Sunday 15 May 2011

cara/syaratmemohon memasuki politeknik kementerian pengajian tinggi-KPT



Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2011 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian  (ON-LINE) dengan melayari laman web;
http://www.politeknik.edu.my

Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di kaunter atau Mesin ATM Bank SimpananNasional (BSN) dengan harga  RM6.00(Ringgit Malaysia: Enam sahaja)


Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan atauMyKadpemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.
Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit sebelum meninggalkan kaunter BSN.


Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang dan terlupa.


NOTA:  

Nombor PIN yang sama boleh digunakan untuk mengakses e-Borang Kolej Komuniti KPT.

Pemohon hendaklah mencetak paparan butiran permohonan setelah menekan butang 'HANTAR MAKLUMAT PERMOHONAN'. Pindaan maklumat pada e-borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan mencetak semula butiran permohonan terkini.

                      


  KATEGORI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS         
 
Pemohon berkeperluan khas(masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM, di alamat :
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88849190
Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons