Bahang matahari yang mula mendaki di dada langit dapat dirasai pada kulit sawo matang milik seorang gadis yang baru sahaja selesai menyiapkan diri sebaik sahaja dia membuka tingkap biliknya.
“Hmm satu lagi hari baru. Harap-harap hari ni akan menjadi lebih baik daripada semalam” Alia berkata sendirian kepada dirinya.
Tubuh Alia yang genit tampak anggun apabila dia mengenakan baju kurung. Dengan bantuan Mak Nab, ibu Alia, Alia telah memilih sepasang baju kurung merah berbuga putih.
Memang begitulah kelazimannya setiap kali Alia hendak memilih pakaiannya sejak Alia kehilangan deria penglihatannya sebaik sahaja dia tamat pengajian di universiti.
Masih segar dalam ingatan Alia bagaimana peristiwa yang telah meragut nyawa ayahnya dan penglihatannya 3 tahun dahulu.
Pada suatu malam, mereka sekeluarga hendak pulang selepas menikmati makan malam untuk meraikan kejayaan Alia yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.
Tiba-tiba kereta yang dinaiki oleh mereka dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang dan menyebabkan kenderaan mereka terperosok di bawah lori di hadapan mereka mengakibatkan kereta mereka remuk teruk.
Takdir ALLAH menentukan segalanya. DIA lebih menyayangi ayah Alia. Manakala ibu dan adiknya, Aiman cedera parah. Mujurlah doktor mampu menyelamatkan mereka. Malangnya bagi Alia, penglihatannya yang dipinjamkan seketika telah diambil oleh ALLAH.
Sebulan sekali, Aiman, satu-satunya adik Alia akan membawanya bersiar-siar di taman rekreasi yang berhampiran dengan rumah mereka. Aiman merupakan pelajar tahun satu di sebuah universiti.
“Kak! Dah siap ke belum?” Aiman menjenguk ke bilik kakak kesayangannya.
Kakak aku ni kalau bersiap tak boleh sekejap. Kalau dah cun tu pakai apa pun tetap cun kak oii.
“Dah. Akak nak siap dah ni. Tunggu kejap. Sikit je lagi ni” Alia cepat-cepat membetulkan tudungnya agar selesa dipakai. “Budak ni kalau memang tak tau menyabar tau!”
Aiman tersengih riang menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Menaikkan lagi seri wajahnya yang kacak.
“Yalah, akak tu kalau dah bersiap tak ingat dunia. Kalau tak digesa entah-entah sampai esok pun tak siap lagi” Aiman membebel.
Aiman merapati Alia lalu membetulkan sedikit tudung Alia yang agak herot agar kelihatan lebih cun. Alia sekadar membiarkan perlakuan Aiman.
“Ok kak. Dah terlebih cun dah ni. Silap-silap karang ada yang Man balik sorang-sorang” Aiman masih lagi ingin mengusik Alia.
“Asal pulak? Aiman nak tinggalkan akak ke?” Alia buntu dengan kata-kata Aiman.
“Takdelah karang ada orang terberkenan kat akak karang susah Man nak bawak balik akak” Kata-kata Aiman disambut dengan deraian ketawa kedua beradik itu. “Jomlah kak. Nanti jap lagi matahari dah ada kat atas kepala dah tak larat Man nak jogging”
“Man ni kan tak habis-habis membebel la. Banyak mulut betul. Patutlah awek pun tak nak dekat. Tak tahan agaknya dengan mulut Man tu”
“Eh mana akak tau? Sebab mulut nilah banyak awek nak dekat tau! Mulut manis”
Memang kalau bercakap dengan Aiman takde orang lain yag betul. Dia ajelah yang nak menang. Memang daripada kecil lagi Aiman petah berkata-kata. Disebabkan mulut itulah dia menjadi terkenal semasa bersekolah dahulu. Pendebat terbaiklah katakan. Alia tersengih sendirian.
Aiman memimpin tangan Alia dan mereka beriringan menuju ke taman rekreasi.
“What?! Tak jadi datang?!”
“I’m so sorry Azlan. I have work to do. You know how bad my job right?” Rahmah memujuk kekasihnya Azlan dengan suara yang paling manja. Selalunya lelaki akan cair kalau dipujuk macam ni.
“What everla” tanpa menanti kata-kata daripada Rahmah, Azlan menamatkan panggilannya. Rasa marah masih membara di hati mudanya.
Azlan berjalan dengan pantas untuk segera sampai di keretanya. Tiba-tiba Azlan melanggar seorang gadis sehingga menyebabkan gadis itu jatuh terduduk.
“woi!!! Apa ni? Buta ke? Mata letak kat mana?”. Azlan menghamburkan kata-katanya tanpa melihat ke arah gadis tersebut. Marah Azlan sudah tidak mampu ditahan lagi.
Dah ar aku tengah panas ni. Main langgar-langgar pulak. Ada yang makan penampar aku ni karang.
“Maafkan saya encik” terdapat sedikit nada takut pada kata-kata gadis itu. Alia meraba-raba untuk mencari tongkatnya yang hilang selepas dilanggar lelaki tersebut. Alia sudah lali dengan situasi begitu. Kerap kali dia dipersalahkan kerana kekurangan sifatnya.
“Banyaklah kau ….” Mata Azlan terpaku pada keadaan Alia yang sedang teraba-raba mencari sesuatu. Azlan terpandang ke arah tongkat yang berhampiran dengan Alia. Azlan mengambil tongkat tersebut lalu diletakkan di tangan Alia. “maafkan saya. Saya tak tau yang awak ni…”
“Buta? Takpelah encik. Saya dah biasa” Alia berusaha untuk bangun. Tiba-tiba terasa tangannya dipegang oleh Azlan. Terasa pedih tangannya apabila disentuh oleh Azlan sehingga menyebabkan dia terjerit kesakitan.
“Tangan cik luka ni. Maafkan saya” Azlan memimpin Alia ke tempat duduk yang berhampiran. Azlan meniup pasir yang terlekat pada luka di tangan Alia. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya.
“Takpe encik. Sikit je ni” kata Alia sambil cuba untuk menarik tangannya daripada pegangan Azlan tapi cengkaman Azlan sungguh kejap lalu Alia membiarkannya sahaja.
“Berdarah ni. Mari saya bawak cik pergi klinik ye?” Azlan cuba untuk menebus kesalahannya.
“Takpe. Takpe sikit je. Nanti balik rumah saya letak ubat” apalah mamat ni. Aku tau la tangan aku. Bukan dia yang rasa.
Degil pulak minah sorang ni. Karang kalau bertambah teruk aku jugak yang kena. Hish! Aku bukannya nak buat apa-apa kat dia pun.
“If you say so. By the way saya Azlan. Nama cik?” kata Azlan seraya melepaskan pegangan tangannya. Ada satu perasaan halus yang membuatkan Azlan ingin mengetahui nama gadis itu.
“Alia” jawab Alia, ringkas.
“Erm. Nice name. Suit with your beautiful face” puji Azlan ikhlas.
“Thanks”
Cun jugak Alia ni. Tapi sayang dia buta. Buta-buta dia pun ada something yang menarik kat dia. Tapi apa ek? Ish aku ni berangan pulak. Hihi nampak macam pandai je budak ne.
“Ish! Mana pulak akak aku dah pergi merayap ni. Aku suruh dia duduk kat bench tu diam-diam dia pergi merayau pulak. Kaki berjalan betullah” Aiman membebel sendirian.
Hatinya risau apabila melihat bangku yang tadi diduduki oleh Alia kosong. Aiman terus berjalan mencari kelibat kakaknya.
Mata Aiman meliar mencari-cari kakanya. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh kakaknya yang sedang bersembang dengan seorang lelaki.
Amboi!! Dah pandai akak aku ni ye! Tunggulah aku kacau jap lagi.
Aiman tersengih sendirian. Kakinya pantas mendapatkan kakaknya.
Macam kenal je mamat yang kat sebelah kakak aku tu. Siapa ek? Kat mana aku penah jumpa dengan dia?
“Kak” Aiman menyapa kakaknya.
“Im!” Azlan menegur Aiman
Eh? Siapa pulak mamat ni. Setahu aku ada seorang je makhluk kat muka bumi ni panggil aku macam tu. Ahha! Abang Lan!
“Abang Lan!” Aiman terjerit kecil. Gembira hatinya bukan kepalang. Cepat-cepat dia menyalami tangan Azlan.
Azlan pernah menjadi senior kepada Aiman suatu masa dahulu. Azlan memang banyak membantu Aiman semasa dia baru menjejakkan kaki di menara gading.
“Man kenal Lan ke?” Alia bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Ye kak. Abang Lan ni dulu belajar kat universiti yang Man belajar sekarang ni”
Setelah agak lama bersembang, Alia dan Aiman meminta diri untuk pulang ke rumah. Azlan menawarkan diri untuk menghantar mereka tetapi ditolak lembut oleh Alia.
Alia tidak suka menyusahkan orang. Sebelum pulang, Azlan sempat meminta nombor telefeon Aiman supaya mereka tidak terputus hubungan lagi.
Hati Azlan bengkak. Sungguh sakit hati dan matanya melihatkan kemesraan teman wanitanya yang dahulu pernah mengetuk pintu hatinya. Rahmah dan pasangannya kelihatan sungguh mesra sehingga tidak menyedari akan kehadiran orang disekeliling mereka. Ibarat dunia ni mereka yang punya.
“Rahmah!!” jerit Azlan dengan perasaan marah. Matanya mencerlung diarahkan ke arah Rahmah.
Rahmah yang sedang bermesra dengan pasangannya terkejut melihat Azlan yang memandangya seperti ingin menerkamnya. Terkulat-kulat Rahmah menegur Azlan. “Az...Azlan...”
Mampuslah aku macam ni. Macam mana pulak mamat ni boleh ada kat sini. Apa aku nak kelentong lagi. Dah betul-betul ada depan mata.
“ooo ni rupanya ‘kerja’ yang you sibuk-sibukkan rupanya. Sibuk benar nampaknya. Sampai I lalu pun boleh tak perasan?” kata Azlan dengan nada menyindir sambil tersenyum sinis. Sengaja dipertontonkan di hadapan Rahmah.
“So, this is Azlan?” pasangan Rahmah, Johan yang tadinya sekadar melihat drama yang sedang dilakonkan oleh Azlan dan Rahmah mula memainkan peranannya.
“Lan, meet my client, Johan” Rahmah masih cuba untuk berbohong. Sesungguhnya dia amat risau jika Azlan bertindak meninggalkannya. Selama ini Azlanlah yang memberinya wang untuk menyara hidupnya yang agak keterlaluan. Jika diharapkan dengan wang gaji Rahmah, alamatnya tak berbelanjalah dia.
“Ooo klien? You jangan nak fikir I bodoh Rahmah!!! Klien apa sampai peluk-peluk macam laki bini?! You know what? Right now it’s over between us. Nothing!!” jerkahan Azlan menjadikan Rahmah sedikit kalut dan menyembunyikan dirinya di sebalik tubuh Johan yang agak besar itu.
Azlan bergerak meninggalkan Rahmah yang sudah mula menangis tersedu-sedan dan Johan yang berada di sisi Rahmah cuba untuk menenangkan kekasih hatinya. Tidak sanggup rasanya membiarkan Rahmah menangis sebegitu rupa.
“Ram, please don’t cry. You still have me honey”
“This is all your fault. Nak sangat pergi kat sini. Dalam banyak-banyak tempat kat sini jugak you nak pergi” Rahmah menyalahkan Johan. Sememangnya Rahmah mencadangkan agar mereka pergi ke tempat lain. Tetapi atas desakan Johan, Rahmah terpaksa mengalah.
Nasib baik aku sayang gila kat kau Johan. Kalau nak diharapkan harta baik aku ambil Azlan buat suami aku. Biar tak cinta asal duit banyak. Hmm macamana aku boleh sayang sangat kat mamat ni?! Whateverlah.
“Okey...Okey... My fault. I’m sorry ok?” lembut suara Johan memujuk Rahmah. Bimbang rajuk Rahmah berpanjangan. Bahu Rahmah dirangkul kemas dan mereka bergerak meninggalkan shopping complex itu.
“Padan muka kau Rahmah! Playgirl! Kau ingat aku bodoh nak biarkan aje kau buat sesuka hati. Entah macam manalah dulu aku boleh jatuh cinta dengan kau. Perempuan mata duitan. Malang sungguh nasib aku. Nasib baik dah terlepas bala aku. Phew. Alhamdulillah” Azlan bermonolog dengan dirinya sendiri. Perasaannya terasa sungguh lega. Ibarat baru terlepas hukuman yang amat berat.
Fikiran Azlan sedang bekerja keras memikirkan perihal Alia. Seorang gadis yang kecil molek. Mukanya bujur sirih. Mulutnya yang comel begitu petah berkata-kata sama seperti Aiman. Tapi sayang matanya yang redup tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.
Walaupun Alia kekurangan satu deria yang amat penting bagi manusia biasa, namun Azlan begitu senang melayani telatah Alia. Alia seorang yang sopan dan begitu menjaga tutur katanya agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Tidak pernah Azlan berasa bosan ketika bersama dengan gadis itu.
Semakin lama Azlan mengenali Alia, semakin tebal perasaan Azlan terhadap Alia. Minda Azlan mencongak apakah perasaan itu. Adakah cinta atau sekadar simpati. Azlan melepaskan satu keluhan yang berat.
Dalam beberapa bulan ini, kehidupan Alia semakin hari semakin bermakna dan bertambah ceria dengan kehadiran Azlan. Azlan sentiasa menghubunginya melalui telefon dan kadangkala jika Aiman bercuti, Aiman akan membawa Alia untuk berjumpa dengan Azlan.
Emak Alia, Mak Nab juga turut berasa gembira kerana kini, Alia sudah mempunyai kawan biarpun hanya Azlan seorang. Hati seorang ibu mampu menyelami apa yang terkandung di dalam hati anaknya.
Sebelum Alia hilang penglihatan, Alia mempunyai ramai kawan kerana sifatnya yang peramah dan mudah mesra. Seringkali Alia memperkenalkan rakan-rakannya kepada keluarganya.
Namun sejak Alia buta, rakan-rakannya semakin hari semakin melupakannya. Benarlah kata orang, rakan ketawa senang ditemui tapi rakan menangis susah didapati. Mujurlah ada Aiman. Aimanlah adik dan Aimanlah rakan Alia.
Lamunan Alia terganggu apabila terdengar suara emaknya memanggil namanya.
“Alia...Alia... ada tetamu ni” ceria suara Mak Nab memanggil Alia.
“Siapa mak? Kejap lagi Lia turun” cepat-cepat Alia mengambil tudung yang memang tergantung pada dinding biliknya. Setelah mengemaskan sedikit tudungnya agar selesa dipakai, Alia pergi ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu yang dimaksudkan oleh emaknya.
“Happy Birthday!!” kedengaran jelas di gegendang telinga Alia suara Azlan dan Aiman mengucapkan selamat.
Birthday aku ke hari ni? Ish...ish...ish... aku sendiri pun tak ingat. Tapi mana Azlan tahu? Rasanya kau tak pernah bagitau.
“Alia” Azlan menegur Alia apabila Alia senyap sahaja
“Terima kasih” hanya itu yang mampu terlahir dari bibirnya.
“Macam mana awak boleh tau hari ni birthday saya?”
“Tadi saya jalan-jalan kat shopping complex. Tiba-tiba terserempak dengan Aiman. Saya tanyalah dia nak buat apa. Katanya nak carikan hadiah untuk kakak kesayangan dia. Kebetulan saya pun takde apa nak buat saya ikutlah Aiman cari hadiah untuk awak. Boleh saya sambut sekali” panjang lebar Azlan menerangkan peristiwa yang berlaku kira-kira satu jam yang lalu.
“Nak sambut apa? Takde siapa yang jatuh pun” Alia berseloroh.
“Awak jatuhlah cepat nanti boleh saya sambut” jawab Azlan selamba. Serentak mereka ketawa. Aiman dan Mak Nab turut tersenyum melihat gelagat mereka.
“Kak. Ni Man ada belikan akak hadiah. Man tau dah lama dah akak nak benda ni. Tapi baru sekarang Man dapat beli. Nah” Aiman menghulurkan seekor teddy bear yang sederhana besar ke arah Alia.
“Terima kasih Man” sebaik sahaja tangannya menyentuh hadiah pemberian Aiman, Alia berasa terharu. Aiman sanggup menggunakan wangnya yang sepatutnya digunakan untuk pelajaran untuk membeli patung untuk Alia.
“Ni hadiah daripada saya pulak” kotak yang tadinya berada dalam pegangan Azlan kini sudah bertukar tuan.
“Awak ni Lan susah-susah je. Awak wish birthday kat saya pun saya dah cukup gembira dah” ikhlas Alia menuturkan katanya. Tangan Alia merasa-rasa isi kandungan hadiah Azlan. “Apa ni? Handphone?” Alia terkesima dengan pemberian Azlan.
“Yup. A handphone. It will be easier for me to call you” kata Azlan separuh berbisik. Malu jika Mak Nab mendengar butir bicaranya.
“Tapi saya tak mampu nak bayar bulan-bulan Lan. Takpelah awak bagi je kat awek awak” Alia menolak pemberian Azlan dengan penuh berhati-hati. Bimbang akan melukakan hati Azlan.
Azlan membiarkan huluran Alia tidak bersambut. Hatinya sedikit terasa dengan penolakan Alia. Tapi Azlan tahu niat Alia sekadar tidak mahu menyusahkan orang.
“Don’t worry about that. Saya akan settlekan semuanya. Tugas awak cuma terima hadiah saya tu. Tu je. Yang lain tak payah nak fikir-fikirkan. Buat pening kepala je” Azlan masih memujuk.
Ambil jelah orang dah bagi. Senang aku nak melepas rindu wahai cik Alia intan payung kembang semangkuk.
“Takpe. Takpe. Saya tak perlukannya. Saya tak mahu menyusahkan Lan” Alia masih tidak mahu menerima pemberian Azlan.
Dahlah handphone dia bagi. Bil bulan-bulan pun dia yang bayar. Hish. Malulah aku. Si Azlan ni memang tak faham bahasalah.
“Tak baik tau tolak pemberian orang tanpa sebab. Kecil hati saya” Azlan pura-pura merajuk. Harapannya hanya satu agar Alia menerima pemberiannya.
Aik!! Lain macam je bunyi suara dia. Takkan merajuk kot. Ala bab-bab macam ni yang aku lemah sikit ni. Kalau dengar suara sayu macam dia ni yang buat aku lembbut hati. Haiii!!!
“Yalah. Yalah. Saya simpan buat harta mutlak. Terima kasih” Alia mengalah.
“Haaa!! Macam tulah” suara Azlan kembali ceria.
Mak Nab dan Aiman yang pergi ke dapur untuk menyediakan makanan sebentar tadi telah kembali ke ruang tamu dengan membawa kek dan burger yang dibeli oleh Azlan semasa Azlan dan Aiman singgah di McDonald.
“Dahlah tu. Akak ni kalau nak bermanja dengan abang Lan sikit-sikit dahlah” Aiman mengusik kakaknya. Muka Alia memerah kerana malu pada adik dan emaknya.
“Hish Aiman ni! Ada-ada saja akal untuk mengusik kak Alia dia tau! Jomlah makan. Ni ada kek hari jadi. Alia cepatlah potong. Aiman dah tak sabar sangat dah tu. kebulur” kata-kata Mak Nab di sambut oleh deraian ketawa mereka berempat yang menghuni di ruang tamu pada ketika itu.
Dalam hati Alia hanya TUHAN saja yang tahu betapa bersyukurnya Alia kepada AL-KHALIK kerana mengurniakannya nikmat di dunia yang fana’ ini.
Deringan telefon bimbit yang diberi oleh Azlan dua bulan lalu semasa hari lahirnya menganggu konsentrasi Alia yang sedang asyik menaip di komputer kesayangannya. Pantas Alia meraba-raba meja yang menempatkan telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum” suara yang menyapa gegendang telinga Alia di hujung talian cukup untuk membuatkan hati Alia berdegup dengan lebih kencang. Walaupun sudah berkali-kali Alia berbual dengan Azlan melalui telefon.
Sudah menjadi rutin harian dalam hidup Azlan untuk menelefon Alia. Entah mengapa sehari jika dia tidak mendengar suara Alia, hdupnya bagaikan tidak keruan. Adakah perasaan ini adalah perasaan cinta yang telah diciptakan untuk Adam dan Hawa?
“Waalaikumussalam” Alia cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perasaan gembiranya.
Seganlah aku kalau dia tau aku menunggu dia telefon. Malu seyh. Jatuhlah pride aku sebagai seorang wanita Melayu terakhir. Huhu.
“Alia tengah buat apa tu?” Azlan memulakan bicara.
“Tengah nak siapkan cerpen ni”
“Owh, saya tak menganggu awak ke?”
“Agak-agak awak?” suaranya sengaja dibuat-buat resah.
“Bunyi macam kacau je? Hmm takpelah lain kali saya telefon lagi” Azlan seakan merajuk.
“Eh, mana ada! Saya gurau jela. Tak menganggu langsung” lembut suara Alia memujuk.
Gila ke apa. Aku memang dah rindu nak dengar suara kau Azlan! Tuhan aje yang tau.
Huhu. Tau takut. Baru merajuk sikit. Lembut sungguh hati kau Alia. Kan ke bagus kalau gadis macam kau ni jadi suri dalam hidup aku? Eh, apa yang aku merepek ne. Huhu.
“Banyak lagi ke yang tak siap Alia?” Azlan mengubah topik.
“Ada sikit lagi ne. Tak lama lagi siaplah”
“Dah siap nanti tunjuk kat saya, boleh?”Sememangnya Azlan kagum dengan kebolehan Alia. Meskipun buta namun dia mampu menekan kekunci pada keyboard komputer.
Semasa Alia masih boleh melihat, Alia sering menggunakan komputer itu untuk mencurahkan idea-idea kreatifnya sehinggakan Alia boleh menghafal kedudukan huruf pada papan kekunci tersebut.
“Boleh. Apa salahnya. Nanti awak bolehlah tolong betulkan mana-mana ejaan yang saya salah maklumlah tak cukup sifat” Alia merendah diri.
“Alia. Tak baik cakap macam tu. Macam awak tak redha pulak dengan ketentuan qada’ dan qadar” tegur Azlan yang tidak senagng dengan sikap Alia yang terlalu pesimis.
Setelah agak lama berbual Azlan menamatkan panggilan. Mereka telah berjanji untuk bertemu pada hujung minggu nanti.
Hidup Alia kini amat riang. Hari-harinya kini sentiasa dipenuhi dengan bunga-bunga cinta yang sedang mekar di hatinya dan juga Azlan. Siapa sangka rupa-rupanya Azlan dan Alia masing-masing memendam perasaan yang sama. Cinta.
Jika dahulu Alia tidak berani untuk menaruh perasaan terhadap Azlan, tetapi kini Alia yakin dengan sepenuh hatinya untuk menyuburkan cinta yang telah lama berputik dalam hatinya untuk seorang jejaka bernama Azlan.
“Alia, i’ve something to tell you” kata azlan semasa mereka bertemu pada hari Ahad lepas seperti yang dijanjikan. Azlan menarik nafas panjang sebelum menyambung bicara “selama ni I’m not sure about my feeling towards you. Right now, I am very very sure that I had a crush on you. I love you Alia”
Bagaikan nak tercabut jantung Alia sebaik sahaja mendengar kata-kata yang terlahir daripada bibir Azlan.
“Az... Azlan are you sure abaout that? Maybe it’s not love but more to sympathy” Alia cuba untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu dalam hati Alia.
“Nope. I am sure. Very very sure my dear,” bersungguh-sungguh Azlan menyatakan perasaannya.
Pleaselah Alia. Dah lama aku syok kat kau. You’re always there when I close my eyes, sayang. Huhu.
Kerongkong Alia bagaikan disumbat dengan batu kerikil sebaik sahaja mendengar perkataan ‘my dear’. Alia membisu seribu bahasa.
“Will you accept my love Alia?”
“Er... er....” Alia tergagap-gagap.
Alamak sejak bila aku ada penyakit gagap ne. Susah susah. Hai Azlan kan ke senang kalo ko boleh baca je hati aku ne? Dah lama aku memndam perasaan untuk kau Azlan!!!
“Please Alia!” Azlan masih merayu dan mengharapkan cintanya berbalas.
Susah sangat ke nak terima cinta aku ni Alia? Bukan susah pun. Cakap jelah ‘I love you too’ apelah!!
“Awak tak malu ke nanti orang mengata awak bercinta dengan gadis buta macam saya?” teraga-agak Alia bertanya. Risau akan mengundang kemarahan Azlan kerana mengungkit kelemahan dirinya.
“Alia! Kan saya dah cakap? Jangan ungkit lagi tentang kekurangan awak? Saya tak suka!” Azlan membentak keras. Melihatkan wajah Alia yang terkejut, cepat-cepat Azlan mengendurkan kembali suaranya. “I’m Sorry. I didn’t mean it. Yang bercinta dengan awak saya, bukan orang lain. Biarlah orang nak kata apa yang penting kita bahagia.”
“Er... biar saya fikir jap ek?” Alia cuba untuk meneutralkan keadaan. “Read this” Alia membawa tangannya ke mata, dada dan akhirnya ke arah Azlan.
“Mata, dada, saya?!” soal Azlan, pelik dengan perlakuan Alia.
“Get it?” Alia bertanya memandangkan Azlan tidak berkata-kata.
Hisy! Apalah lembab sangat kau ni Azlan. Benda macam tu budak sekolah rendah pun tau la.
Sebenarnya, Azlan amat memahami perlakuan sebegitu. Seringkali Azlan menontonnya di dalam drama mahupun filem. Tapi sengaja Azlan ingin mendengar pengakuan tersebut dari mulut Alia sendiri.
“I love you! Faham?” muka Alia memerah sebaik sahaja menuturkan kata-kata itu. Segan.
“Faham sangat! Thanks Alia sayang!”
Bermula daripada saat itulah termeterainya cinta antara Azlan dan Alia.
“Azlan, please Azlan. Forgive me,” suara manja Rahmah merayu kepada Azlan.
Kalau bukan sebab duit kau jangan harap aku nak melutut macam ni Lan! Kalau sebab cinta? Bolayan!
“No Rahmah! Please. Don’t disturb me anymore. I hate you. Get out from my office. I’ve got loads of works to do!” Azlan merengus kasar. Perasaan benci dan meluat terhadap Rahmah memenuhi segenap ruang hati Azlan.
“Azlan! How could you? Don’t you love me?”
“Love? Love taik kucing. No more love. I’d loved you once buy you had betrayed my love. Furthermore, i had found my true and sacred love,”
“Yeah right! Dengan perempuan buta tu kan? You takkan bahagia dengan si buta tu!” Rahmah menjerit bagaikan diserang histeria.
“Rahmah! Mind your mouth! You better get out from my office or i’ll call the security” Azlan mengangkat gagang telefon dan bersedia untuk mendail. Panas hatinya mendengar Rahmah mencaci Alia.
Nasib baik aku ne penyabar Rahmah! Kalau tak dah lama kau merasa penampar aku ne.
Rahmah merengus geram dan keluar dari pejabat Azlan. Pintu pejabat Azlan dihempas kuat tanda protes.
Fuh! Nasib baik tak pecah pintu ofis aku. Siot betul minah tu. Kalau pecah nanti tak larat pulak kau nak bayar gantirugi. Orang dah tak ingin dahlah.
“Lan, I want to ask you something” Alia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung kata-katanya “Lan kenal Rahmah?”
Berdesing telinga Azlan sebaik sahaja mendengar nama Rahmah.
Apa pulak yang si Rahmah ne dah buat kat Alia? Memang tak malulah perempuan tu.
“Kenapa? Dia kacau Alia ke?” soalan Alia dijawab dengan pertanyaan.
“Takdelah. Tapi dia pernah jumpa dengan Alia and we talke about you,” begitu berhati-hati Alia menyusun kata.
“Habis, awak percaya ke apa yang dia cakap pasal saya?” hati Azlan mula digaru keresahan. Seakan dapat mengagak apa yang diperkatakan oleh Rahmah kepada kekasih hatinya.
Alia sekadar menggeleng. Senakal-nakal Azlan tak mungkin dia pernah meniduri Rahmah. Azlan seorang yang patuh pada agama. Azlan melepaskan keluhan yang berat. Lega rasanya dengan gelengan Alia.
“Awak macam tau je apa yang dia dah cakap kat saya?”
“Alah, siapalah yang tak kenal dengan mulut Rahmah tu. Bukan bercabang dua, dah bercabang sepuluh dah” kata-kata Azlan disambut dengan senyuman Alia yang amat manis.
“Rahmah tu ex-girlfriend awak ye?”
“Haah. Tapi dah takde pape dah sekarang ni,” jelas Azlan, pendek. Malas hendak mengulas dengan lebih lanjut tentang perempuan yang menyakitkan hati itu.
“Jealous ye?” Azlan mengusik Alia.
“Hello, tolong sikit. Takde masa la nak jealous-jealous ne. Takpe kalau orang dah tak sayang kat kita,” walaupun dalam hati Alia hanya Tuhan yang tahu.
“Merajuk la tu? Ala janganlah merajuk. Sekarang ne saya ada bolehlah nak pujuk. Kalau takde...” kata-kata Azlan terhenti disitu.
Sebak hati Alia mendengarnya. Tak sanggup rasanya Alia untuk berpisah dengan Azlan.
Kalau kau takde dengan siapa lagi aku nak bermanja-manja dan menumpang kasih, Lan!
“Aiman! Aiman!” Alia menjerit bagaikan histeria sebaik sahaja dia meletakkan gagang telefon.
“Ye kak. Kenapa ni?” tergesa-gesa Aiman mendapatkan Alia. Dilihatnya Alia tersenyum gembira.
Fuh. Lega. Ingatkan apesal la tadi. Terjerit-jerit. Lemah jantung aku dibuatnya.
“Guess what? Tadi Dr. Azim called. Dia kata ada orang yang sudi nak derma kornea pada akak,” ceria wajah Alia memberitahu perkhabaran gembira itu. “Lagi satu, kos pun orang tu yang tanggung Man!”
“Alhamdulillah,” hanya itu ucapan yang paling sesuai untuk diucapkan untuk menggambarkan perasaan Aiman ketika ini.
Sebelum ini, bukannya tiada kornea yang hendak didermakan. Tetapi disebabkan oleh kosnya yang agak tinggi, Alia dan keluarganya terpaksa menolak tawaran tersebut. Gaji Mak Nab yang bekerja sebagai seorang kerani tidak mencukupi untuk menanggung kos tersebut.
“Kak! Nak Man beritahu Abang Lan?”
Wajah alia yang tadinya ceria berubah sayu. Aiman berasa pelik dengan perubahan wajah kakaknya.
Sedih hati Alia mengenangkan sikap Azlan dalam masa dua bulan ini. Azlan seperti sengaja mahu menjauhkan diri daripada Alia. Untuk telefon bertanyakan khabar juga jarang-jarang. Entah apa sebabnya, Alia sendiri tidak pasti.
“Tak payahlah Man. Nanti lepas akak dah dapat melihat kita pergi jumpa dia ye?” kata Alia dengan tenang. Cuba untuk menutup keresahan yang bersarang di hatinya.
Saat yang dinantikan oleh Alia dan keluarganya sejak 3 tahun yang lalu muncul jua akhirnya. Seminggu selepas mendapat panggilan telefon daripada Dr. Azim, Alia diberitahu agar bersedia untuk pembedahan.
Menurut Dr. Azim, hamba ALLAH yang hendak menderma kornea itu telah meninggal dunia lebih awal daripada jangkaan akibat penyakit barah. Manusia hanya merancang, yang selebihnya terserah kepada ALLAH S.W.T.
Hari ini, balutan di mata Alia akan dibuka. Hari ini jugalah Alia akan dapat melihat semula alam yang indah ciptaan YANG MAHA ESA.
Bagaikan hendak terlontar keluar jantung Alia pada saat Dr. Azim membuka balutan di matanya. Perasaan cemas, takut, dan gembira bercampur-baur dalam hati Alia. Begitu juga dengan Mak Nab dan Aiman. Dalam hati mereka tidak putus-putus berdoa.
“Cuba bukak mata awak Alia. Slow-slow sikit,” Dr. Azim memberi arahan.
Alia mencuba sedaya-upaya untuk membuka kelopak matanya. Terasa pedih pada saat dia terlihat cahaya lalu ditutupnya semula. Namun kepedihan yang dirasa tidak dapat menandingi keazaman Alia untuk melihat semula. Akhirnya, Alia berjaya mendapatkan semula nikmat penglihatan yang pernah ditsrik oleh ALLAH seketika dahulu.
Alhamdulillah. Hanya itu ucapan yang memenuhi hati Alia, Aiman, Mak Nab dan juga Dr. Azim.
Hati Alia gembira bukan kepalang. Tidak sabar rasanya Alia untuk bertemu mata dengan kekasih hatinya. Hilang seketika perasaan sedihnya terhadap perbuatan Azlan. Yang ada hanyalah perasaan rindu dan sayang terhadap Azlan.
Air mata Alia megalir deras pada saat dia mengenangkan kembali peristiwa yang berlaku ketika Alia dan Aiman berkunjung ke rumah Azlan
Sebaik sahaja sampai di rumah Azlan, seorang wanita dalam lingkungan 50-an menyambut kedatangan mereka dengan ramah.
“Azlan ada mak cik?” tanya Alia selepas bersalaman dan memperkenalkan dirinya.
“Anak ni Alia ke?”
“Saya mak cik,” kelopak mata mak cik itu mula digenangi dengan air mata.
“Tunggu sekejap ye,” wanita itu berlalu pergi. Alia dan Aiman sekadar memerhati perlakuan wanita itu.
Tidak lama kemudian wanita itu keluar semula dengan membawa sebuah kotak yang sederhana besar lalu diserahkan kepa Alia.
“Azlan dah takde Alia. Kotak ni arwah yang suruh serahkan pada Alia. Tapi mak cik tak tahu macam mana nak serahkan pada Alia. Nasib baik Alia datang,” kata wanita itu sambil mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.
Dunia dirasakan gelap seketika. Mujurlah Alia sedang duduk. Jika tidak dia pasti akan terjelepuk di lantai. Aiman mengurut belakang dan memujuk Alia agar kakanya bersabar.
Buat kesekian kalinya, Alia membaca surat yang pertama dan terakhir daripada Azlan.
Assalamualaikum Alia...
Tahniah Lan ucapkan kerana telah dapat melihat semula. Pada masa Lia membaca warkah ini, Lan telah pun pergi buat selama-lamanya.
Perjalanan yang Lan tempuhi di dunia yang fana’ ini juga telah berakhir. Waktu yang dipinjamkan oleh-Nya untuk Lan terlalu pendek untuk Lan membuktikan betapa dalam dan luhurnya cinta Lan pada Lia. Hanya ini yang mampu Lan lakukan. Membenarkan mata Lan agar terus hidup di sisi orang yang amat Lan sayangi.
Lia,
Maafkan Lan sayang. Maafkan Lan kerana selama ini Lan menyembunyikan hal yang sebenar. Untuk pengetahuan Lia, dua bulan yang lalu, doktor telah mengesahkan bahawa Lan menghidapi penyakit barah larinks peringkat ketiga iaitu tahap yang terakhir.
Di sebabkan itu, Lan mengambil langkah untuk menjauhkan diri Lan daripada Lia agar Lia dapat membiasakan diri untuk hidup tanpa Lan di sisi Lia. Hanya TUHAN yang tahu betapa rindunya hati ini kepada seorang gadis bernam Alia.
Lan harap Lia tidak menjadikan pemergian Lan sebagai satu kesedihan yang berpanjangan, sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu permulaan bagi kehidupan baru untuk Lia. Dengan pendidikan yang Lia pernah terima satu ketika dahulu, Lan yakin Lia dan keluarga mampu untuk mencapai kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Lia,
Tiada apa lagi yang Lan harapkan pada ketika ini melainkan doa Lia untuk Lan untuk ‘kehidupan’ di sana nanti. Jadikanlah kenangan indah yang pernah kita lalui bersama sebagai pendorong untuk Lia menempuhi hari-hari yang mendatang.
Ketahuilah oleh Lia bahawa sejak bertemu dengan Lia, Hidup Lan terasa amat bermkana dan ceria dengan cinta Lia. Ingatlah bahawa cinta Lan terhadap Lia tidak pernah pudar walaupun sedikit. Malah semakin hari semakin menebal dalam hati ini.
Selamat tinggal kekasihku Lia. I love you very much. Assalamualaikun.
Yang menyayangimu,
AZLAN AMIR
Alia menutup surat Azlan dengan cermat lalu disimpannya. Setiap kali perasaan rindu menerpa, surat Azlan ditatapnya dan pastinya akan megalir air mata. Air mata yang mengalir di pipi dikesat.
Pada saat itu, Alia berjanji pada dirinya bahawa dia akan kuat mengharungi kehidupan ini walaupun orang yang amat disayanginya telah pun pergi buat selamanya. Setiap kali selepas solat, Alia tidak akan lupa untuk berdoa agar roh Azlan dan ayahnya dicucuri rahmat.
THE END
0 comments:
Post a Comment