Wednesday, 18 May 2011

Keperluan ahli DHPP dalam JK PAS


Panah Hijau   (surat pembaca harakah daily)
PAS memang sebuah parti politik yang penuh berwibawa dan taat setia kepada konsep perjuangan dan persahabatan.  Di saat rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP sedang berhadapan dengan serangan dari Umno-BN dan sebuah akhbar harian yang menjadi mikrofon Umno atas isu ugama Kristian, pemimpin-pemimpin PAS telah menyuarakan pendapat mereka mempertahankan fakta yang benar.

Ia bukan merupakan semata-mata mempertahankan DAP, bukan begitu tetapi hakikatnya ialah menentang fitnah dan mempertahankan kebenaran.

Para pemimpin PAS mesti diberi penghormatan sebab berani bersuara dalam isu yang sensitif ini.  Malah, ada setengah-setengah pemerhati politik yang berpendapat bahawa mungkin PAS akan kehilangan sokongan orang Melayu kerana dilihat sebagai mempertahankan DAP.

Jika itu yang berlaku, maka ini akan menunjukkan bahawa orang Melayu belum lagi matang dan cerdik dalam membuat analisis mendalam mengenai situasi politik di negara ini sebab apa yang dipertahankan oleh PAS bukanlah DAP tetapi fakta yang benar.

Begitu juga apabila para pemimpin PAS mempertahankan rakan seperjuangan mereka PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau telah terpalit dalam skandal video seks angkara Datuk T.  Ia adalah satu helah musuh Pakatan Rakyat, dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan Pakatan, seperti juga apa yang telah dilakukan oleh 2 penulis blog itu terhadap DAP apabila mereka mendakwa DAP bersama dengan ketua agama Kristian hendak menggantikan ugama Islam dengan ugama Kristian sebagai ugama rasmi. 

PAS mempertahankan kebenaran dan keadilan dan menentang fitnah dan politik durjana.

Sepanjang masa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak pernah terpesong dari jalan yang betul dan lurus walaupun telah diajak berkalik-kali oleh UMNO untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Inilah yang perlu diteliti dan diingati oleh para pengundi Melayu sebelum mengundi.  Mereka harus ingat bahawa PAS adalah parti Islam yang tulen yang tidak akan berganjak dari pendiriannya untuk berjuang demi kebaikan semua golongan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.  Oleh itu, PAS adalah benar-benar sebuah parti yang adil yang memegang kuat kepada ajaran ugama Islam.

Selain daripada itu, saya berharap dalam pemilihan parti kali ini, sekurang-kurangnya seorang bukan-Melayu akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Ini bukanlah sesuatu hasrat yang luar biasa sebab sekarang orang bukan-Melayu sudah pun boleh menyertai PAS dengan adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Semoga dalam Muktamar dan pemilihan parti yang akan dilangsungkan bulan depan nanti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, iaitu Khalil Idham Lim akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam AJK PAS Pusat.

Saya berpendapat ramai ahli DHPP selain daripada saya akan berasa amat gembira dan teruja sekiranya ini berlaku sebab ini akan membuktikan bahawa slogan PAS Untuk Semua adalah satu slogan yang benar dan bukan sekadar retorik kosong sahaja seperti slogan 1Malaysia itu.

Saya berdoa PAS akan mengorak langkah maju ke depan dan bersama-sama dengan rakan seperjuangannya PKR dan DAP tidak akan mengenal penat-lelah dalam usaha menentang kezaliman yang sedang berlaku sekarang dibawah pentadbiran Kerajaan BN.

PANAH HIJAU
10hb Mei 2011

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons