Monday 30 May 2011

kosmo-Wira Barca berpesta



PARA pemain Barcelona berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol kelmarin.


BARCELONA - Barcelona mula berpesta selepas kejayaan skuad The Catalan menjuarai gelaran Liga Juara-Juara pada awal pagi Ahad lalu.
Barisan pemain bintang kelab gergasi Sepanyol itu diraikan oleh hampir 100,000 penyokong mereka di jalan-jalan utama di Barcelona sebe- lum mereka sekali lagi berpesta di Stadium Nou Camp.
Terdahulu, Barcelona mengesahkan kejuaraann Liga Juara-Juara musim ini selepas berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United pada aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley.
Kejayaan merangkul trofi paling berprestij di Eropah itu adalah yang kedua buat Barcelona dalam tempoh tiga tahun dan yang keempat secara keseluruhannya selepas berjaya memenanginya pada 1992, 2006 dan 2009.
Pesta barisan pemain skuad The Catalan bermula sejak mereka berlepas pulang ke Sepanyol dari London semalam apabila kapal terbang yang dinaiki mereka dihiasi warna rasmi kelab tersebut dan gambar kesemua pemain.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang El Prat, barisan pemain Barcelona menaiki sebuah bas dua tingkat dan dibawa berarak di sekitar bandar Barcelona menuju ke Stadium Nou Camp bersama-sama trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol.
Tiba sahaja di Stadium Nou Camp, lebih kurang 100,000 penyokong setia skuad The Catalan telah menunggu kehadiran wira-wira mereka termasuklah tiga pemain yang menjaringkan gol pada aksi final kelmarin iaitu Lionel Messi, David Villa dan Pedro.
Diiringi dengan percikan bunga api dan muzik 'rock', barisan pemain Barcelona diperkenalkan seorang demi seorang sebelum kelibat jurulatih, Pep Guardiola dan penolongnya, Tito Vilanova dilihat membawa trofi Liga Juara-Juara ke tengah padang.
Selepas ucapan ringkas daripada kapten, Carles Puyol dan Guardiola, Messi tampil menggegarkan arena Nou Camp dengan ucapannya.
"Tidak banyak yang saya ingin perkatakan selain mengucapkan jutaan terima kasih kepada kamu semua (penyokong-penyokong Barcelona) yang selama ini telah banyak menyo- kong kami (Barcelona).
"Diharapkan, lebih banyak kejayaan akan dicapai pada masa akan datang." kata Messi dalam ucapannnya itu.
Wira-wira Barcelona akan terus meraikan kejayaan tersebut apabila dijangka hadir menyaksikan konsert penyanyi Colombia, Shakira yang juga teman wanita kepada pemain pertahanan, Gerrard Pique di Stadium Olympic, Ahad ini. - Reuters

kosmo-Lori 'ditelan' lubang besar


SEORANG pegawai melihat lubang besar di jalan raya yang 'menelan' sebuah lori di Changchun, China.


CHANGCHUN - Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.
Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin.
Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.
Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.
Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. .
- Agensi

keputusan peperiksaan akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM)-degree student

Tarikh keputusan peperiksaan akhir uitm bagi pelajar degree uitm akan keluar pada 17 june 2011..dru fb TNC uitm,..tarikh asal ialah 2 julai,.tetapi diawalkan kpda 17 june bg membolehkn pelajar yg sudah tamat belajar boleh mendapatkan transkrip awal utk memohon pekerjaan,.

kosmo online-Perjalanan seorang Banduan


Ubah banduan menjadi insan




OM, 32, yang berasal dari Sabah menitiskan air mata ketika menyatakan kesyukurannya kerana ditempatkan di Kem Mahkota di Kluang dan bukan di penjara.
Bapa kepada enam anak itu berkata, semasa di Penjara Taiping saban hari dia merenung dinding batu mengenangkan nasibnya.
“Ketika di Penjara Taiping, saya sudah insaf dan sangat kesal kerana terlibat dengan dadah,” kata beliau. Om dihukum penjara kerana jenayah memecah masuk dan mencuri di pejabat akibat ketagihan dadah jenis syabu.
Om yang ditemui di Kem Mahkota berkata, di kem tentera itu dia bukan saja dapat melihat pemandangan luar yang menyegarkan bahkan juga bersukan, menonton TV dan sekali-sekala bekerja di bawah pengawasan anggota tentera.
Om yang akan dibebaskan dalam tempoh tiga bulan lagi adalah antara 180 Orang Diselia (ODS) di Kem Mahkota dalam program Pemulihan Pemasyarakatan Banduan di bawah Strategi Laut Biru Kebangsaan.
Pendekatan baru
Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota Kluang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Mac lalu adalah yang pertama untuk menerima banduan dari penjara di seluruh negara. Program tersebut turut mendapat bantuan kawalan keselamatan yang minimum daripada anggota tentera.
Bagaimanapun, pentadbiran dan kawalan terhadap ODS di Kem Mahkota masih di bawah tanggungjawab dan seliaan Jabatan Penjara. Pendekatan itu dipilih sebagai usaha memudahkan banduan yang bakal menamatkan hukuman mereka kembali ke pangkuan masyarakat.
Tinjauan Bernama ke pusat tersebut mendapati, rata-rata banduan yang menyertai program ini menganggapnya sebagai satu usaha bijak yang dapat membantu mereka memulihkan keyakinan diri dan mengatasi stigma sosial.
Wan, 30, dari Perak, yang sebelum ini merengkuk di Penjara Tapah gembira dengan pendekatan baru ini.
“Kami dijaga dengan baik oleh anggota penjara dan tentera. Saya rasa bebas, tenang dan menyesal dengan apa yang saya telah lakukan,” katanya yang ditahan pada tahun 2008 kerana jenayah merompak.
Masih bujang dan dijangka dibebaskan dalam tempoh dua minggu, Wan bertekad tidak mahu mengulangi kesalahannya itu mahupun menyusahkan keluarga. Sebaliknya dia mahu mencari pekerjaan untuk menampung hidupnya.
Seorang lagi banduan yang dikenali sebagai Ezzra, 38, juga dari Perak berkata, ekoran terperdaya dengan ajakan rakan sekerja melakukan jenayah samun, dia menjadi manusia ganas dan tidak menghormati hak orang lain sehinggalah dia ditangkap.

RATA-RATA banduan yang terpilih menyertai program pemulihan di bawah seliaan anggota tentera beranggapan ia adalah usaha yang membantu memulihkan keyakinan diri mereka.


Ezzra yang sebelum ini bekerja di pusat servis pendingin hawa berkata, program pemulihan pemasyarakatan itu menyedarkan dirinya betapa berharganya kebebasan. Dia juga tidak mahu menyusahkan masyarakat dengan kesalahan jenayah yang pernah dilakukannya.
Kata Ezzra, bentuk terapi terbaik di Kem Mahkota ialah pergaulan dengan anggota tentera. “Mereka tiada masalah berkawan dengan saya dan sekali-sekala memberi nasihat.
“Kawan-kawan ODS lain juga semuanya meluahkan hasrat untuk berubah menjadi orang baik, masing-masing yakin dapat diterima oleh keluarga dan masyarakat,” katanya yang membayangkan kehidupan baru yang lebih baik baginya selepas dibebaskan pada bulan Oktober ini.
Insan baru
Bapa kepada dua orang anak itu yang sebelum ini ditempatkan di Penjara Kajang, berhasrat untuk berkongsi pengalamannya dengan orang ramai terutama generasi muda supaya mereka tidak terjerumus dengan dadah dan jenayah.
Apakah keunikan Program Pemulihan Pemasyarakatan Banduan yang mampu mengubah Om, Wan dan Ezzra? Timbalan Pegawai Penjaga Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Mahkota Kluang Inspektor Shaari Abd. Rahman berkata, program dan aktiviti yang diatur untuk ODS menjurus kepada persediaan kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat sebagai insan baru yang berguna dan jelas mengenai tujuan hidup.
Mereka juga terlibat dengan kelas agama, kelas latihan dalam kumpulan, bekerja, kelas kompang, riadah dan bersukan. ODS juga dibenarkan menelefon keluarga menggunakan kad prabayar yang dibeli dengan wang elaun sendiri.
“Untuk memberi keyakinan diri bahawa mereka diterima baik oleh keluarga walaupun bergelar banduan, mereka juga dibenarkan bersemuka dengan keluarga yang melawat mereka seminggu sekali di bawah pengawasan warder,” katanya.
Untuk mempelbagaikan lagi kegiatan ODS, Jabatan Penjara juga merancang mengadakan kursus jangka pendek seperti kelas keusahawanan, kelas berzanji dan marhaban. Selain itu, jabatan terbabit menganjurkan aktiviti futsal terutama bagi ODS yang masih muda, projek tanaman herba dan ternakan ikan keli.
Objektif lain program di pusat itu ialah untuk memberi peluang kepada penghuni penjara belajar berbakti kepada masyarakat dan memupuk sikap yang baik ODS dengan melakukan kerja-kerja berfaedah di luar penjara.
Kumpulan lain pula melakukan aktiviti latihan berkompang dan ramai bersantai di dalam kawasan berpagar pusat itu dengan memakai seragam putih.
Satu lagi kunci keberkesanan pendekatan ini mungkin kerana ODS dikehendaki mengikuti fasa orientasi dan fasa pengukuhan sahsiah, sebelum boleh dipertimbangkan masuk ke pusat pemulihan pemasyarakatan itu.
Memandangkan kelebihan Program Pemulihan Pemasyarakatan Banduan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, program yang sama akan turut dilaksanakan di Kem Desa Pahlawan, Kelantan, Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan Kem Batu 10, 4 Briged Mekanize di Kuantan, Pahang

Dengar Bacaan Quran Yg Merdu

<div style="width:444px"><embed type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.listen2quran.com/listen/mediaplayer.swf?config=http://www.listen2quran.com/listen/Conf.aspx" quality="high" allowfullscreen="true" width="444" height="555"><div style="text-align:center"><a href="http://www.listen2quran.com/" target="_blank"><img border="0" src="http://www.listen2quran.com/pic/" alt="Listen to Quran"/></a></div></div>

Perogol kene potong pelir

dhaka: Seorang wanita berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya dan membawanya ke balai polis sebagai bukti, kata polis di sini, hari ini. Gambar fail.

Ketua Polis daerah itu, Abul Khaer berkata, wanita itu yang sudah berkahwin, diserang suspek ketika sedang tidur di rumahnya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer selatan Dhaka malam Sabtu lalu.

"Ketika suspek cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau. Dia kemudiannya membungkus kemaluan itu dalam beg dan membawanya ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti jenayah," katanya.

Kemaluan itu disimpan di balai polis dan suspek sedang menjalani rawatan di hospital. - AFP

Saturday 21 May 2011

Dalam Mihrab Cinta (2010)







: Indonesia

Di sebuah pesantren di Kediri, ada seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Herlino) yang rela meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman demi tekadnya untuk belajar menuntut ilmu dan bergabung dalam pesantren.Kehidupan dalam pesantren membuatnya dekat Zizi (Meyda Sefira), seorang putri pemilik pesantren yang sebelumnya pernah menolong Syamsul saat dia dijambret di kereta. Namun semuanya tidak berjalan dengan lancar, Syamsul kemudian dituduh mencuri oleh Burhan (Boy Hamzah) sahabatnya sendiri di dalam pesantren.Hal ini membuatnya jatuh, dia diusir dari pesantren dan keluarganya sendiri pun sudah tidak mempercayainya lagi dan menganggapnya sebagai seorang penjahat.Sehingga akhirnya dia menjadi seorang pencopet sungguhan, akibat tidak kuat menahan rasa laparnya.






Qabil Khushry Qabil Igam (2007)





Sinopsis: kesakitan yang tidak tertanggung semasa bersalin bagaikan lenyap begitu sahaja bila melihat wajah anak yang dilahirkan…. Bertambah bahagia bila zuriat tunggal yang dilahirkan kembar. Sayang Ismail (Dato’ Rahim Razali) dan Tijah (Fauziah Nawi) kepad kedua-dua kembar Qabil Khushry dan Qabil Igam bagaikan melimpah ruah… Itulah racun. Itulah penawar. Di tatang bagai minyak yang penuh semenjak tapak kaki sebesar ibu jari… Itulah cinta sejati, seorang ibu kepada anaknya. Sayang Qabil Khusjry (Hans Isaac) terhadap adiknya Qabil Igam (Rusdi Ramli) bagai tersimpul semenjak mereka di dalam perut ibu mereka… Manjanya Qabil Igam (Rusdi Ramli) kepada abangnya Khushry pula bagaikan menyerahkan seluruh nywanya di telapak tangan Khushry… Itulah cinta antara dua beradik kembar tidak seiras ini. Rani (ZIana Zain) menyimpan hati kepada Khushry semejak di bangku sekolah. Adinnya Karisma (Erra Fazira) pula memuja Igam meskipun pada awalnya Karisma tidak dapat menerima kenakalan Igam… Lalu cinta mengikat dua keluarga jadi satu…



HaQ 2011




Info:   www.imdb.com/title/tt1728632 | Language : Malay | Subtitle : English
Pelakon : Zul Huzaimy , Adyputra, Nanu, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar, Zulkifli Ismail,Ammar Adli Bin Mohamed Norin,
Amirul Adli Bin Mohamed Norin
AVI VERSION

download medium
MEDIAFIRE

FILESERVE

DUCKLOAD


SINGLE ONE LINK DOWNLOAD

Ratu The Movie (2011)









Sinopsis: Filem “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau. Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang. Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.

MKV FILE





Diari Suami 9 Bulan





Diari Suami 9 Bulan (2011)



PART1 PART2 




Senjakala (2011)



Shar

Senjakala (2011) |  Release Date: 2011 (Malaysia) | Country: Malaysia | Language: Malay | Subtitle: English | Genres: Drama | Horror |  Size: 296 Mkv / 290MB Rmvb / 700MB Avi | Quality: PPVRip – Varth
Sinopsis: Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri….

MKV FILE




Sejadah Kaabah (2011)




Sejadah Kaabah (2011) | Release Date: Year 2011 (Malaysia) | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Drama | Subtitle: English Hardsubbed | Size: 280MB | Quality: SDTVRip – JaKi05
Sinopsis: Menceritakan tentang pengorbanan seorang ibu dalam menyara 3 orang anaknya. namun seorang daripada anaknya berkelakuan pelik dan gemar membantu ibunya… kenapa ia berkelakuan pelik dan rajin? ikuti cerita selanjutnya


Sanggul Beracun (2011)



Sanggul Beracun (2011) 
Release Date: Year 2011 (Malaysia) 
Country: Malaysia 
Language: Malay 
  Size: 320MB | Quality: SDTVRip – JaKI05

Synopsis: Sanggul Beracun digarap berdasarkan mitos Siti Aminah yang popular di kalangan orang Johor.“Ini bukan cerita seram atau apa, tapi cerita ini berdasarkan penderitaan Siti Aminah yang ditinggalkan oleh ibunya yang malu untuk mengaku mempunyai anak.“Siti Aminah dibesarkan oleh bapa yang akhirnya meninggal dunia. Sejak itulah dia hidup sendirian dan menempuh semua cabaran.“Apabila menjadi cantik, dia tidak takbur cuma dia tidak sabar untuk menamatkan syarat yang ditetapkan,” ungkai Erra tentang perjalanan cerita Sanggul Beracun.



Friday 20 May 2011

Panas!!!!18sx :Marsha Pelacur Kelas Atasan?

ISNIN, 16 MEI 2011



Marsha tak selesa dilabel artis kontroversi, sensasi
MENGHELA nafas panjang dan agak cuak sedikit Marsha Milan Londoh saat diaju gosip baru yang mula kedengaran kebelakangan ini. Mana tidaknya, gosip itu pertama kali ‘menyelinap masuk’ dalam kancah dunia seninya sejak enam tahun untuk meneruskan konsistensi selepas bergelar finalis Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).

Bukan sesuatu yang pelik pun kerana pemilik bibir seksi ini amat sinonim dengan panahan gosip dan kontroversi. Tetapi gosip yang satu ini mula membuatkan pesona kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini bingung dan sekali gus kehairanan.
Gosip bertebaran berbunyi kononnya dalam diam Marsha bukan saja menjaja bakatnya demi mencari rezeki selama ini, sebaliknya dia yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini juga dituduh ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.
Namun, mengenalinya sekian lama, dia tidak pantas melenting atau melatah dengan apa saja cerita buruk yang menghimpit diri. Penyanyi yang turut bergelar pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya cerita itu. Marsha masih waras serta tidak tergamak mempertaruhkan tubuh badannya yang mungil itu semata-mata untuk hidup mewah.

“Saya bukan sebegitu. Kalau sudah lama saya buat kerja terkutuk macam itu, barangkali saya sudah lama bersara dalam dunia seni. Kalau difikirkan logik pun, saya hanya memandu kereta Toyota Vios dan jauh sekali memandu kereta mewah. Hakikatnya gosip ini memang jauh menyimpang dan saya sendiri tertanya apa motif sebenar pembawa gosip ini.

“Sedihlah kalau cerita ini terus bertebaran tanpa mengetahui kebenaran. Ia seperti satu penghinaan dan kejian terbesar dalam hidup saya. Ibaratnya, kehadiran saya selama ini dalam arena seni tidak memberikan apa-apa impak langsung,” katanya kepada B*POP.

Percaya atau tidak, cerita negatif seperti ini ada pihak melihat ia mungkin mencetuskan kontroversi dengan tanggapan kisah sebegitu untuk menjadikan seseorang artis itu menjadi bahan bualan ramai sekali gus menghangatkan lagi kelangsungan Marsha dalam persada hiburan supaya sentiasa diingati masyarakat.
Begitu juga kisah dan gosipnya dengan beberapa selebriti tempatan termasuk episod cintanya dengan rakan seperjuangan, Kefli (bertahan selama empat tahun) antara tarikan yang mengundang rasa ingin tahu khalayak terhadap diri Marsha. Begitu juga kisah cintanya dengan jejaka Melayu dengan pangkal nama Z turut berakhir.

Selain itu, gelaran gedik juga antara jolokan yang terus melekat kepadanya. Jadi tidak hairan, dia sering ditawarkan watak sedemikian. Tapi pintasnya, dia bukan bersifat gedik seperti disangka atau dipertontonkan dalam lakonannya. Mahu atau tidak, Marsha harus menelan pahit manis bergelar artis seiring kematangannya.

“Bukan saya mahu menidakkan apa yang saya sudah lalui sepanjang bergelar anak seni. Tipulah jika saya tidak kecewa apabila bakat seni tenggelam dan lebih dibayangi dengan cerita kontroversi dan sensasi. Ia di luar kawalan saya. Tetapi sebagai artis, saya sedar sekali melangkah dalam bidang ini, hampir setiap sisi kita mahu diketahui masyarakat.

“Hakikatnya, saya juga berdepan kesusahan dan pahit getir pada awalan bergelar artis. Mungkin tidak ramai tahu saya juga bergelut pengalaman pahit yang sering dilalui artis baru. Ada orang ingat sesiapa saja jadi artis terus boleh kaya raya dan sentiasa nak nampak cantik selalu. Tapi bayangkan dua bulan selepas keluar AF3, saya pernah mendapat gaji sebanyak RM70 untuk satu kerja.

“Mujur saya ada duit simpanan dan dibantu ibu bapa. Jadi bila sudah senang sedikit, saya tak kisah berbelanja untuk diri sendiri. Nak kata boros tidaklah... saya pun bukanlah jenis ‘high maintenance’. Cuma, saya berbelanja membeli keperluan kerjaya seperti pakaian contohnya untuk dipakai ketika berlakon dan membuat persembahan nyanyian,” katanya yang rapat dengan adik kepada Sharifah Shahira dan Sharifah Haslinda, Sharifah Sakinah.

Pintasnya lagi, hayat seninya kini bukan saja didorong cerita panas semata-mata yang menghimpit kerjaya. Sebaliknya ia turut bertimbal balik kepada keghairahan dan semangat yang mengalir dalam darah seninya. Rezeki yang datang mahu dibuktikannya bukan diterima hanya sekadar dia dianggap pelakon cantik dan seksi.

“Tetapi ia datang dengan bakat yang saya miliki. Malah, saya bersyukur dikelilingi mereka yang sentiasa menyokong, terutama pengurus saya, Syad Rosli yang membimbing saya hingga ke saat ini. Hala tuju ditunjukkannya menjadi penanda aras. Pada masa sama, apa yang saya raih berbalik kepada rezeki Tuhan.

“Seiring pertambahan usia, sikap mesra saya yang dilabel sebagai gedik juga akan berubah. Pembawaan diri dan cara saya berdepan dengan media boleh saya katakan sebagai mesra dan peramah. Tapi kalau ada yang nak cakap saya gedik, apa daya saya menghalang. Seboleh-bolehnya, saya tak nak lagi bawa watak gedik.

“Saya mahu berubah kepada watak lebih mencabar dengan harapan penerbit serta pengarah di luar sana akan memberi peluang untuk saya mempelbagaikan karakter. Sejujurnya, watak gedik cukup melekat dalam diri hingga ada kalanya mungkin terbawa-bawa di alam realiti. Saya tidaklah gedik seperti disangka orang lain,” ujarnya.

Tidak terdesak untuk kahwin

MENDASARI hati Marsha kini, terutama dalam menyelami soal peribadi, dia lebih selesa mentafsirkan dirinya kini masih berstatus solo, tanpa kekasih mahupun teman lelaki istimewa. Enggan mengenang kisah lalu, Marsha belum bersedia dengan sebarang komitmen lagi buat masa ini untuk membicarakan soal hati secara panjang lebar.

Tetapi itu bukan penghalang untuknya berkawan apatah lagi sejak dulu dia memang ramai kawan lelaki berbanding wanita.

“Agenda kahwin belum ada dalam kalendar diri saya. Saya belum terdesak untuk kahwin. Dulu, saya pernah sasarkan untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Tapi ia sudah tersasar. Lepas ini, saya tak berani lagi nak letak sasaran bila nak kahwin. Cuma, bayangkan kawan satu sekolah saya sudah mempunyai anak.

“Sebagai manusia, saya sendiri tidak tahu siapa jodoh saya kelak. Dulu saya pernah keluar dating dengan lelaki bangsa lain selain Melayu. Tetapi rasanya kalau saya terus-terusan berada di Kuala Lumpur, potensi dan kecenderungan saya berada dekat dengan jejaka Melayu sangat luas. Komitmen (kahwin) saya tolak ketepi dulu, biar saya bercinta dulu,” katanya yang masih tegar untuk meneruskan kelangsungan memiliki rangkaian perniagaan label jeans suatu hari nanti.

Ditanya mengenai jolokan sebagai pelakon seksi, Marsha tidak melihat ia sebagai isu yang perlu diperbesarkan. Apatah lagi, dia bukan artis Melayu cuma sering dianggap sebaliknya. Dengan agama dianutinya, Marsha bebas bergaya seksi tetapi tidak sampai menjolok mata.

“Saya selesa dengan imej sebegini (seksi). Tapi biarlah ada batasnya. Kalau nak seksi pun biar dengan kelasnya. Kalau ada orang melabelkan saya sebagai simbol seks, saya tidak melihatnya sebagai satu masalah. Orang di luar sana bebas melabelkan itu dan ini. Janji, saya sendiri masih waras untuk bergaya mengikut aliran semasa,” katanya yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Cun.

Sementara itu, biarpun dilihat semakin menyerlah dalam lakonan, Marsha masih mampu tersenyum kerana penantiannya untuk muncul dengan album sulung sudah berakhir dengan kehadiran Yang Pertama. Album itu memuatkan lima lagu menerusi edaran Alibi Music Sdn Bhd. Kontraknya bersama Alibi juga masih berbaki kurang setahun.

“Saya baru saja selesai menjalani penggambaran drama Kum Kum, telefilem Ekspres Dania dan drama sekuel Dunia KITA. Semuanya arahan Michael Ang. Malah banyak lagi projek akan datang saya bersama Michael. Berlakon di bawah arahan Michael tidak bererti saya tidak ada tawaran daripada produksi lain.

“Cuma sekarang, fokus saya lebih terarah bekerjasama dengan Michael. Selama ini juga saya sering menolak peluang berlakon watak utama kerana susah mahu memberi komitmen kerana pada masa sama saya ada undangan membuat persembahan nyanyian. Saya lebih bersedia untuk watak pembantu kerana masa diperlukan tidak sebanyak untuk membawa watak utama," katanya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons