Sunday 15 January 2012

‎::: sesuatu yang menjadikan zizan berbeza dari yang lain :) :::

a
gambar hiasan,zizan bersama farah lee


Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. :) Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu.
Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya. Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus. Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas. Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam. (pada malam yang sama). Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur. (Kerajaan Negeri Selangor). Namun, atas dasar menghormati Zizan salah 1 faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan.. ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi. Bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis Ilmu yang dinaungi para malaikat. Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur2 dakwah. Allah PASti akan bantu. Insyaallah. :)

credit to:
Woot Media My-

P/s:andai benarlah artikel diatas ini,.penulis amat respect dan puji sikap zizan,..harap zizan lebih berjaya dalam kariernya.

1 comments:

nur_za said...

insyallah..eh..farah lee la..hee

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons