Sunday 15 January 2012

Farah Lee inginkan suami yang mampu membimbingnya dunia Akhirat

      
    Assalamulaikum,salam sejahtera ,.penulis berasa amat teruja tentang perkhabaran tentang pernikahan Farah Lee dan Ally Iskandar,..melihat raut wajah farah lee,.terpancar kejernihan peribadinya,..seseungguhanya Ally Iskandar amat beruntung dapat memperisterikan Farah lee,.dan pemilihan yang tepat oleh Ally Iskandar,


     Kata-kata ally Iskandar dalam Kosmo ahad,..memperlihatkan kesungguhan si Ally untuk bergelar suami,.perkenalan Ally Iskandar dan Farah Lee yang singkat merupakan sesuatu yang unik bagi Ally dan merupakan sesuatu yang menyeronakkan,.dan cinta selepas kahwin merupakan pilihan utama si gadis Farah Lee.
     Farah lee yang sering menulis dalam blognya berunsurkan dakwah,menganjurkan cinta selepas kahwin sepertimana kehendak islam,..kerana cinta selepas kahwin halal dan akan memberi kebahagiaan berpanjangan kerana mendapat keredhaan Allah S.W.T,.pandangan Farah Lee tentang cinta sangat berbeza dengan masyarakat muda-mudi sebaya dengannya,.
      Dalam blog beutifulnara.com  Majlis pernikahan bukannya bakal berlangsung di rumah keluarga Farah Lee tetapi di sebuah lokasi lain yang dirahsiakan. Tambah menarik, beza usia Ally Iskandar dan Farah Lee ialah 13 tahun. Ally tahun ini berusia 36 tahun sementara Farah Lee pula baru berusia 23 tahun. Apa pun, Ally teruja untuk menyahut cabaran Farah Lee yang mahukan seorang suami yang mampu membimbingnya dunia dan akhirat.


Bagaimanapun mari kita ikuti wawancara Ally Iskandar bersama kosmo Ahad yang menarik ini:

SENSASI BINTANG: Perkenalan singkat mulai September lalu dan bakal bernikah 20 Januari nanti, sudahkah Ally benar-benar kenal bakal isteri dan bersedia bergelar suami kepada Farah?
ALLY ISKANDAR: Memang belum kenal sangat dengan dirinya, itu keseronokan dan misterinya hidup bersama yang akan kami tempuhi selepas ini. Sepanjang empoh perkenalan dengannya, saya diberitahu oleh Farah bahawa dia mahukan seorang suami yang boleh membimbingnya dunia dan akhirat, itu cabaran besar buat saya dan saya sahut cabaran itu.
Bagaimana dengan jarak usia agak ketara berbeza?
Usia kami berbeza 13 tahun, sudah tentu cara berfikir kami juga berbeza, dia melihat dunia sebagai pelajar dengan cara sendiri dan saya yang sudah lama bekerja mesti ada pandangan tersendiri. Walaupun usia saya sudah 36 tahun, tapi jiwa saya masih muda, cuma bila dengannya saya tidak bolehlah nak jadi macam budak-budak.
Seronok berkenalan dengan gadis yang dipilih keluarga?
Pertama kali kami dipertemukan, saya melahirkan hasrat hati dan kemudiannya dia pula sudi menyambut hasrat saya. Kami tidak berdating, sebaliknya dia datang bersama kawan dan saya pula ditemani ibu dan adik. Setakat ini, hubungan ini satu perjalanan yang menyeronokkan, timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini. Saya juga harus menahan diri supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Selama ini anda tidak banyak mengulas tentang cerita perkahwinan yang sudah berminggu-minggu diperkatakan ini, nampak seperti sangat berhati-hati kali ini?
Sebab saya juga orang media, saya juga wartawan. Apabila berada dalam situasi begini, saya tahu apa yang sedang berlaku. Ada baiknya saya berhati-hati kerana selama ini hidup saya sudah banyak terdedah di mata umum. Saya hanya mahukan sedikit ruang peribadi dan keluarga adalah privasi yang paling utama buat saya.
Bunyinya seperti Ally mahukan perkahwinan Ally nanti satu majlis yang benar-benar tertutup? Adakah berasa takut dengan publisiti?
Untuk majlis pernikahan saya nanti, saya tetap akan jemput kawan-kawan media, nak datang sebagai kawan atau membuat liputan pun saya tak kisah. Bukan soal takut publisiti, saya memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor. Saya dalam bidang penyiaran yang terdedah kepada apa sahaja pandangan umum, bagi saya, inilah (perkahwinan) satu-satunya perkara boleh saya anggap sebagai peribadi, untuk saya simpan.
Jadi, adakah Ally tidak akan memperkenalkan Farah kepada media selepas ini?
Tengok keadaan dan situasi yang bagaimana. Farah sendiri masih bergelar seorang pelajar, saya kena hormati situasinya itu.
Mungkin sudah ada rancangan bersama bakal isteri yang mungkin boleh dikongsikan kepada umum?
Lepas berkahwin, yang pasti saya kena hantar Farah balik ke Korea, sesi pengajiannya akan bermula Mac nanti. Saya sendiri belum pernah ke Korea, jadi akan luangkan sedikit masa di sana, kira macam berbulan madu jugalah.

P/s:penulis amat mengharapkan semoga Ally Iskandar dapat menjadi suami yang baik kepada Farah Lee,..dan semoga mereka berdua  melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagiaan yang mendapat keredhaan,.


terjah blog Farah Lee yang sangat berinfomasi dan menarik disini

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons