bingkas bangun dan terus mendapatkan Renea. Gadis itu tersenyum sambil memeluk lengan kakak iparnya. Renea ketawa kecil. “Yek! Abang kacau, kita suruh kak Nia marah!”
“Mengada Jee ni. Tak pe, kita tunggu.”
Fauziah ketawa kecil. Renea sekadar tersenyum. Ala, memang sejak dia kena belasah dengan Ezi tu aku dah tahu dia ni jenis yang pernah bergaduh jugak. Kalau tak, takkan la dia boleh tahan kena pukul macam tu. Hmmm. Tetapi, sedikit sebanyak perbincangan dua beranak itu tadi memberi kesan kepadanya. Dia terasa juga dengan kata-kata Fauzan walaupun Fauzan sekadar memberi ceramah kepada adiknya. Kata-kata itu seolah-olah ditujukan kepada dirinya….yang sepatutnya dikatakan oleh ibu bapanya. Renea meminta diri untuk masuk ke dalam bilik apabila dilihat kedua beradik itu leka berbual. Dia terasa hendak menangis. Bantal tidurnya dipeluk kuat. Nak buat macam mana, benda dah terjadi Nia. Kau kena pasrah. 
“Nia.” 
“Hm?” Sibuk je! Orang baru nak layan blues dia dah datang. “Jee dah tidur ke?”
“Aah. Lepas Nia naik je dia pun nak tidur….” Dalih Fauzan. Sebenarnya, dia yang terus memutuskan perbualan mereka beradik kerana ingin bersama Renea. Kelentong je la. Kang nampak sangat aku ni….hehe. “Nia tak ngantuk ke?”
“Tak…” Gadis itu mengetap bibirnya. Tak nak nangis! Tak nak nangis! “Pukul berapa ni….”
“5.00 pagi. Lambat lagi nak Subuh tu. Nia tidur je la dulu. Abang nak gi mandi ni….” 
“Abang nak ke mana? Awal mandi?” Tanya Renea kehairanan.
Fauzan sekadar menjungkit bahunya. Dia terus mencapai tuala mandinya dan berlalu ke dalam bilik air. Renea membaringkan tubuhnya. Dia terfikirkan lelaki itu. Baik betul dia. Hmm, aku pun…tak patut menyembunyikan perasaan aku lagi. Tapi, macam mana aku nak gitau dia? Fauzan. Akhirnya, dia terlena.

“Kak!”
“Kak! Kak!! Bangun Kak.”
“Eh…ada apa ni…Jee? Emm…” Renea menggeliat beberapa kali. Tak tahu kenapa dia terasa sangat penat pagi ini. “Pukul berapa ni?”
“8 pagi.”
“Kenapa?”
“Saja kejutkan akak. Lagi pun, Jee dah sediakan breakfast dan lepas ni Jee nak balik rumah. Er….boleh akak temankan Jee balik?” pinta Fauziah sambil merenung lama ke dalam anak mata kakak iparnya.
“Boleh. Mana Fauzan?” 
“Dia pagi-pagi lagi dah keluar. Tak cakap lak nak ke mana. Peliklah abang tu….cuti Ahad pun nak keluar rumah gak. Biarlah dia. Penat orang kena sound dengan dia semalam. Jom makan!” Tangan Renea ditarik.
“Jee pergi dulu la. Akak nak mandi kejap. Melekitlah rasanya….”
“Okay. Cepat sikit!” Fauziah terus keluar dari bilik Renea. Hm, minah ni sakit-sakit pun nak bersemangat jugak. Aku yang tak sakit ni la yang lemah rasanya.
Selesai saja mandi, Renea pergi ke meja makan. Fauziah tersenyum sambil menghabiskan kunyahannya. Dia menghulurkan segelas jus epal kepada Renea. Renea menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Fauziah. Kepalanya ligat memikirkan ke mana perginya si Fauzan. Pelik. Biasanya dia mesti cakap kat aku nak gi mana. Ish!!
“Kak! Tak makan ke?”
“Hmm, entah tak selera la…”
“Tak selera ke sebab abang tak de? Ala, kakak ni ada-ada je la. Nak suruh dia dok depan mata jugak!” perli Fauziah. Sebenarnya, dia juga tahu yang Renea dipaksa kahwin dengan abangnya. Ish, bersyukur ko dapat abang aku tu! One in a billion! 
“Jangan nak mengada, Jee. Dah habis ke? Jom akak hantarkan.”
“Bunyi macam menghalau je!” Fauziah ketawa kecil. Renea mencebik. Kerek betul adik dia ni!

Ni dah pukul berapa ni! Dah nak dekat pukul 10.30 malam tapi dia tak balik-balik lagi! Risaunya aku! Laaa, nape nak risau lak? Kan lagi baik kalau dia tak de kan? Hmm, tapi aku takut dok sorang. Lagi pun, satu hari ni dia langsung tak balik. Call pun tak de. Mengadalah orang tua ni!
Renea menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Dahinya dipicit berulang-kali. Sejak pagi tadi, dia terasa badannya tidak sihat. Janganlah nak buat hal. Aku rasa aku tak de buat kerja-kerja yang berat. Bosannya! Baik aku pergi melukis. Reka design yang terbaru. Sebaik saja dia cuba bangun, keadaan sekeliling terasa seakan-akan berputar. Dia terduduk kembali. Aduh! Ni mesti nak demam ni! Baringlah kejap. Dan dia terlelap.
KRINGGG!! KRINGGG!!
Ya Allah! Sapa yang call ni? Ish. Beratnya badan aku nak bergerak. Dia menyentuh leher dan dahinya. Panas! Minta-minta biarlah Fauzan yang telefon. Dia paksakan dirinya untuk bangun untuk menjawab panggilan telefon itu.
   

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons