Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 berwajah baru   dengan memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk   memilih tiga jurusan yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang.   Kursus-kursus berikut adalah: 1. Modul I 2. Modul II 3. Modul III Permohonan   yang telah dilaksanakan akan diproses dan pemilihan terhadap ketiga-tiga   modul tersebut akan berlaku di Kolej-kolej Matrikulasi seluruh negara.   Walaubagaimanapun, terdapat dua program yang akan berjalan secara langsung   iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun untuk jurusan Sains sahaja.   Harus diingat Jurusan Sains mengandungi tiga modul yang diterangkan di   atas. Pakej mata pelajaran adalah sama bagi kedua-dua Program Satu   Tahun (PST) ataupun Program Dua Tahun. Walaubagaimanapun, jurusan Perakaunan dan   Teknikal masih mengekalkan struktur program yang sama seperti yang telah   dilaksanakan sebelum ini. Program satu tahun Pelajar yang terlibat dalam PST   terdiri daripada pelajar Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan   Teknikal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, pelajar daripada aliran Sains   akan dipecahkan kepada tiga modul seperti yang disebutkan di atas. Setiap   Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah   dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap   dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan Program dua tahun Program ini mempunyai tempoh   pengajian sebanyak empat semester. Walaubagaimanapun, hanya Jurusan Sains   sahaja yang terlibat. Tiga modul seperti yang disebutkan di atas masih wujud   cuma tempoh pengajian dipanjangkan sebanyak setahun lagi menjadikannya sebanyak   dua tahun. Ini adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang baik   tetapi masih ingin mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi di   Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, program ini hanya untuk   pelajar Bumiputera sahaja Program teknikal Program ini mula diperkenalkan pada   sesi 2009/2010 dan dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal   atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata   pelajaran teknologi kejuruteraan. Progam teknikal hanya menawarkan pengajian   selama satu tahun dan struktur pengajian adalah sama dengan apa yang   ditawarkan oleh PST. Program perakaunan Program ini hanya menawarkan   jangkamasa selama satu tahun sahaja.  |   
Program Matrikulasi K.P.M. menawarkan dua(2) jurusan iaitu Sains dan Perakaunan untuk Program Satu Tahun (PST) dan satu(1) jurusan sahaja iaitu Sains untuk Program Dua Tahun (PDT). Ringkasan Program Matrikulasi K.P.M. adalah seperti jadual di bawah:-
PST  |    PDT  |   |
JURUSAN SAINS  |    ALIRAN SAINS HAYAT  |    ALIRAN SAINS HAYAT  |   
ALIRAN SAINS FIZIKAL  |    ALIRAN SAINS FIZIKAL  |   |
ALIRAN SAINS TEKNIKAL  |    -  |   |
JURUSAN PERAKAUNAN  |    ALIRAN PERAKAUNAN  |    -  |   
22:56
confidentlove

 Posted in:  

0 comments:
Post a Comment