Sunday 15 May 2011

Dato seri Anwar Ibrahim Sah Pelaku Dalam Video Seks Yang Didedahkan Oleh Trio Datuk T????

Assalamulaikum W.B.T,..
pada hari ini ,aku menulis entry bukan la untuk mengesahkan atau nak tuduh sebab ini merupakan isu yang sangat sensitif rakyat malaysia,..aku nak sembang hal lagi penting dari tuh

Setiap rakyat malaysia mempunyai pandangan dan ideologi yang berbeza tentang hal ini,..tetapi yang paling buruknya aku paling benci apabila orang memberi pendapat dan luahan mencaci hamun sesama sendiri,..p

blog-blog  politik tumbuh semakin banyak dan pelbagai pendapat dan luahan tentang isu-isu yang berbangkit hal politik yang sebenarnya amat tidak sihat,..


Nak baca surat khabar pun aku sudah bosan,..bosan sebab banyak pasal politik yang asyik memaki hamun sesama sendiri dan mengata antara satu sama lain,..budaya ni aku rasa melahirkan generasi tidak elok,..cuba kita bayangkan,.jika setiap hari anak-anak atau adik-adik kita yang baru berumur kurang 18 tahun asyik disogokkan dengan berita tentang politik yang kotor,dan perkataan-perkataan yang mengutuk dan mengata sesama sendiri di terima setiap hari,..sudah tentu membuatkan generasi akan datang pemikirannya akan menjadi pemikiran yang penuh kecelaruan ,


Politik demokrasi yang di pekenalkan oleh cendikiawan barat sungguh berkesan untuk meruntuhkan tamadun manusia,..tak kira dimana pun yang mengamalkan politik demokrasi sudah tentu akan mencetuskan fenomena berbalah dan perpecahan antara satusama lain yang mempunyai perbezaan ideologi politiknya,..


apa yang aku harapkan berlaku dimalaysia adalah semua rakyat malaysia bersatu dan politik tidak keterlaluan,.politik yang bersih dan antara pemimpin politik tidak menjatuhkan antara satu sama lain,..biar rakyat menilai seseorang pemimpin itu atas jasa atau kebaikan pemimpin itu bukannya memilih pemimpin yang mana kurang jahatnya atau kurang buruknya berbanding pemimpin lain,,.


segaja aku tak berbicara tentang isu Anwar Ibrahim ni sebab kalau aku kupaskan sudah  tentu ia akan menambahkan satu lagi koleksi pandangan politik yang busuk,,..sebab sudah ramai orang duk bicarakan tentang isu ni,..ramai yang percaya ipelaku dalam video itu adalah Anwar dan tak kurang ramai juga yang tidak percaya langsung itu Anwar,.


apa yang paling utama bukan mengetahui siapa pelaku sebenarnya,.biarlah polis dan jabatan-jabatan terlibat berbicara tentang ini,.kita sebagai orang biasa yang hakikatnya tak tahu apa-apa dan setiap apa yang kita dapat maklumat belum tentu kesahihnya,.jadi tak perlula nak cakap banyak takut silap,..tak perlu nak maki hamun,..Kita doakan pelakunya bertaubat dan menerima balasannya didunia dan diakhirat tak kira siapa jua pelaku itu,oemimpin politik atau siapa jua,.kita mohon pelakunya yang sah terbukti pelaku dalam video itu akan diketahui oleh semua rakyat mlaysia dan selepas itu tak perlu lah kita nak bising-bising lagi pasal ni...

pilih politik bersih tanpa maki hamun dan jatuh menjatukan antara satu sama lain,..kita adalah sama,..tak kira parti mana yang kita sokong,..politik semasa kempen pilihanraya,selepas tuh ,.tumpukan terhadap keja masing-masing.,bagi pemimpin terpilih ,tunaikan tanggungjawab yang di berikan,dan bagi yang kalah,..tumpukan terhadap parti masing-masing dan beri teguran yang membina terhadap pemimpin yang terpilih dengan ikhlas,..
alangkah bestnye kalau politik kat melaysia sebagus macam tu,..tapi mampukah kita?? 

2 comments:

Muhammad Ariff Mohamad Nizam said...

setuju tu.kita tidak perlu terlalu obses sgt dgn mereka.sebab mereka juga spt kita juga.dan kalau nak memaki pun.undian yg memilih mereka berdasarkan majoriti.kena terima lah juga.tak kira lah BN atau PR memerintah.dua belah pihak ini akan mengamalkan dasar politik yg sama utk mengekalkan kuasa mereka.biasa dunia politik penuh dengan politikng politikusnya. :) itu lah pendapat saya. :)

*jelik juga lah tengok esktremis yang begitu obses memaki hamun sesama mereka sedangkan ketua mereka senang lenang di atas. :)

saya juga ada buat beberapa entri yg kupas pasal isu politk dan akhbar ni.

http://riffzam.blogspot.com/2011/04/akhbar-tidak-bermodal.html#axzz1LgMWKonA


http://riffzam.blogspot.com/2011/03/politiking-politikus.html#axzz1LgMWKonA

abusyaukah said...

hbis tu....nk tggu tercangak biaq jerman mai memerinth ka?at least dlm negara ni mne2 pmimpin yg terbek akhlak lbeh elok ,yg bermtlmtkn jln islam harus di angkt jd pmimpin.bkn pemimpin yg fasik n zalim n munafik.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons