MINGGU lalu, secara peribadi saya nyatakan, sumpah laknat seelok-eloknya tidak digunakan kerana saya melihat isu sumpah dengan nama Allah dijadikan senjata dalam hal politik membabitkan parti yang bersaing seperti dilakukan Datuk Eskay, baru-baru ini. Bagi saya, ini kurang sihat.
Menyentuh isu berkaitan sumpah, menjadi kemestian bahawa hukum serta pelaksanaannya disandarkan berpandukan dalil khusus daripada al-Quran mahupun hadis sahih.
Kemudian, hal itu mesti disemak sebelum sesuatu sumpah diterima orang ramai dan pihak berkuasa, sebagai mempunyai ‘sesuatu kekuatan’ untuk menyokong kes individu yang bersumpah.
Secara ringkasnya, membaca pandangan beberapa tokoh ilmuan tanah air dalam hal sumpah laknat, saya bersetuju dengan pandangan yang secara umumnya berkata, sumpah dilakukan itu tidak perlu kerana proses mahkamah adalah lebih perlu. Ia bagi menjamin keadilan bagi semua pihak.
Ia juga tidak terpakai kerana sumpah laknat dengan nama Allah hanya wujud untuk urusan suami isteri, iaitu apabila suami menuduh isteri mereka berzina.
Malah, seseorang yang dituduh melakukan sesuatu perkara itu sendiri boleh melakukan bantahan terhadap sumpah seseorang yang menuduhnya.
Oleh itu, kali ini saya ingin menambah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam isu sumpah laknat, terutama aspek bantahan.
Bantahan dan keingkaran hanya perlu apabila pihak pendakwa berjaya membawakan bukti sah dan diterima pihak kadi atau hakim. Pihak hakim pula perlu memberi masa sesuai untuk tertuduh membela diri.
Namun, tertuduh tidak boleh sengaja senyap sunyi tanpa membawa hujah balas atau bantahan terhadap bukti yang dibawa. (Al-Mabsut, Al-Sarakhsi)
Jadi, dalam perkembangan mana-mana kes liwat, pelaku tidak wajib membalas dengan bersumpah kerana sumpah laknat itu tidak sah.
Pelaku yang dituduh juga tidak wajib membalas sumpah laknat yang dilakukan kerana bayinnah itu belum dikemukakan pendakwa.
Namun, sumpah yang dilakukan dengan nama Allah dan lafaz yang betul (wabillah, wattallahi) oleh seseorang yang menuduh si pelaku itu adalah sah di sisi Islam. Sama ada sumpah itu datang daripada fakta benar atau tidak, tiadalah kita perlu menolaknya secara mutlak.
Namun, umat Islam masih tetap tidak boleh mempercayainya kerana ia tidak dilakukan di dalam proses kehakiman dan tiada kehadiran empat saksi empat yang adil.
Sesiapa yang menyebarkan tuduhan zina itu akan tertanggung ke atasnya hukuman ‘qazaf’, yang walaupun tidak dilaksana di dunia, bakal menyusahkan di akhirat.
Justeru, dalam beberapa kes yang berlaku di negara kita, secara peribadi, pelaku yang dituduh itu hanya perlu bersumpah biasa dengan nama Allah SWT, sekali gus menafikan pembabitan mereka dalam tuduhan dibuat.
Ini kerana, membiarkan tuduhan itu menjadi tanda tanya akan mengundang mudarat lebih besar, sama juga seperti membalas sumpah itu yang juga bakal memberi kesan yang juga sangat besar.
Kesimpulannya, jika perkara ini membabitkan ahli politik, secara peribadi:
> Saya berasa sangat senang sekali jika mereka yang dituduh itu menyahut cabaran sumpah biasa tadi kerana tiada malu ditanggung walau terpaksa berbuat demikian.
> Kita tidak mahu umat Islam mengikut cara bersumpah ini apabila ingin mendakwa sesuatu kerana ia bukan cara betul dalam masyarakat Islam yang sepatutnya berdiri di atas sifat kekuatan amanah dan jatidiri.
Bahkan, kita bimbang teknik ini akan diguna ramai penipu di luar sana untuk bersumpah bagi mendapatkan perhatian dan mencuri hak orang lain serta mengaibkan.
Daripada tiga jenis sumpah di dalam fiqh Islam, sumpah daripada penipu dan pencuri ini dinamakan ‘al- Yamin al-Ghamus’.
Ditanya kepada Nabi apakah ‘al-Yamin al-Ghamus’ itu, baginda menjawab: “Orang yang mengambil harta (hak, termasuk maruah dengan mengaibkan melalui qazaf) orang Islam lain (melalui sumpah) sedangkan dia adalah pembohong.” (Riwayat Al-Bukhari)
Imam Az-Zahabi, Ibn Hajar Al-Asqalani menghuraikan sumpah daripada pendusta (yamin ghamus) ini adalah satu daripada dosa besar.
Ghamus ertinya tenggelam sebagaimana dinyatakan Imam An-Nawawi dalam ‘Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat’, iaitu sumpah itu dinamakan ghamus kerana mereka yang melakukan sumpah itu tenggelam dalam dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam neraka.
Dalam al-Quran, pendusta bersumpah dan menagih habuan dunia ini disebutkan sebagai: “Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih.” (Al-Imran, 77)
Justeru, mereka yang bersumpah dusta ini perlu segera bertaubat dan jika ia mengambil hak orang lain melalui sumpahnya dan wajib atasnya untuk memulangkan apa yang diambil.
> Bagi orang ramai, semua perlu faham bahawa isu maruah dan tuduhan sebegini wajib hanya dibicarakan di dalam Mahkamah Islam dan bukan di khalayak.
Rasulullah SAW memberi amaran, bahawasanya: “Tidak boleh seorang hakim memberi keputusan terhadap dua orang (yang dibicarakan) sedangkan dia dalam keadaan marah (terhadap salah seorang atau sebab lain).” (Riwayat Al-Bukhari)
Namun, kini sangat malang apabila perkara seperti ini dibicarakan di pentas awam, dipenuhi manusia yang tiada kelayakan asas sebagai hakim, sering pula terpukau dengan emosi dan kepentingan masing-masing.
Ia sungguh tidak adil kepada kedua-dua pihak. Justeru, nasihat ikhlas saya, jauhilah diri dalam menentukan pendirian dan meletakkan keyakinan dalam isu berat sebegini, kerana anda tidak punyai asas yang diharuskan Islam untuk berbuat demikian.

0 comments:
Post a Comment