Tuesday 14 June 2011

Cerpen : Setulus Cintamu 4

Renea menyanyi-nyanyi kecil. Baru sebentar tadi dia bercakap dengan Fauziah. Gadis cilik itu memang cukup bersemangat apabila bercakap dengannya. Peramahnya terlebih. Kadang-kadang, Renea langsung tidak dapat mencelah. Memang keturunan kot….macam abang dia….membebel.
Pada petang itu, Renea mengenakan seluar jeans dan tshirt hitam lengan panjang dengan stripe putih di sepanjang lengan bajunya. Rambutnya diikat ke belakang, kemas. Sementara menunggu Fauzan, dia mengemas rumahnya. Apa-apa yang patut dibuang, dicampak ke dalam bakul sampah. Pinggan mangkuk yang kotor dicuci. Pakaian yang siap dibasuh disidai di belakang rumah. Phew! Berpeluh la pulak aku! Hmm, Fauzan ni lembab benar. Gadis itu melangkah ke ruang tamu lalu berbaring di atas sofa. Entah bila dia terlelap di situ.
“Nia….Nia!”
“Emmm….” Renea merengus, tidak senang kerana tidurnya diganggu. Ish, rasanya cam baru kejap je aku tidur? 
“Bangunlah sayang! Sorry sangat abang terlambat….jalan sesak la. Hei, bangunlah.” Pipi gadis itu ditarik kuat.
“Ahah! Sakitt…..” 
“Jom bangun. Nanti lambat lak nak tengok wayang.” Tubuh Renea ditarik dan dipeluk. “Camne boleh tertidur ni?”
“Abang tu lambat sangat… bosanlah!”
Fauzan ketawa. Mereka berdua segera masuk ke dalam kereta dan menuju ke Sunway Pyramid. Hati Fauzan berasa senang tatkala menatap wajah ceria Renea. Pertama kali!! Akhirnya aku berjaya menggembirakan hatinya, tackle dia. Bahu si gadis diraihnya. Renea tersenyum.
“Handsome kan Hugh Jackman tu?” puji Renea sambil merenung pelakon utama filem Van Helsing. Fauzan mencebik.
“Eh, abang lagi handsome tau! Apa la yang ada kat dia? Dah tua.” Bisik Fauzan sambil mencubit pipi isterinya.
“Perasan! Abang pun dah tua la.” Renea ketawa kecil. Dia menjelirkan lidahnya. Kepalanya disandarkan pada bahu lelaki itu. Bestnya kalau selalu macam ni. Minta jauhlah semua malapetaka. Semoga jodoh aku dengan Fauzan berkekalan. Jari jemari lelaki itu digenggam erat. Fauzan mengerling ke arahnya, hairan. “Nia cintakan abang.”
Fauzan tersenyum lebar. Selamba dia mencium bibir isterinya kejap. 
“Abang lebih lagi….sangat mencintai Nia….” 

Dua ulas bibir mungilnya mengepit batang rokok jenama Dunhill itu. Debu-debu nikotina dihisap dengan penuh nikmat. Selepas habis dihisap, dibuang batang rokok itu ke lantai dan dipijak dengan kasutnya. Jam tangan Nikenya dikerling lama. Mana mangkuk ni! Buang masa aku betul!
Tidak berapa lama kemudian, kelihatan dua orang pemuda termengah-mengah berlari ke arahnya. Si gadis itu tersengih sambil menumbukkan penumbuknya yang tidak sebesar mana tetapi berbisa. Sapa yang pernah rasa tu tahulah.
“Sorry ah aku lambat. Maklumat yang kau nak tu ada….” Ujar lelaki berjaket putih itu, Zainal. Pemuda di sebelahnya tersengih-sengih.
“Korang tahu tak, sepatutnya korang yang tunggu aku. Ada ke patut pompuan yang kena tunggu laki? Cepat ah bagi benda tu.” Kata gadis itu.
“Hmm, kau nak buat Jee? Baik kau berhati-hati. Dah ramai perempuan yang kena tipu dengan dia ni. Aku tak nak kau kena.” Tiba-tiba, Ariff mencelah. Dia merenung wajah ayu Fauziah lama.
“Aku tahulah apa nak buat. Dia ni dah lama mengganggu hidup kakak ipar aku. Aku kesian kat dia. Sekarang, dia dah terima abang aku. So, aku tak nak hidupnya terganggu dek laki jahanam ni. Korang jangan risau, aku dah ada plan sendiri.” Jelas Fauziah sambil tersenyum manis. “Aku harap korang tak bocor rahsia ni. Jom, aku belanja korang minum.”
“Ni yang best ni. Aku sanggup buat kerja camni asalkan kau belanja kitorang.” Kata Zainal ceria. Ariff hanya membisu. 
Mereka berdua pergi ke Gazebo. Fauziah memang agak loaded kerana setiap bulan abangnya akan memberi RM500 kepadanya. Dia membelikan dua mangkuk mi bandung dan jus oren kepada rakan-rakannya. Memang Fauziah lebih rapat dengan lelaki berbanding perempuan. Mungkin kerana sikapnya yang agak kasar, dia lebih selesa berdampingan dengan lelaki kerana baginya lelaki lebih open minded jika hendak dibandingkan dengan perempuan yang agak sensitive. Salah cakap, bergaduh. Membebel dan merajuk. Bosan!
“Jee, biarlah kitorang tolong kau. Aku tak suka kau bertindak sorang macam ni.” Ujar Ariff dengan serius. Fauziah tersenyum.
“Thanks. Tapi aku tak nak libatkan korang dalam hal ni. Biarlah aku selesaikan sendiri. Hal famili aku.” 
“Jee! Kalau terjadi apa-apa kat kau macam mana? Dia tu jahat gila. Kejam! Biar aku teman kau pergi. Jee!” pujuk Ariff. Tidak semena-mena dia menggenggam tangan Fauziah.
“Wei, apa ni?” Fauziah segera menepis. Zainal diam. Arif terkedu. Lantas dia meminta maaf di atas keterlanjurannya. “Sudahlah. Kalau ramai yang terlibat leceh juga. Cuma, aku minta tolong korang agar rahsiakan hal ni. Jangan gitau sesiapa. Okay?”
“Aku okay je.” Zainal menjeling ke arah Ariff. Dia tahu kenapa Ariff begitu bimbangkan Fauziah. Ariff mencintai Fauziah, walaupun tidak pernah diluahkan. Hmm, kesian kau Ariff. Dah le Jee ni tak percayakan lelaki. Kesian.
“Kau, Arep?” Mata Fauziah bersinar galak.
“Aku nak gi tandas kejap….” Ariff segera bangun tanpa memandang wajah Fauziah. Aku takkan rahsiakan hal ni!! Terlalu bahaya!
“Nia nak tidur! Tak nak tengok cite ni….” Bisik Renea sambil memejamkan matanya. 
“Ala pengecut. Abang kan ada. Dah lama abang tak tengok horror movie. Temanlah abang!” Fauzan ketawa kecil. 
Pada ketika itu mereka sedang menonton movie The Phone. Walaupun bagi Fauzan ianya tidak menakutkan, tetapi tidak bagi Renea yang sememangnya benci horror movie. Dia merapati Fauzan sambil menyelubungi tubuhnya dengan selimut. Kadang-kadang dia menjerit. Agaknya apalah yang jiran diorang fikir. Dah le tutup lampu. 
Tuttt!! Tuttt!!!
“Aaaahhhhhhhh!” Renea menjerit dengan sungguh kuat pada kali ini. Dia menutup mukanya dengan selimut. Fauzan pun sedikit terperanjat.
“Nia….hei sayang….handphone abang la…dah la tu….” Pujuk Fauzan seraya merangkul leher isterinya erat. Dia menjawab panggil telefonnya. Renea memejamkan mata sambil memeluk erat Fauzan. 
“Abang Fauzan?”
“Hmm, siapa ni.”
“Saya Ariff, kawan Fauziah. Maafkan saya kalau mengganggu.” Balas Ariff sambil memandang ke arah jam dindingnya. Tepat 10.30 malam. “Sebenarnya, saya nak gitau abang ni….Jee tu.”
“Kenapa dengan dia?” soal Fauzan, tidak sabar. Renea di sebelah mendongakkan kepala, merenung muka suaminya.
“Saya tak tahu plan sebenarnya dia. Tapi, dia nak jumpa Ezi. Saya tak berani nak kata. Cuma gaya dia tu macam nak membunuh orang je. Abang tolonglah tengok dia. Ni saya bagi alamat Ezi sekarang.” 
“Okay.” Fauzan mengetap bibirnya. Ish, pompuan ni!! Memang menyusahkan aku betul laa! Dia ingat dia tu sapa? 

Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Harap-harap mangkuk-mangkuk yang tidak berkenaan tak de kat sini. Dia merenung ke arah rumah teres satu tingkat di depannya. Keadaan laman rumah itu memang tidak terurus. Kereta Fiat Punto biru metalik ini sengaja dipinjam daripada Ariff. Lelaki itu tidak bercakap banyak, terus bagi. Hm, mungkin dia marah dengan aku kot? Buat kerja tak betul. Tapi, kenapa aku nak buat? Untuk apa? Untuk abang ke? Kak Nia? Atau sebagai alasan untuk melepaskan dendam kesumat di hati? Fauziah termenung lama. Tiba-tiba, peristiwa setahun lalu yang ingin dilupainya menerjah ke benak fikirannya tanpa rela…

“Awalnya?”
“Mak aku suruh aku jaga adik.” Lelaki itu tersenyum.
“Em? Bibik tak de ke?” Fauziah kehairanan.
“Er….dah lari.” 
“Ala, Muz…. Kejap lagi la?” rengek Fauziah.
“Jee, sorry la. Bukan aku tak nak tapi dah lambat ni. Okay? Please sayang? Esok kita boleh keluar lagi…hm?” Muzzaffar mengusap lembut rambut Fauziah.
“Okaylah. Janji esok keluar!” 
Muzzaffar mengangguk.
“Jee, boleh tak kalau kau balik sendiri? Sebab aku takut tak sempat. Lagi pun, rumah kita tak sehaluan.” 
“Tak pe! Lagi pun, Jee nak jalan-jalan lagi. Okay, bye! Esok janji tau!” Fauziah melemparkan senyuman manis untuk kekasih yang tersayang. Dia bergegas entah ke mana. Muzzaffar sekadar merenung jauh sehingga kelibat Fauziah hilang.
Selepas setengah jam berpusing di Mid Valley sendirian, Fauziah mengambil keputusan untuk pulang. Dia menaiki bas dan turun di LRT Bangsar dan terus ke KL Central untuk menaiki komuter train pulang ke Subang Jaya. Sebelum itu, dia berkira-kira untuk ke rumah best friendnya, Aliyah. 
Sampai saja di depan rumah kawannya, dia cuba untuk memanggil Aliyah namun tiada sahutan. Loceng pula rosak. Dilihat pintu terbuka, selamba saja Fauziah masuk. Hm, tak de orang ke? Mana semua orang? Patutlah Pajero tak de. Saja nak buat kejutan, Fauziah naik ke tingkat atas, memandangkan hari ini adalah birthday Aliyah. 
“Aliyah! Happy….” Pintu bilik dikuak dan….Fauziah benar-benar tergamam. Terasa kaku seluruh tubuhnya. 
Aliyah dan Muzzaffar yang sedang bercengkerama tanpa seurat benang terkejut. Gadis itu menolak tubuh Muzzaffar dan menarik selimut menutupi tubuhnya yang terdedah. Muzzaffar telan liur, langsung tidak berani menentang mata Fauziah. Fauziah tidak berkata apa-apa. Hadiah di tangannya terlepas begitu saja, dan bunyi deraian kaca memenuhi ruang bilik Aliyah. Masing-masing terkedu. 
“Muz….Liya….” Bibirnya diketap kuat. Mata Fauziah tidak berkedip merenung kedua-dua wajah. 
“Jee…. Jee….” Panggil Aliyah, ragu-ragu.
“Heh..heh…” Gadis lampai itu mengukir sebuah senyuman. Matanya langsung tidak berkedip. “Sejak bila … korang mengkhianati aku?”
“Jee…maafkan aku!” ucap Muzzaffar.
“Aku minta maaf!” sampuk Aliyah sambil memejamkan matanya.
“Kenapa nak minta maaf dengan aku? Baik korang minta ampun dengan Allah. Dahlah jalang, busuk hati pula tu. Dua-dua pun sama. Setan….” Mendatar saja suara Fauziah. Senyuman masih terpapar di wajahnya. Entah apa maknanya. “Muz….”
“Ha?” Muzzaffar telan liur. 
“Kalau kau dah tak sukakan aku, tak payahlah buat macam ni. Dahlah kau buat dengan bestfriend aku. Jijik betul. Tak boleh ke kalau kau cari pelacur lain je? Kenapa kau tak clash je dengan aku? Tak payah nak sakitkan aku sampai macam ni sekali. Kenapa…Muz?” Fauziah merenung tajam ke arah lelaki itu.
“Aku takut kau tertekan. Sebab tu…aku….aku rahsiakan hal ni….” Tergagap-gagap lelaki itu menyusun kata.
“Heh! Alasan! Atau kau frust sebab tak dapat tubuh aku? Dapat tubuh bestfriend aku pun jadilah kan? Huh! Dasar jantan gampang! Anyway….” Fauziah ketawa kecil. “Liya, thanks a lot. Kau dah buka mata aku supaya tinggalkan jantan tak berguna ni. Orang macam ni tak layak untuk hidup. Liya… Liya…Kalau kau dah desperate tak de lelaki nakkan kau, tak payahlah goda balak aku. Tak rasa hina ke?” 
“Jee! Kau…jangan hina aku!” Suara Aliyah meninggi. Wajahnya kemerah-merahan.
“Betul la apa yang aku cakap kan? Hmmm….” Fauziah melangkah ke arah Muzzaffar yang tidak disaluti pakaian itu. Dia merenung setiap inci tubuh lelaki itu. “Boleh tahan juga kau ni….”
Muzzaffar diam. Tanpa amaran, Fauziah terus menumbuk muka lelaki itu. Belum sempat Muzzaffar menahan, kaki Fauziah hinggap pada dadanya. Terbatuk-batuk lelaki itu menahan kesakitan. Tak puas dengan itu, dia menendang anu Muzzaffar sehingga melolong. 
“Jee, dahlah tu!!” jerit Aliyah. Mata Fauziah mencerun geram. Dia menarik rambut Aliyah. Gadis itu menjerit. 
“Aku rasa….kau paling hina, dahsyat dan jijik berbanding Muz. Kau….sanggup khianati aku…” Pipi gebu itu ditampar kuat. Aliyah terkedu. “Muz, baik kau hati-hati dengan betina ni. Dia berani khianati aku….for sure dia akan khianati kau. Okay, berbahagialah korang!” 
Aliyah dan Muzzaffar kaku. Masing-masing menahan kesakitan di dada. Malu, hina, dan perasaan bersalah berbaur menjadi satu. Fauziah terus keluar dari rumah jahanam itu. Tatkala itu, dia terasa jiwanya kosong. Dia tak mungkin akan menangis untuk seorang insan bernama lelaki. s i a l !! Pada petang itu juga, dia meluahkan segalanya kepada Ariff, tanpa perasaan dan tangisan.
  Fauziah tersentak dari lamunan yang panjang. Cis, bangang je. Agaknya dah mampus kot dua ekor jalang tu. Hmm, dia mengerling ke arah rumah teres tadi. Kelihatan sebuah kereta Wira Aeroback berhenti di depan rumah itu, seorang lelaki keluar dari kereta itu. Hah! Jumpa kau, Ezi!! Bibir gadis itu mengukir sebuah senyuman penuh makna.
Sementara itu pula, Fauzan dan Ariff sedang mencari alamat Ezi itu. Ceh, dah silap masuk lorong. Kena patah balik tadi! Bengang je! 
“Risaulah Jee tu. Gila ke apa sampai sanggup gi cari laki tu.” Ujar Ariff sambil menguakkan rambutnya ke belakang. Fauzan tersenyum.
“Kau suka adik aku ke?” 
“Hah?! Er… tak de la. Kitorang memang bestfriend.” Ariff telan liur. Malu. 
“Jangan nak tipulah! Aku tau kau memang suka dia.” Fauzan ketawa kecil. Ariff ikut ketawa.
“Hmm, tapi saya tahu saya tak mungkin dapat tackle dia. Dia dah tawar hati sangat kat lelaki. Itu saya boleh nampak dari mata dia…kelakuan dia.” Ariff menyandarkan kepalanya. “Entah bila akan terbuka pintu hati dia…..”
“Takkan belum mula dah ngaku kalah kot?” kata Fauzan sambil menjeling ke arah Ariff. “Kalau kau ikhlas sukakan Jee, kau tunjukkan keikhlasan kau melalui persahabatan dulu. Hmm, aku tahu pasal ex dia dulu. Memang sakit hati jugak. Tapi, hati perempuan ni senang cair….susah nak diduga juga. Asalkan kau tak tersilap langkah dah la. Jangan terburu-buru. Belajar dulu. Mantapkan career…lepas tu terus masuk meminang. Tak payah tackle.”
“Emm….bagus juga plan tu. Macam mana kalau dia tolak pinangan saya?” 
“Aku rasa, masa tu dia dah tak kisah sangat kot. Hey, belajar dulu! Tak payah mimpi lagi. Kalau kau tak de kerja tetap, aku sendiri tak bagi kau kahwin dengan adik aku.”
“Er….iyelah!” Ariff menggaru lehernya. Kelakar betul! Sporting gila abang dia.
Di tempat lain pula….
GEDEGUNGGG!!! Ezi jatuh terjelepok. Habis buku-buku dari rak jatuh menimpa tubuhnya. Serentak dengan itu, Fauziah terus menarik rak buku itu menghempap tubuh Ezi. Ezi menyeringai kesakitan. Ish! Gila apa pompuan ni?! Masuk-masuk je rumah aku terus belasah aku! Signal pun tak bagi! 
“Cepat bangunlah! Aku nak belasah ko sampai mampus! Jantan s i a l !!” Muka Ezi ditendang kuat. Belakang lelaki itu dipijak-pijak tanpa belas kasihan. “Geram aku tahu tak!! Orang cam kau ni baik mati cepat!!”
Ezi mengumpul seluruh kekuatannya untuk bangun. Serangan gadis ayu itu ditepis dengan sepenuh tenaga. Fauziah tersenyum sinis. Bangun pun kau. Ezi cuba untuk berdiri dengan berpaut pada kerusi besinya.
“Aku tak kenal kau sapa tapi biar kau kenal sapa aku sebenarnya!!!!” Kerusi besi yang dipegangnya terus dihayunkan ke muka Fauziah namun gadis itu menahan dengan kedua-dua belah tangannya.
“Wow, sakit! Ha! Ha! Ha!” Fauziah menarik kerusi besi dari tangan Ezi. “Biar aku hempap kat kau pulakk!!!” Kepala Ezi dihentak dengan kerusi besi tadi lalu lelaki itu jatuh tertiarap.
“s i a l ….” Gumam Ezi.
“Ha! Ha! Ha! Bunuh kau! Bunuh kau!!” Fauziah duduk di atas dada Ezi dan menumbuk muka lelaki itu berkali-kali. Serentak dengan itu, bayangan wajah Muz dan Aliyah menerjah ke pandangan retinanya. Makinlah berang. Dia teringat kata-kata Aliyah kepadanya…
“Aku tak kisah kau nak fikir aku apa! Yang aku tahu aku gembira sebab dapat rampas Muz dari kau. Kau tak guna. Sebab tu Muz cari aku. Huh! Sebab dia tahu aku lebih cun dari kau! Dan….sudah pasti kau pengecut sebab tak sanggup tidur dengan dia. Atau kau ni jenis yang kaku? Tunggul kayu?!”
Fauziah mengetap bibirnya. Kali ini dia menumbuk muka Ezi dengan lebih kuat lagi.
“Aku benci kau!!! Benci kau!!! Muz s i a l !! Liya, kau gampang!!! Ahhh!!!” 
“Ya Allah!! Jee….” Tubuh ramping adiknya segera ditarik kuat. Namun, gadis itu masih meronta-ronta. Tubuh Ezi ditendangnya pula. Kuatnya tenaga dia! Fauzan ketap bibir. “Jee!!”
Fauziah ditolaknya ke dinding. Mata gadis itu penuh dengan kebencian. Mukanya berkerut-kerut, merah. Bibirnya berdarah sedikit, mungkin kerana diketap terlalu kuat. Fauzan menekan kedua-dua bahu adiknya namun tiada reaksi. Matanya masih terarah ke arah Ezi. Dadanya turun naik menahan amarah, mungkin? 
Sementara Ariff pula, terkedu melihat Ezi yang cedera teruk di muka akibat ditumbuk oleh Fauziah. Gadis ini…. Nampaknya dia benar-benar melampiaskan segala dendamnya kepada lelaki s i a l ni! Ezi kaku tidak bergerak. Ariff memeriksa nadi Ezi. Masih hidup! Syukur. Dia segera menelefon polis.
“s i a l ! Biar mampus kau!!” jerit Fauziah. Bibirnya mengukir sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan. “Ha! Ha! Jantan s i a l ! Perosak!! Mati ahh!”
“Jee!! Jee!! Relek laa. Jangan nak jadi gila!!” tengking Fauzan.
Tidak membalas, Fauziah sekadar merenung tajam ke arah abangnya. Kali ini, matanya kelihatan kosong….sesepi jiwanya kini.
“Abang faham ke apa yang Jee rasa? Lelaki semuanya sama!!” ucap Fauziah sambil menundukkan kepalanya. “Aku benci Muz……”
“Jee…. Lupakan hal tu! Mampuslah dia nak jadi apa. Jee cubalah lupakan hal tu….” Pujuk Fauzan seraya memeluk adiknya dengan erat. Fauziah tidak memberi respon. “Jom balik. Kak Nia risaukan Jee….” 
“Abang, saya dah call polis. Kejap lagi sampai kot.” Beritahu Ariff. Dia memandang ke arah Fauziah tetapi gadis itu tidak mengendahkannya. Jee….

Dia terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia menoleh lalu bibirnya dikucup kuat oleh seseorang. Muz!! Dia menolak lelaki itu tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya. Tubuhnya ditekan kuat pada dinding. Sehinggalah dia menampar wajah Muzzaffar.
“Eh, apa hal ni? Kau tak suka ke?” Muzzaffar tersenyum sinis.
“Memang aku tak suka! Aku bukan that type of girl…okay!” marah Fauziah sambil mengesat bibirnya. Yucks!! 
“Come on la. Normal la macam ni. Kalau kau sayangkan aku….em…bagilah.” pujuk Muzzaffar lagi sambil mengusap pipinya. 
Mata Fauziah bulat. Ah! Dia ni sedang menggoda aku. Konon romantic la? Tangan lelaki itu ditarik ke bawah. Dia menggelengkan kepalanya.
“Belum tiba masanya lagi, Muz. Lepas kita kahwin, bolehlah.” 
“Ala! Masa tu belum tentu sampai….” Rungut Muzzaffar. Fauziah diam.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons