BUKIT MERTAJAM: Pidato bertajuk ‘Rukun Negara Menyatupadukan Bangsa’ membawa tuah kepada seorang jurujual apabila dipilih sebagai johan bagi pertandingan Pidato 1Malaysia Bukan Melayu Peringkat Pulau Pinang pada pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Institut Teknikal Jepun (JMTi), di sini, baru-baru ini.
Menerusi kemenangan itu, Law Wei Siang, 34, yang mewakili daerah Timur Laut berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500 dan trofi serta mewakili Pulau Pinang ke pertandingan pidato peringkat kebangsaan.
Selain Law, program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang itu turut memilih Samila Ooi Ling Ling, 19, mewakili daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sebagai pemenang tempat kedua dan membawa pulang RM1,000.
Tempat ketiga dimenangi Tan Knye Fang yang mewakili Daerah Seberang Perai Utara (SPU).
Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Ng Siew Lai yang hadir merasmikan program itu berkata, program berkenaan adalah salah satu rancangan yang mampu melahirkan pencinta Bahasa Melayu di kalangan bukan Melayu selain menarik minat belia.
“Program ini dapat membabitkan pelbagai kaum sebagai medium untuk menyampaikan serta menyebarkan dasar kerajaan khasnya gagasan 1Malaysia.
“Selain itu, ia juga dapat memperkasakan penggunaan Bahasa Malaysia di kalangan bukan Melayu,” katanya.
Sementara itu, Law berkata dia tidak menyangka percubaan pertama kali itu membolehkannya menjuarai pertandingan pidato berkenaan memandangkan peserta lain juga tidak kurang hebatnya.
“Saya yakin boleh melakukan lebih baik lagi dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan nanti,” katanya.

0 comments:
Post a Comment