Friday 5 August 2011

Mencetuskan Ghairah Suami


Tatkala suami seakan tidak bernafsu untuk melakukan hubungan seks, ramai isteri akan menuduh suami punya ‘cawangan lain’. Hanya sedikit yang memandang bahawa puncanya mungkin adalah dari diri sendiri. Tidak mustahil apa yang terjadi ini sebenarnya bukan kerana kehadiran orang ketiga tapi kerana anda lupa untuk menggilap aspek diri yang menjadi pencetus ghairah suami.
Kealpaan ini membuatkan lama kelamaan suami mula bosan dan tawar hati untuk mengadakan hubungan seks. Jadi sebelum ia berlaku pada diri anda maka perhatikan 8 pencetus ghairah seks suami yang pada diri anda dan gilaplah ia sebelum terlambat.

1. Tubuh Isteri
Tak semestinya anda gemuk, anda tiada tarikan. Perhatikan mana satu aset dari tubuh anda yang menonjol maka pamerkannya. Sebagai contoh anda mungkin punya kulit halus mulus jadi kenakan pakaian yang memaparkan sebahagian besar kulit anda. Boleh jadi anda punya payudara yang mantap maka pergunakanlah aset ini sebaiknya.

2. Pakaian Dalam Yang Seksi
Sesekali pakailah coli dan seluar dalam yang berenda dengan warna-warna lembut dari kain sutera yang lembut. Ketika kita teringat akan pakaian seksi yang dipakai, kita pasti akan turut berasa seksi. Oleh itu tayangkan sedikit pakaian dalam ini pada suami. Contohnya mengenakannya sewaktu suami berada di bilik. Secara tak langsung membuatkan suami teruja.

3. Tubuh Yang Wangi
Salah satu daya tarikan seks adalah aroma wangi dari tubuh sang isteri. Oleh itu, pastikan diri sentiasa wangi, segar dan bersih setiap masa. Jangan sesekali malas mandi. Bagi lebih menggoda, kenalilah bau-bauan yang boleh meningkatkan ghairah pasangan. Selain itu kenakan juga aroma yang disukai oleh pasangan anda.

4. Belaian Mesra
Lelaki sebenarnya sangat suka jika diri mereka dibelai. Belaian itu pada mereka adalah tanda sayang. Ketika suami sedang bersantai di kerusi, belailah rambutnya dengan lembut ataupun urut lembut bahunya. Kalau mahu reaksi yang lebih, usap bahagian-bahagian yang boleh menaikkan ghairahnya.

5. Bahasa Tubuh
Anda pasti pernah melihat wanita yang mempunyai lenggok tubuh yang menggoda hingga mampu menarik perhatian lelaki walaupun hakikatnya wajah dan penampilan mereka biasa saja. Inilah yang membuktikan bahawa daya tarikan seks itu bukan hanya pada mekap dan pakaian tapi juga lenggok atau bahasa tubuh. Bahasa tubuh yang baik akan membuatkan diri kelihatan menarik. Misalnya biasakan berjalan dengan tegap dan berkeyakinan.

6. Ketawa
Mungkin ramai yang tidak tahu wanita yang mempunyai humor yang tinggi dianggap seksi oleh lelaki? Waktu ketawa biasanya pipi kita akan berwarna kemerah-merahan dan nampak lebih menggoda. Oleh itu janganlah asyik bermasam 
 muka. Buatlah lawak ketika bersama suami ataupun ketawalah ketika dia membuat lawak.

7. Penampilan Yang Berbeza
Rambut yang kusut masai, muka yang berminyak dan juga mulut yang berbau pastinya membuatkan suami langsung hilang selera. Kecantikan perlu dijaga dan dirawat. Jika kita biasa tampil tanpa mekap di hadapan suami, sekali sekala kejutkan dirinya. Tak perlu berdandan berlebihan, cukup sekadar mekap yang ringkas, asalkan kita nampak segar.

8. Bilik Yang Romantis
Penampilan saja tidak cukup untuk membuatkan diri berasa seksi. Suasana persekitaran juga penting. Oleh itu mulakanlah kemahiran anda untuk mengubah keadaan bilik tidur agar lebih dilihat romantis. Hias bilik dengan warna-warna yang sensual seperti merah jambu, merah hati dan sebagainya.

Masalah Utama Seks Isteri


Berbanding kaum lelaki, masalah seks kaum wanita jarang dipaparkan. Ramai yang lebih mengetahui tentang masalah mati pucuk dan ejakulasi pramatang yang dihadapi golongan lelaki berbanding dengan disfungsi seks wanita.
Antara masalah seks yang di hadapi oleh wanita adalah sakit untuk melakukan seks. Seks yang seharusnya memberi kenikmatan namun bertukar menjadi sebaliknya berpunca daripada beberapa sebab iaitu vaginimus dan dispareunia. Kali ini MW akan memfokuskan tentang vaginimus yang mungkin dihadapi oleh kaum isteri di luar sana.

Sudah Lama Wujud
Apa itu vaginimus? Mungkin agak asing bunyinya namun ia adalah masalah seks wanita yang telah lama wujud. Ia adalah satu keadaan yang menjejaskan keupayaan seseorang wanita menerima penetrasi vagina termasuklah penetrasi seksual, kemasukan tampon dan juga penetrasi ke vagina untuk tujuan pemeriksaan ginekologi seperti pemeriksaan pap smear.
Ia berlaku kesan daripada tindak balas otot lantai pelvik seseorang wanita. Tindak balas ini menyebabkan otot bahagian tersebut mengalami kekejangan dan menghalang sebarang penetrasi termasuklah kemasukan alat kelamin suami. Pemaksaan untuk melakukan hubungan seks ketika itu akan menyebabkan kesakitan ataupun kadang kala langsung tidak boleh dilakukan.
Menurut pakar terapi seks dari Australia, Dr. Rosie King, ramai wanita yang tidak pernah mendengar tentang masalah ini walaupun ia sebenarnya sudah lama wujud kalangan wanita itu sendiri. Di negara barat dua peratus daripada wanitanya mengalami masalah vaginismus dan di kalangan negara Islam peratusan tersebut mungkin lebih tinggi memandangkan seks adalah sesuatu yang tabu dan jarang diperkatakan. Ramai wanita yang mengalami masalah ini biasanya akan hanya memendamkannya sendirian.
Vaginismus Awal
Masalah vaginismus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Vaginismus awal dan vaginismus sekunder. Vaginismus awal berlaku apabila seseorang wanita itu tidak boleh melakukan sebarang penetrasi seks ataupun apa juga penetrasi ke dalam vagina. Ia selalunya dialami oleh wanita muda awal usia 20-an.
Mereka selalunya tidak mengetahui keadaan tersebut sehinggalah percubaan untuk penetrasi vagina dilakukan ketika hubungan seks. Keadaan ini selalunya akan diikuti dengan perasaan cemas dan juga takut. Beberapa penyebab vaginismus awal ini adalah pernah mengalami penderaan seksual pemikiran bahawa seks adalah sesuatu yang kotor ketakutan untuk melakukan hubungan seks.

Vaginismus PertengahanIa berlaku pada wanita yang sebelum ini mampu melakukan penetrasi vagina namun pada satu keadaan mula mengalami vaginismus. Ia mungkin berlaku akibat sebab fizikal seperti jangkitan kulat, trauma melahirkan anak ataupun faktor psikologi.

Punca Psikologi Dan Fizikal
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah vaginismus. Ia mungkin disebabkan faktor fizikal mahupun psikologi dan rawatan yang diberikan perlulah bergantung pada penyebabnya.
Sekiranya vaginismus disebabkan oleh faktor psikologi maka seseorang wanita boleh mendapatkan khidmat pakar terapi. Ramai kalangan masyarakat termasuklah golongan profesional tidak menyedari masalah emosi akan turut berkait dengan masalah vaginismus seperti ketakutan, kurang keyakinan diri dan juga kemurungan. Wanita yang mengalami masalah ini harus mendapat khidmat profesional yang berpengalaman dengan masalah vaginismus.

Rawatan Fizikal
Rawatan fizikal yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah vaginismus adalah dengan mengajar seseorang wanita yang menghadapi masalah ini teknik untuk menenangkan otot dan seterusnya mengelakkannya dari kejang.
Tekniknya termasuklah mengembangkan vagina dengan cara memasukkan rod plastik kecil ke dalam vagina. Senaman kegel juga boleh dipraktikkan. Ia akan membantu
menguatkan otot pelvik sekitar vagina, urethra dan rectum. Senaman ini akan membantu wanita tersebut mengawal otot yang berkontraksi secara paksa hingga menyebabkan kekejangan.

Hubungan Seks
Sekiranya seseorang wanita itu menghadapi masalah vaginismus, penetrasi seksual akan hanya menyebabkan kesakitan dan hubungan seks sukar dilakukan sehinggalah masalah mereka dirawat.
Bagaimanapun wanita mengalami vaginismus ini masih boleh melakukan aktiviti seksual lain yang tidak melibatkan penetrasi vagina seperti kucupan, belaian mahupun oral seks. Pasangan wanita yang mengalami vaginismus selalu beranggapan bahawa isteri mereka langsung tidak mahu melakukan seks, namun ini sebenarnya tidak benar. Ramai kalangan wanita dengan masalah ini mahu melakukan seks namun terhalang oleh rasa sakit dan juga tekanan emosi setiap kali percubaan seks dilakukan terutama sekali bila pasangan tidak melakukan proses pemanasan yang cuku

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons