Wednesday 18 May 2011

[admin] Sebahagian Perubahan 20 Tahun Membangun Bersama Islam: Sebagai Menjawab Persoalan, termasuk dari SS Mufti Perlis



A]. PENDIDIKAN ISLAM - PENINGKATAN SEKOLAH YAYASAN ISLAM KELANTAN
1. Bangunan dan pertambahan kelas - memberi peluang belajar lebih ramai
2. Maahad Tahfiz Al-Quran di Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah & Tumpat
3. Menambah bilangan guru terlatih (kursus KDC), tetap dan berelaun.
4. Ko-kurikulum berpandukan Kementerian Pendidikan (akademik)
5. Sukatan pendidikan (agama) dari Universiti Al-Azhar Mesir.
6. Mengembang Pusat Pengajian Pondok YIK dan mendapat kebenaran untuk melanjut pengajian di Universiti Al Azhar memasuki tahun dua.
7. Menambahkan peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan YIK, dari tahun ke tahun
8. Membuka kelas kemahiran dan sains - sains tulen, teknik, vokasional dan perdagangan.
9. Menubuh Kolej Islam Kelantan dengan nama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

B]. PERKEMBANGAN DAKWAH
1. Memperkenalkan Unit Dakwah Halaqat
2. Memperuntukkan RM 20 ribu untuk kursus mubaligh, imam dan guru pondok
3. Menambah bilangan guru-guru Al-Quran: 50 orang satu DUN
4. Memperkemaskan penglibatan dan hubungan Kerajaan Negeri dengan badan-badan dakwah dan pertubuhan Islam.
5. Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan
6. Mewujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Unit Pembangunan Islam MPKB).
7. Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.
8. Menggalakan orang belum Islam menghadiri program kebesaran Islam
9. Kempen kesedaran menutup aurat
10. Menganjur hari kebesaran Islam dan menjemput orang bukan Islam hadir sama
11. Menganjur sambutan bulan Sembahyang.
12. Menganjur sambutan Hari Hudud.
13. Memasukkan program Ihya’ Ramadhan dalam kalendar pelancongan
14. Memasukkan acara seni dan budaya Islam dalam karnival kebudayaan Kelantan.
15. Menetapkan Dasar Islam dalam Dasar Kebudayaan Negeri 1998
16. Memperincinkan prinsip keIslaman di dalam Dasar Kawalan Hiburan Negeri 1998 dan mengutamakan nilai-nilai Islam di dalam peraturan kawalan hiburan 1999.
17. Merekacipta seni rehal sebagai mercu tanda Kota Bharu berprinsipkan simbolik al-Quran sebagai perlembagaan hidup umat Islam/rakyat Kelantan.

C]. MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM.
1. Pengharaman judi dikuatkuasa pada 1hb. Januari 1992.
2. Menutup kelab-kelab malam dan pusat hiburan.
3. Menghapus kegiatan pelacuran.
4. Menggalakkan dan menguatkuasa etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan.
5. Pengawalan kedai gunting - wanita untuk wanita, lelaki untuk lelaki
6. Menyusun penjualan arak mulai 1hb. Julai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel-hotel, restoran-restoran ataupun kedai-kedai makan. Orang bukan Islam boleh minum di rumah-rumah kediaman mereka ataupun tempat-tempat yang bukan tempat awam.
7. Pengasingan Kaunter bayaran untuk lelaki dan wanita di semua pusat membeli belah.
8. Membanyakkan papan tanda berunsur dakwah, berpandukan ayat al-Quran dan doa.
9. Melarang papan tanda (iklan) yang memperagakan wanita dan yang bercanggah dengan Islam.
10. Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)
11. Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri berteraskan prinsip Islam 1998.
12. Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri.1998 yang mengutamakan nilai-nilai keIslaman.
13. Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri 1998 yang berprinsipkan Islam

D]. PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM
1. Mengasingkan akaun halal dan haram
2. Memindahkan simpanan tetap dari bank riba ke Bank Islam/Bank Muamalat.
3. Dasar Tender Terbuka dalam pembalakan.
4. Menubuhkan Tabung Serambi Mekah.
5. Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn) mulai 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai riba ditukar kepada sistem Islam mulai tahun 1993.(sehingga kini sebanyak 25 cawangan Ar-Rahn dibuka seluruh negara)
6. Pinjaman secara Islam kepada kakitangan kerajaan. (kenderaan & komputer)

Dipetik dari Mohd Roslan Mohd Zain

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons