Hasil Karya : SZN
“Ah! Doktor, keadaan pesakit ini amat parah!”
“Darah banyak keluar, cepat cari darah ganti…!”
“Doktor, pesakit ini…!”
Sepasang kembar seiras hanya mampu menangis sambil dipujuk oleh seorang jururawat. Keadaan mereka tidaklah begitu parah. Pada tika itu, kembar itu hanya berumur 11 tahun. Bapanya masih belum kelihatan.
“Bagaimana, doktor?” tanya jururawat yang menjaga pasangan kembar itu.
“Keadaan ibunya sangat parah. Kita tak dapat berbuat apa-apa lagi.” Keluh doktor lelaki itu sambil merenung sayu ke arah kembar berdua itu.
“Pak cik! Mana mama?” tanya kembar yang lebih tua itu.
Doktor lelaki itu hanya mampu tersenyum tawar.
* * * * * * * *
“Abang! Mana cap Shah?!”
“Cap merah ke? Tadi kan Shah letak dalam bilik?”
“Ceh, leceh siot.” Rungut Shah dan terus berlalu.
“Ril, dah habis makan?” tegur En. Kamal. Shazril hanya mengangguk. “Mana adik kamu tu? Cepat sikit, papa dah lambat nak pergi kerja ni.”
“Shah!!”
“Coming! Bisinglah abang ni.” Shah mendengus. Beg sekolah disandang ke bahu. Wajahnya masam mencuka.
“Hee, kenapa ni? Tak jumpa cap?” Shazril tersengih.
“Geramlah! Cap tu baru je beli tau!”
“Shah! Ril! Cepat sikit,” panggil En. Kamal.
Kembar berdua itu terus masuk ke dalam kereta papanya. Seperti biasa, Shazril pasti akan duduk di depan. Antara mereka berdua, Shah yang paling degil.
“Ril! Petang ni gi lepak mall nak? Main boling.” Tiba-tiba, Faris menegur Shazril. Shah hanya sekadar memerhati.
“Boleh jugak. Sapa lagi pergi?” tanya Shazril. Ish, naper si Shah ni tak gerak-gerak lagi? Nak tunggu aku ke?
“Emm, aku…kau…Fizan…Itu je la kot? Tak yah ramai-ramailah.”
“Shah nak ikut sekali? Boleh tak?” sampuk Shah tiba-tiba. Shazril dan Faris berpandangan.
“Er, tak pe ke Faris? Shah memang nak ikut ke?” tanya Shazril ragu-ragu.
“Shah nak pergi sekali. Shah gi dengan abang tapi nanti kita separate la.” Shah merenung mata abangnya.
“Separate?” Ril merenung wajah Shah. Shah tersenyum. “Ish, camne ni. Takkan Shah nak jalan sorang?”
“Tak pe. Bolehlah kan?”
“Bolehlah.”
“Thanks!” Shah terus berlari masuk ke kelasnya.
“Mana buku?”
“Tertinggal…” balas Shah selamba.
“Kamu ni datang sekolah nak belajar ke nak main-main? Pergi berdiri di luar kelas!!” marah Pn. Kartina.
Shah menjungkitkan bahunya. Dia terus keluar dari kelas mata pelajaran Matematik itu. Di luar dugaan Pn Kartina, Shah bukan sahaja keluar kelas malah dia juga menghilang entah ke mana. Pn. Kartina menarik nafas. Sabar! Shah ni lain betul dengan abang dia.
Sementara Shah pula, sudah masuk ke tandas perempuan. Sebatang rokok dikeluarkan dari kocek bajunya dan lighter dinyalakan. Nasib baik tak de orang, kalau tak kecoh jer. Dia menghisap rokoknya dengan nikmat sekali. Argh! Aku nak lupakan hal-hal yang tak guna!
“Ish, apa bau rokok ni?”
Misha! Shah mencucuh batang rokok pada jubin tandas dan membuka air paip.
“Shah! Kau ke tu?”
“Hmm.” Shah membuka pintu tandas.
“Kau ni tak serik lagi ke? Asyik merokok je. Kalau abang kau tau camne?”
“Dia memang dah tahu pun.”
“Ish, kau ni. Tak elok untuk otak tau? Tahun ni ko SPM. Gi basuh muka kau.” Misha menarik tangan sahabatnya. “Kenapa kau berbeza dengan abang kau?”
“Mestilah dia berbeza. Aku adik dan dia abang.”
“Hmm, rambut kau semakin pendek. Kau nampak macam…”
“Macam laki kan? Macam abang aku je.” Balas Shah dan terus berlalu. Misha menghela nafas. Dia terus mengekori Shah.
“Kau nak ke mana?”
“Kejap lagi rehatkan? Aku nak terus gi makan.”
Dalam perjalanan menuju ke kantin, Shah terserempak dengan Izzat. Pada mulanya, dia nak buat dek je. Tapi, Izzat menegurnya.
“Ponteng kelas lagi ke, Shah?”
Shah diam.
“Nak gi mana?”
“Makan.” Jawab Shah dan terus melangkah pergi. Hatinya kurang senang apabila Izzat mengikutnya. “Kenapa?”
“Aku pun nak gi makan.”
Shah tidak berkata apa-apa.
“Petang ni kita keluar nak?”
“Aku dah ada plan.”
“Gi mana? Jom lepak sekali nak?”
Shah mengeluh. Mangkuk ayun betul mamat sekor ni. Dia tak faham-faham lagi ke yang aku menyampah tengok muka tembok dia ni? Cis!
“Abang! Tunggu Shah!” Shah terus berlari mendapatkan Shazril yang kelihatan baru keluar dari kelasnya. Izzat ditinggalkan termangu-mangu di situ.
“Wah! Handsome juga kembar you ni Ril? Siapa nama?”
Shazril dan Shah terdiam. Shah mengetap bibir. Kawan-kawan Shazril kelihatan serba salah. Dua orang gadis yang diperkenalkan oleh Faris hanya memandang pasangan kembar seiras itu.
“Abang, Shah gi dulu.” Ujar Shah dan terus berpaling.
“Eh, kenapa suara dia…?”
“Natalia! Adik aku tu perempuan.” tegur Shazril.
Natalia dan kawannya, Mazni terkejut. Mereka berasa malu dan terus meminta maaf daripada Shazril. Shah pula hilang entah ke mana.
“Sorry! I langsung tak tahu dia perempuan!” Wajah Natalia merona merah, malu. Tak sangka kembar dia perempuan! Seiras pulak tu.
“Tak kisahlah. Lagi pun dia dah macam tu.” Shazril tunduk.
“Em, okaylah! Apa kata kalau kita lupakan saja. Jom main boling?” sampuk Fizan. Dia cuba untuk menghidupkan suasana yang sedikit tegang.
“Hmm…” Shazril mengangguk. Sebenarnya, dia risaukan Shah. Entah apa yang akan budak tu buat nanti. Mesti dia terasa juga dengan kata-kata Natalia dan Mazni. Ish! Tapi, dia tu memang macam lelaki kalau tak tengok betul-betul.
Shah merungut-rungut sendirian. Hatinya betul-betul berang dengan kata-kata dua orang gadis itu. Cis! Cakap tu berlapik ar sikit. Kurang ajar betul. Buta ke dia?! Argh! Apa nak buat sekarang? Makan.
“He.He. Dave’s Deli.” Shah melangkah masuk ke restoran itu dan memesan set makanan yang digemarinya.
“Hai, Shah! Lama dah tak nampak?” tegur abang di kaunter itu, Amir.
“He.He. Apa pulak Amir! Baru dua minggu aku tak datang tau!” !” Shah ketawa kecil. Dia amat menyenangi lelaki bernama Amir itu. Mereka berkenalan di sini pada tahun lepas.
“Apa ni? Kenapa kau hantar set makanan camni? Aku nak yang lain!”
“Maaf, bang…!”
“Hoi! Cakap tu elok-eloklah! Aku perempuan tahu tak!” Shah terus menolak pelayan lelaki itu sehingga jatuh. “Kurang ajar.” Shah terus berlalu pergi sambil diekori oleh abangnya.
“Helo, cik adik! Ni set yang adik order!” tegur Amir. Shah tersentak.
“Er, sorry!”
“Teringatkan pakwe ke?” perli Amir. Shah hanya tersenyum.
“Tadi Shah gi mana? Sampai balik pun tak contact abang?”
“Hmm. Lupalah.”
“Shah ni buat abang risau jer.” Rungut Shazril sambil melabuhkan punggungnya di sebelah adiknya. “Shah marah lagi ke pasal tadi?”
“Pasal apa?” Mata Shah masih terlekat di kaca TV. Mulutnya mengunyah kerepek kentang goreng. Shazril mengetap bibirnya.
“Baguslah kalau dah lupa.”
“Sapa nama pompuan tu?” tanya Shah yang kedengaran agak kasar.
“Mana?”
“Huh! Ala yang Faris kenalkan kat abang tu. Ngada-ngada je…”
“Natalia dan Mazni.”
“Budak mana tu?”
“Abang pun tak tahu. Faris cakap, Natalia tu nanti akan transfer ke sekolah kita.”
“Huh! Bagus sangatlah tu. Jangan dia ngorat abang dahlah. Shah tak suka betul dengan dia. Gedik!” kata Shah lagi.
“Shah, tadi dia salah faham je. Dia tu okay.”
“Awek lawa, mestilah abang nak back up kan? Shah ni sapa nak dibandingkan dengan pompuan tu?” Shah terus bangun dan meninggalkan abangnya sendirian.
“Ish, budak ni…”
“Hai! Nama saya Natalia. Harap dapat berkawan dengan kamu semua.” Natalia tersenyum manis di hadapan kelas.
Pada saat itu, Shah rasa macam nak pecahkan kepala minah tu aja. Kenapa dia masuk kelas ni? Tak de kelas lain lagi ke kat sekolah ni? Ha!! Kenapa jadi macam ni. Siot gile!
“Hai, Shah. Boleh saya duduk di belakang awak?” tanya Natalia. Wajah Shah berubah. Siot!
“Kau duduk ajelah. Apsal nak mintak permission aku?” balas Shah tanpa memandang wajah Natalia. Syukri di sebelah hanya tersenyum.
“Hai…” sapa Natalia seraya duduk di sebelah Zamri.
“Ish, Lia! Kau ni lawa gile.” Usik Zamri. Natalia hanya tersenyum. Memang benar, Natalia adalah seorang gadis yang cantik.
Pelajaran dimulakan. Shah langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Seperti biasa, dia akan termenung dan menconteng-conteng buku. Shukri tidak menghiraukannya. Dia sudah biasa dengan perangai Shah.
“Shah! Ada pen tak?” tanya Natalia.
“Tak de!”
“Kau ambiklah aku punya, Lia.” Sampuk Zamri tanpa segan silu. Shah mencebik.
“Zam, kau jangan nak tergedik-gedik. Meluat aku tengok perangai kau ni.” Sindir Shah selamba. Zamri hanya membisu. Malas dia nak bergaduh dengan minah tomboy ni.
“Shahrina!”
Shah mendongak.
“Apa kamu buat ni? Dengar tak apa yang cikgu ajar tadi?” marah Pn. Kartina. Ish, budak ni memang tak makan saman!
Shah diam.
“Apa nak jadi dengan kamu ni? Degil, malas! Mak kamu tak ajar ke?” kata Pn. Kartina lancang. Terlepas lak!!
Shah tersentak. ‘Mak’. Dia berdiri dan merenung Pn. Kartina. Seluruh kelas tingkatan 5 Sains 3 itu senyap. Suasana sunyi sepi. Shah mengetapkan bibirnya. Pn. Kartina telan liur. Dia hanya memandang Shah yang lebih 6 cm tinggi daripadanya.
“Engkau sapa nak sebut-sebut mak aku ni? Engkau ingat engkau bagus sangat ke dapat ajar budak subjek Matematik? Bagi aku, Matematik ni kacang je. Petik jari dapat jawab! Cikgu macam engkau ni tak layak nak mengajar aku!!” bentak Shah. Pn. Kartina terkedu. Semua pelajar terlopong dengan kelakuan biadap Shah.
Shah terus mengemaskan barang-barangnya dan menyandang beg sekolah ke bahu. Dia sengaja melanggar Pn. Kartina dengan kuat dan hampir-hampir menyebabkan cikgu itu terjatuh. Syukri hanya merenung Shah keluar dari kelas.
“Biadap betul…” getus Pn. Kartina.
“Cikgu pun kurang ajar juga tadi.”
“Huh? Apa kamu kata?”
“Saya cakap, cikgu pun kurang ajar tadi.” Syukri merenung tajam mata Pn. Kartina.
“Ka…Kamu jangan nak cari pasal!”
Syukri jungkit bahu. Dia hanya tersenyum sinis sambil melirik ke arah Zamri. Natalia tidak berkata apa-apa.
Shah duduk bersandar sambil menghisap batang rokoknya. Dia merenung jauh ke hadapan. Fikirannya kosong. Dia tidak berhajat untuk ke mana-mana jadi dia mengambil keputusan untuk melepak di belakang bangunan sekolah sehingga tamat waktu persekolahan.
“Hai, Shah.”
Shah berpaling. Aiya! Camne mamat ni tau aku lepak kat sini? Ish! Kacau daun betul. Izzat duduk di sisi Shah, rapat sekali sehingga bahu mereka bersentuh. Shah jadi tidak senang.
“Syuk jumpa aku tadi. Dia yang gitau aku.”
“Hmm.” Shah menghembuskan asap rokoknya. Izzat tersenyum. Tanpa disangka dia merampas batang rokok dari tangan Shah. “Hoi, pehal kau ni?”
“Tak lawa kalau seorang gadis merokok.” Izzat merenung Shah. Kalau boleh dia ingin mengubah jiwa gadis ini. Terlalu keras! “Hmm, macam mana kau buat ha? Kau merokok tapi bibir kau tetap merah. Asli?”
Wajah Shah merona merah. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Izzat ketawa kecil. Tahu pula malu-malu ye. Mereka berdua diam seketika. Izzat berkira-kira untuk meluahkan kata-katanya. Tapi, budak Shah ni lain orangnya. Kalau cakap tak kena je terus kena hamun.
“Kenapa dengan kau, Shah? Apa yang menyebabkan kau jadi macam ni?” tanya Izzat. Shah jungkit bahu. “Hmm, pasal tadi tu memang tak patut Kartina cakap camtu.”
“Aku tak nak dengar hal tu lagi.” Shah menguakkan rambutnya.
“Shah, kau ni memang lawa tau. Tapi…”
“Lawa ke? Ada orang salah tafsir aku ni lelaki.”
“Itulah sebab kau kena ubah.”
Shah mencapai beg sandangnya dan terus berdiri. Dia berjalan tanpa berkata apa-apa. Izzat terus mengekorinya. Tanpa disedari, Izzat menggenggam jari jemari Shah. Shah terpaku.
“Shah, aku sukakan kau.”
Shah terkedu. Dia mengetapkan bibirnya.
“Lupakan saja.” Dia terus berlari meninggalkan Izzat.
“Kau cakap?” Shazril meraut wajahnya. “Ish, mesti dia marah.”
“Marah apa pulak?”
“Iyelah! Dah kau cakap macam tu. Dia malulah. Kalau dia malu, dia marah.” Shazril ketawa kecil. Kelakar dia melihat muka Izzat sekarang ni.
“Tapi, tak salahkan aku sukakan dia?”
“Tak de salahnya. Dia je yang keras sangat. Hm, mungkin sebab mak meninggalkan kami macam tu aja…dia terus jadi macam tu.” Ujar Shazril sambil melirik ke arah Nura, gadis idamannya. “Erm…”
“Aha, tengok Nura ye?”
“He.He. Dia tu comel sangat.”
“Kau dah cakap kat dia?”
“Belum. Tapi, aku dah confirm yang dia pun sukakan aku jugak. Nantilah, aku nak gitau dia dengan cara yang romantik sekali.” Ujar Shazril seakan-akan menyindir Izzat.
“Hai, Ril!” tegur Nura sambil tersenyum.
“He.He. Nura, makin hari kau ni makin cute la.” Puji Shazril ikhlas, tengah angau kan.
“Ya ke. Em, boleh tak aku nak cakap dengan kau?” Nura mengenyitkan matanya.
“Sure. Sure. Izzat, aku pergi dulu ya. Ni bidadari aku dah ajak ni…”
Izzat hanya tersengih.
“Uik! Best jugak game ni.” Shah ketawa kecil sambil diperhatikan oleh Misha. “Apa nama game ni?”
“The Sims.” Ujar Misha lalu tergelak. Dia teringatkan cikgu sekolahnya yang bernama Mr. Sim.
“Ehe, kenapa gelak?”
“Mr. Sim.”
Shah hanya tersengih.
“Boleh buat sex tak?”
“Hmm, buat tu buat tapi tak tunjuk.”
“Ish, boring!”
Mereka berdua ketawa.
“Misha, Shah. Mari makan puding.” Ajak Pn. Marziah, ibu Misha.
“Wah! Sedap gile. He.He. Best la puding auntie ni.” Puji Shah.
“Ala, saja nak ambik hati mak aku ni?” perli Misha pula.
Kring! Kring!!
“Shah, abang Shah call.”
Shah berhenti makan. Hatinya memberontak memarahi abangnya. Ish, time orang tengah makan la dia nak kacau. Apa hal pulak ni?
“Ada apa?”
“Shah boleh balik sekarang tak?”
“Ish, kenapa?”
“Abang baru beli cd game baru tadi. Nak main sorang boringlah!”
“Panaslah. Lagi pun jauh.”
Shazril diam. Shah mengetapkan bibirnya. Eleh, merajuk konon!
“Mengada gile abang ni. Nanti Shah balik!” KLIK!
“Kenapa?” tanya Misha.
“Er, aku kena balik. Ada hal sikit.” Shah tersenyum. “Auntie! Terima kasih sebab belanja puding ni. Best!!”
Pn. Marziah hanya tersenyum. Bangga jugak jika dipuji begitu.
“Bye, Shah.”
Shah hanya mengenyitkan matanya. Shah segera keluar dari rumah Misha sambil berlari-lari anak. Jarak rumah Shah dengan rumah Misha agak jauh. Kalau jalan tu mungkin 30 minit juga.
Pon! Pon!
Kus semangat!! Cis, mamat mana yang hon kat aku ni? Siot…Aiya!!
“Shah! Nak ke mana?”
“Balik.”
“Oh, jom aku hantarkan. Aku pun nak gi rumah kau gak. Ril ajak.” Izzat tersengih. Shah serba salah. Kalau jalan penat gak dahle hari panas.
“Okaylah.” Shah segera masuk ke dalam kereta Izzat. “Kau dah ada lesen ke?”
“Aku tau bawa tapi tak de lesen lagi. Kenapa kau dok kat belakang?”
Shah tunduk. “Em, aku tak suka duduk depan.”
Izzat hanya mengangguk. Pada mulanya, semua okay je. Izzat memandu dengan baik sekali. Si Shah pula asyik menggigit bibirnya. Dia sebenarnya takut nak naik kereta jika orang yang memandu itu bukan ayahnya. Izzat pula tak habis-habis bercakap. Pasal apa pun Shah sendiri tak tahu. Tiba-tiba, sebuah motosikal muncul dari satu selekoh. Izzat tersentak dan keretanya terbabas ke dalam semak samun di bahu jalan. Mujurlah tidak terlanggar tiang elektrik. Shah betul-betul terkejut.
“Huh! Gila punya motor. Nasib tak arwah aku.” Marah Izzat. “Shah, kau okay ke?”
Shah tidak menyahut. Tubuhnya menggigil. Dia betul-betul dalam ketakutan. Izzat jadi tidak keruan. Alamak, kenapa dengan Shah ni? Izzat beralih tempat dari seat depan ke seat belakang. Dia memegang bahu Shah. Bibir Shah berdarah akibat tergigit.
“Shah, kenapa ni?!”
Shah menggelengkan kepalanya. Dia memeluk tubuhnya dengan kuat. Matanya berkaca-kaca. Dia terketar-ketar. Izzat panik. Dia tidak tahu kisah silam Shah. Dia juga tidak tahu apa yang perlu dibuat.
“Relax, Shah. Tak de apa-apa…” Dengan spontan Izzat memeluk tubuh Shah. Shah menutup wajahnya. Bahunya terhenjut-henjut menahan esakan. “Ish…Shah…?”
“Lepas ni dia akan okay.”
“Sorry! Aku tak sangka jadi macam ni pulak.” Izzat menguakkan rambutnya. “Kenapa dengan Shah? Dia ada fobia apa-apa ke?”
Shazril hanya tersenyum.
“Masa kitorang berumur 11 tahun, kereta yang dipandu oleh mak accident teruk. Masa tu, aku dan Shah duduk seat belakang. Jadi, mungkin kesannya tidak seteruk mak. Mak kami meninggal semasa pembedahan. Ayah cakap, mak hilang banyak darah. Kalau kau nak tahu, selama dua bulan Shah tak gi sekolah. Dia macam tak boleh nak terima hakikat yang mak dah tak de. Lagipun, Shah paling rapat dengan mak.” Jelas Shazril.
“I’m sorry…”
“Aku tak kisah. Hmm. Semakin dia membesar, perangai Shah semakin susah nak diduga. Senang cakap, dia jadi tomboy sebab tu jugaklah. Mungkin jiwa dia memberontak…” Shazril mengeluh. “Aku pun tak tahu nak cakap macam mana.”
Izzat mengangguk. Kalau sebab tulah dia jadi macam ni, susah juga nak ubah dia balik. Tapi, kenapa aku ia-ia je nak ubah dia? Dia bukan bini aku atau adik aku? Ish! Wake up, Izzat. Kau nak buat semua tu sebab kau sukakan Shah. Is that right? Hmm.
“Ril!”
“Ayah…”
“Macam mana dengan Shah? Tadi Ril ada tinggal mesej kan?” tanya En. Kamal. Wajahnya sedikit panik.
“Shah dah okay. Tapi, dia masih takut.”
En Kamal bergegas ke bilik anak gadisnya. Kalau boleh, dia tak nak Shah selalu teringatkan kejadian itu. Dia mahu Shah melupakannya.
“Shah.”
Shah hanya membisu. Dia merenung siling biliknya. Wajahnya kelihatan kosong. En Kamal merapati anaknya. Dia menggenggam tangan Shah. Shah menoleh ke arah ayahnya.
“Ayah.” Air mata bergenang di kolam mata Shah. Dia bangun dan terus merangkul leher ayahnya dengan erat.
“Jangan nangis, sayang. Macam mana boleh jadi macam ni?”
“Shah tak tahu! Tadi ada lori langgar kereta mak! Lepas tu lori tu lari!” Shah memeluk ayahnya dengan kemas. En Kamal menggosok belakang anaknya. Shah…Shah.
Shazril dan Izzat hanya memerhati dari luar bilik. Izzat berasa bersalah kerana menyebabkan Shah teringat kembali kisah silamnya. Shazril menepuk bahu Izzat, tanda dia tidak menyalahkan Izzat atas apa yang berlaku.
“Relax! Bukan salah kau, Izzat.”
Izzat tersenyum tawar.
Sudah seminggu Shah tidak hadir ke sekolah. Izzat mengeluh. Dia rindu untuk menatap wajah comel Shah itu. Dia rindu untuk dimarahi oleh Shah. Ish, apalah aku ni. Suka pulak kalau kena marah. Aisey. Shah! Datanglah sekolah. Aku rindukan kau, tahu tak?
“Mangkok! Tepilah!”
Izzat tersentak. Hah? Macam suara Shah? Tapi, tadi masa perhimpunan dia mana ada? Izzat melirik pada jam di pergelangan tangannya. 8.15 pagi! Biar benar. Dia menoleh ke luar kelasnya. Shah!
Shah tergesa-gesa berlari ke kelasnya. Ish! Nasib baik cikgu tak masuk lagi. Macam mana aku boleh terlambat sedangkan aku studi kat sekolah yang sama dengan abang aku? I say man!
“Uiks! Aku ingat kau nak berhenti sekolah terus.” Sindir Syukri lalu ketawa.
“Ish, aku terlambat bangun la. Abang aku tak kejut aku pun.”
“Mungkin dia dah tau kau nak ponteng?” sampuk Natalia. Shah buat-buat tak dengar.
“Shah, kau tahu tak? Cikgu Maths kita dah tukar cikgu lain. Now, Pn. Chu yang ajar kitorang Maths. Katrina dah surrender.” Ujar Zamri.
“Huh? Baguslah! Aku malas nak layan dia lagi.” Balas Shah.
“Shah!! Shah!!”
“Ei?”
“Sini kejap?!” Izzat tersengih. Aha! Akhirnya terubat rinduku padamu. Cewahh!
“Hmm.” Shah melangkah malas. Syukri, Zamri dan Natalia hanya tersenyum sinis.
“Macam mana dengan kau? Sihat?”
“Bolehlah.” Shah jadi tidak senang. Sebenarnya, dia malu kerana Izzat pernah memeluknya pada hari kemalangan tu. Aiya!
“Shah, aku minta maaf! Aku menyesal sebab buat kau jadi macam tu.” Ujar Izzat perlahan. “Maafkan aku, Shah?”
“Er, aku dah lupakan hal tu. Ada apa-apa lagi?”
“Um…”
“Kalau tak de, aku blah dulu.”
“Shah!”
Shah mendongak.
“Sorry!” Izzat tersenyum dan terus berlalu. Shah ketap bibir. Ish…
“Woo, cepatnya kau makan?” Misha tersengih sambil memandang Shah. Shah tersenyum.
“Er, aku nak gi belakang sekolah kejap.”
“Buat apa?” sampuk Nina. Shah hanya mengenyitkan matanya.
Misha menyiku lengan Nina sambil membuat gaya merokok. Nina mengangguk tanda faham. Shah pula dah lesap. He.He. Dah seminggu aku tak merokok. Hari ni lepas sikit tension aku. Shah duduk bersandar pada dinding dan mengeluarkan sekotak rokok. Dia menghidupkan lighter dan dicucuh pada hujung rokoknya. Pergh! Bestnyer!!
“Terajang anak yatim ni!”
“Huh! Kalau dah tak de mak bapak tu jangan nak tunjuk lagak kat sini!”
Fikiran Shah terganggu dengan jeritan oleh beberapa orang pelajar lelaki. Dia menoleh ke arah bunyi yang tidak menyenangkan itu. Ish, sapa pulak diorang ni? Menyebok jer. Shah tercengang apabila salah seorang daripada pelajar itu memukul seorang pelajar lagi. Ish, takkan nak buat-buat buta kot?
“Ha!Ha! Mana mak bapak kau hah? Anak merempat!!” jerkah pelajar lelaki itu seraya menghayunkan penumbuknya.
“Woi, badigol! Kau jangan nak kutuk mak bapak orang!” Shah menggenggam pergelangan tangan pelajar lelaki itu. Pelajar itu tersentak, begitu juga dengan rakan-rakannya. Shah melirik ke arah name tag pelajar itu. “Fendy, budak form 3. Aiseh, baru form 3 dah pandai nak belasah orang?” Shah menghembus asap rokoknya. Tangan Fendy dilepaskan.
“Heh, ko sapa hah? Jantan ke betina?”
DUSH!!! Fendy jatuh terjelepok.
“Eh, brother. Kau okay tak?” tanya Shah kepada pelajar yang dibuli oleh mereka.
“Hmm.”
“Jom kita blah.” Shah menarik lengan pelajar itu.
“Hey! Kau jangan ingat lepas kau tumbuk member kitorang kau nak blah camtu aje!” Kawan Fendy, Hazri menarik bahu Shah. “Biar kita settle kat sini saja.”
“Serius ke?” Shah tersenyum. Hmm, diorang sume 4 oranglah. Takkan aku sorang nak handle kut? Ish, bagus jugak aku pun tengah bengang ni.
“Okay then…” Tanpa berkata apa-apa lagi, Shah terus menendang rusuk Hazri dan menghentak belakang pelajar lelaki itu dengan sikunya. Terbatuk-batuk si Hazri sambil memegang perutnya. “Next?”
“s i a l ! Kau jangan pandang rendah kat kitorang!” Fendi meluru ke arah Shah dengan berang. Kurang ajar punya pompuan! “Hah! Ambik kau!”
“Wops!” Shah menahan tendangan Fendi dengan pergelangan tangannya. Kaki Fendi dipegang dan kaki kirinya melibas kaki kanan Fendi. Fendi jatuh terlentang. Rusuk Fendi ditendang bertalu-talu. “Huh! Rasakan! Lain kali jangan lancang sangat mulut kau nak ejek mak bapak orang!”
“Aduh…sakit giler.” Getus hatil kecil Fendi. Dia terbatukkan darah.
“So, korang dua?” Shah merenung tajam ke arah dua orang kawan Fendi itu.
“Huh! Apa susah. Kitorang serang kau sekali la!”
“No problem.” Wajah Shah tenang sekali, setenang air di kali.
“Hoi! Apa korang buat tu?!”
Shah terkejut, begitu juga dengan dua orang rakan Fendi. Fendi dan Hazri pula masih lagi merengkot kesakitan. Bisa betul minah ni tendang? Memang bukan main-main punya!
“Shah? Apa hal semua ni?” tanya Izzat sambil diekori oleh Shazril.
“Tanyalah diorang.” Shah jungkit bahu. Dengan selamba dia menarik tangan pelajar yang dibuli tadi. “Budak ni kena buli tadi. Lagi pun Shah boring tak de kerja. Tolong belasah diorang ajer.”
“Hish, Shah! Apa Shah dah buat ni?” Shazril mendekati adiknya.
“Belasah dioranglah. Apa lagi!” Shah mencebik. “Kalau tak caya tanyalah mamat ni!”
“Hmm, kau Anas kan? Diorang buli kau ?” tanya Shazril. Shah menjeling, hatinya geram kerana abangnya seperti tidak mempercayainya.
Anas kelihatan ragu-ragu. Akhirnya dia mengangguk.
“Cis, nantilah kau pompuan! Aku akan balas lain hari.” Dengus Fendi. Tiba-tiba, Izzat mencekup kolar baju Fendi.
“Cakap tu berlapik sikit. Jangan nak kurang ajar dengan senior. Kalau kau berani kenakan awek aku ni, tahulah akibatnya!” ugut Izzat. Fendi ketap bibir. Siot! Biar benar pompuan ni awek Izzat? Ish!
Shah menghela nafas. Ish, ke situ pulak mamat ni. Dah tak de modal lain ke nak cakap? Shazril hanya tersenyum sambil memandang adiknya.
“Okaylah, aku nak chow. Bye!” Sebelum Shah melangkah pergi, Anas memegang bahu Shah sambil tersenyum. Shah sedikit kaget. Ish, weirdo?
“Terima kasih kak.”
“Er, no problem.” Shah terus beredar.
“Shah.”
Dia berpaling memandang wajah empunya suara itu. Hmmm. Minah ni! Apa yang dia nak sebenarnya? Shah buat tak hirau. Dia terus memandang CD-CD yang tersusun rapi di atas rak di depan matanya. Sambil tu dia bersiul-siul, entah lagu apa.
“Cari lagu apa?”
“Entah.”
Natalia tersenyum kelat. Menyampah sangat ke muka aku ni sampai dia tak nak pandang aku? Nampaknya, Shah ni jenis yang berdendam jugak ye. Memang opposite abang dia.
“Cari kaset ni?” Natalia menunjuk sebuah CD Pink. Shah tidak berkedip. Aah! Memang CD tu aku nak!!
“Bukan…”
“Jangan nak tipulah. Nah!” CD itu diletakkan di atas tangan Shah. Natalia tersenyum manis.
“Er…okay! Kau yang beri.” Dia pergi ke kaunter dan membayar harga CD. Cepat-cepat Shah keluar dari kedai Speedy Video itu. Hatinya membungkam. Natalia mengekori dia dari belakang.
“Pehal kau ni?”
“Saja? Tak boleh ke?” jawab Natalia.
“Suka hati kau la…”
“Shah selalu ke lepak sorang-sorang?” Tanya Natalia.
“Salah ke?”
“Tak salah…”
Shah masuk ke restoran Dave’s Deli. Wajah Amir tidak kelihatan. Shah hampa. Sebenarnya dia ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Amir. Lagi pun, CD kegemaran Amir dah dibeli. Aiseh. Takkan sebab hari jadi dia, terus ponteng kerja?
“Aik? Jom la makan dulu.” Kata Natalia.
“Kau makanlah sorang-sorang…” Terus bad mood si Shah ni. Argh! Siot je. Buat penat aku datang budak tu tak de.
“Shah!”
Shah dan Natalia terpegun. Hati Shah berbunga riang. Waa, nasib kau datang Mir! Natalia tersenyum memandang lelaki di depannya. Amir membalas senyuman Natalia.
“Mir, kenapa tak datang kerja?” soal Shah.
“Datanglah ni. Saja mintak excuse datang lambat.”
“Nah, happy birthday.” Bulat-bulat je Shah menghulurkan CD Pink kepada Amir. Amir ketawa kecil. Hish, pompuan ni. Selamba je. Tak payah balut-balut.
“Thanks! Mana Shah tau yang abang suka Pink?” Amir tersenyum-senyum. Sesekali dia melirik ke arah Natalia.
Dahi Shah berkerut. Abang? Apa dia ni ingat aku awek dia ke? Tersasul pulak? Mentang-mentang birthday dia hari ni.
“Jom, abang belanja Shah dan member Shah hari ni.”
“Oh ya… ni kawan aku…”
“Natalia!” Amir tersenyum lalu menarik tangan Shah masuk ke dalam Dave’s Deli. Lepas tu, dia berlalu ke kaunter. Natalia duduk berhadapan dengan Shah.
“Kau kenal Amir?”
Natalia angguk.
“Kawan baik?”
“Baik? Dia tu jahat!” Natalia ketawa kecil.
“Elop! Nah, ni lasagna kegemaran kau, Shah. Lia, your sphagetti.”
“Ala, abang ni…sphagetti aje? Nape Shah punya best?” Gadis berambut ikal itu ketawa lagi. Shah blur.
“Korang ni bercinta ke?” Tanya Shah.
“Hish! Merepek je Shah! Lia ni adik abang.”
“Adik?!!” What?! Camne boleh jadi camni? Budak gedik yang paling aku anti adalah adik kepada kawan aku!! Complicatednya!
“Kenapa? Shah macam terkejut je?” Blurnya muka Amir. Peh, innocent sangat la tu. Natalia cuma tersenyum.
“Er…tak expect pulak…”
“Lia selalu cakap dia ada sorang kawan nama Shah. Tak sangka pulak Shah yang abang kenal. Dunia ni memang kecik kan? Lia pun cakap Shah budak baik.” Jelas Amir.
“Tipulah.” Balas Shah dingin. “Aku tak pernah cakap dengan dia. Biasanya, aku buat tak layan kalau dia tegur aku. Natalia, kau tak payahlah nak cover perangai aku. Terus-terang je.”
“Shah…aku…” Natalia ketap bibir. Dia salah faham la pulak!! Abang ni pun satu! Kepoh je.
“Okaylah. Mir, trimas untuk lasagna kau. Lain kali aku bayar. Aku nak balik sekarang ni. Enjoy your day.” Shah terus angkat punggung dan blah dari situ. Natalia dan Amir terkedu.
“Abang ni kalau tak cakap banyak tak boleh ke? Lia baru je nak berbaik dengan dia.” Marah Natalia.
“Abang mana tau pape hal korang! Lia jugak yang kelentong abang!”
“Ish!”
Muka Shah mencuka. Eii! Pelik jugak. Pehal aku emo cepat sangat. Selalunya aku tak kisah pun. Of course la ko marah Shah!! Pompuan tu boleh pulak malukan ko! Dia tipu ko baik depan abang dia! Shah menguakkan rambutnya. Gi mampuslah! Menyampah siot ngan Natalia tu. Pehal dia tu cam hipokrit semacam je.
“Shah.”
Erk!! Buat apa Amir kejar aku?? Natalia berdiri tidak berapa jauh dari abangnya. Shah jadi tak keruan. Malunya!! Ah, buat apa nak malu pulak?? Eiii, weirdo tul aku ni.
“Kenapa balik?”
“Aku rasa bosan.”
“Hari ni kan birthday aku, jom la enjoy sekali.” Ajak Amir.
“Er, Shah. Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak tuduh kau apa-apa…” sampuk Natalia.
“Dah…dah! Malas aku nak dengar.” Balas Shah.
“Shah, jom main boling!” pinta Amir.
“Er…aku blah dulu.” Natalia lesap.
“Aku nak balik. Rugi je hari ni aku datang sini.”
“Shah! Releklah. Tak yah ambik hati apa yang Lia cakap. Aku pun tak kisah ko ni baik ke tak. Yang penting, aku suka kawan dengan kau. Dahlah. Jom kita main boling! Hari ni kan birthday aku!”
“Kau tak payah kerja?” Tanya Shah.
“Pontenglah! Boss bukannya ada hari ni. Dah, jom kita pergi cepat.”
Tangan Shah ditarik. Shah terpinga-pinga. Tak tahu nak kata apa.
“Eh, Mir. Aku memang…kena balik!”
“Ala, kejap je!! Aku belanja!”
“Cepatlah! Aku bet RM10.”
“RM10 je? RM20 la.” Balas Shah sambil tersengih. Semua kengkawan dia mengerumuni meja dia dan Fadli.
“Okay, kau yang kata. Jom!” Fadli meletakkan sikunya di atas meja.
“Tangan kiri ke?” Shah ketap bibir.
“Takut ke?”
“Tak.”
Fadli memaut tangan Shah. Genggaman tangannya kuat sehingga membuatkan dahi Shah berkerut. Fadli tersengih nakal. Member-member diorang yang lain dah mula bersorak.
“Fuiyyooo! Cayalah. Awek lawan tangan dengan jantan!” Shukri bersiul.
“Mula!” jerit Adi, sendiri lantik pengadil tak bertauliah.
“Yok! Yok Shah! Kalahkan Fadli.”
“Yooo, kalau ko kalah malu la Fadli!”
“Gile ar korang!”
Shah mengetap bibirnya. Ish! Siotnya. Kuat jugak mamat ni. Duh! Diakan laki! Ko tu pompuan! Ala, pompuan tak leh jadi kuat ke? Memanglah. Tapi hakikatnya…Eh, shut up la!
“Geramnya!!” gumam Shah sendirian. Dia cuba menumpukan perhatian. Ceh, kalau nak tau tangan kiri aku la paling kuat!
Cis, minah ni kuat jugak! Memang tak sangka pula aku. Dia buat pumping hari-hari ke? Aku tak leh kalah dengan tomboy ni!
“Eii, geramnyaaa!!” Sedaya-upaya Shah mengumpul tenaga cuba untuk menjatuhkan tangan rakannya itu. Yepppieee, akhirnya Shah menang. Dia tersenyum lebar.
“Ceh, luck ko je.”
“Peace! Memang luck aku pun. Bak RM20 aku.” Senyumannya semakin melebar. Nak tak nak Fadli menghulurkan RM20 kepada Shah. Dia mencebik geram.
“Cayalah Shah! Kau menang.”
“Whoops, Fadli! Balik kampong je.”
“Woi! Kecohlah korang ni!” balas Fadli.
“Relek! Memang nasib aku je tadi.” Sampuk Shah, tak nak mengeruhkan keadaan. He. He. Bestnya dapat duit. “Eh, Fadli. Kuatnya kau cengkam tangan aku. Sakit doh!”
Fadli jungkit bahu. Eish! Bengangla pulak aku dengan pompuan ni. Apa nak buat. Nasib aku hari ni. Terbang duit aku!! Waaa!
“Shah!” panggil Izzat tiba-tiba.
“Pehal?”
“Apa kau buat tadi?”
“Lawan tangan.”
“Dengan sapa?”
“Fadli! Tengok, RM20 free je hari ni!” Shah tersengih.
“Fadli? Habis! Kau pegang tangan dia?” Mata Izzat jatuh pada tangan Shah. Merah. Tangan kiri?
“So?” Tanya Shah malas.
“So…” Ek, apa aku nak cakap? “So, boleh tak kalau kau datang open house aku next month?”
“Next month?!!” Shah tergelak. “Kelakar la kau ni Izzat. Kalau next week tu lain la cite.”
“Boleh tak?”
“Sure. Itu pun kalau aku tak de apa-apa. Abang aku pergi kan?”
“Mestilah!”
“Okay. Kalau tak de pape aku blah dulu.” Shah terus masuk kelas. Izzat termangu-mangu.
“Waaa! Menyampah kena detention class.” Rungut Shah sambil menggaru kepalanya.
“Tata. Nanti kita jumpa kat rumah. Emm, bestnya. Balik ni makan ikan masak cili api…”
“Blahlah!!” Shah menendang kaki abangnya. Shazril ketawa dan terus lari. “Eii, benci abang!”
“Shah, duduk! Cepat habiskan kerja ni. Buat karangan tu…” ujar Pn. Elaine. Shah mencebik geram.
Karangan!! Cam budak kecik!! Amende tajuk hari ni? What?! Damn it!! My Lovely Mother. Shah termangu di depan mejanya. Pen di tangan dimain-mainkan. Kepala otaknya cramp. Bibirnya diketap kuat. Mak! Aku mana ada mak! Aku tak tahu nak tulis apa…
“Okay. Dah pukul 3 petang. You guys boleh pulang and please hand me your essays.” Umum Pn. Elaine sambil bertepuk tangan. Yea, happynya aku dapat balik! Bosan betul tunggu detention class.
“Here.” Sebaik saja kertas bertukar tangan, Shah terus lari keluar. Pn. Elaine terpinga-pinga apabila membaca nota yang ditulis oleh pelajarnya.
I DON’T HAVE MOTHER…
Bosannya! Nak balik rumah terus mesti ikan dah habis. Siot Shazril. Bengang je. Hee, cikgu ni pun satu. Pasal aku tak buat kerja rumah pun nak kena detention class. Bodoh!
“Hai.”
“Hm?”
“Kena denda ke?” usik Izzat.
“Well, aku kan the most wanted.” Balas Shah acuh tak acuh. Boringnya. Aku kena balik jalan kaki ke?
“Aku datang ni nak ambik kau.”
“Pardon me?”
“Jom, aku hantar kau balik.”
“Tak nak.”
“Kenapa?”
“Aku memang tak nak!”
“Aku datang naik motor.”
“Sorry, aku nak call bapak aku!” Shah terus beredar. Izzat terus mengekori dia. “Amende?”
“Kenapa kau tak nak tumpang?”
“Aku tak nak! Aku tak caya kau!” Shah terus mendial nombor rumahnya. Dia ketap bibir.
“Hah? Aku bukannya nak buat benda jahat kat kau pun!” Suara Izzat mula meninggi. Mata Shah bulat merenung muka Izzat.
“Hello, ayah! Tolong ambik Shah sekarang….okay….Shah tunggu kat depan gate. Bye.”
“Shah!”
“Apa!” Eii, mangkuk ni tak faham lagi ke? Aku takkan naik kereta dengan dia lagi!!
“Pesal kau tak nak naik dengan aku?”
“Aku fobia okay!! Kau dah lupa ke?? Eii, malas ar nak ingat. Tepi!”
Izzat terangguk-angguk. Ohh, pasal accident tu ke. Ler, baru aku teringat. Ish. Aku pi tengking dia lak tadi. Aisey.
“Shah…”
“Heee! Pehal lagi?”
“Sorry ye.” Dia tersengih. Shah mendengus bosan. “So…kau akan pergi open house kan?”
“Izzat, baru semalam ko tanya aku! Benda tu lambat lagi.”
“Yea…Cuma aku nak comfirm…”
Shah diam. Bosan.
Tidak berapa lama kemudian, ayah Shah sampai.
“Elop, Izzat! Ngorat anak pak cik ke?”
“Eii, merepek je ayah ni!” marah Shah dan terus masuk ke dalam kereta.
“Okaylah. Pak cik pergi dulu!” En. Kamal tunjuk ‘PEACE’. Izzat tersengih.
“Lembab betul jantan ni. Cepat ah!” jerit Shah sambil menghentak kakinya. Shazril terburu-buru menyarungkan kasut di kaki. “Baik Shah pergi sorang je.”
“Heh, bahayalah. Lagipun ni dah pukul 9.30 malam. Time ni la baru nak cari barang.”
“Bukan…Shah nak beli ais krim je…”
“Leceh pompuan ni.”
“Shut up la! Kalau nak merungut blah la.” Marah Shah. Shazril tarik muka tiga puluh satu, bengang dengan adiknya.
Shah dan Shazril masuk ke dalam sebuah kedai runcit. Lama juga Shah dok memilih ais krim yang nak dimakan sampaikan Shazril merungut bengang nak mampos.
“Abang ni diamlah! Bosan tul.”
“Eh…korang pun ada!” sampuk satu suara gadis.
“Hai Natalia! He. He. Sapa ni?” balas Shazril sambil tersenyum. Shah buat tak heran.
“Amir, abang aku.”
“Hai. Aku Shazril.” Shazril menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
“Amir Safwan.” Dia menggenggam erat tangan Shazril.
“Tu adik aku Shah…kalau kau nak tau.” Ujar Shazril sekali menyindir.
“Shah…aku kenal dia. Dia selalu datang makan kat Dave’s Deli, tempat aku kerja.”
“Ya ke? Korang memang tak de apa-apa ke? Manala tau… Adoi!!” Shazril terlompat kecil sambil memegang betisnya. Perghh!! Bisanya tendangan minah ni.
“Abang jangan nak mengarut. Shah debik kang!! Dah… orang nak balik!”
“Shah, aku nak cakap dengan kau kejap boleh?” Amir mencelah.
“Amendenye?” balas Shah acuh tak acuh. Hee!!
“Meh…Shazril, aku pinjam adik ko kejap!” Amir terus menarik tangan Shah keluar dari kedai itu. Natalia ketawa kecil.
“Pinjam aje ye…jangan guna!”
Shah menarik tangannya dari genggaman Amir. Amir tersenyum.
“Cakaplah cepat! Karang cair pulak ais krim aku ni.”
“Eh, garang betul kau ni ye. Tak de le. Aku nak ajak kau datang rumah aku minggu depan, Sabtu. Ada kenduri kesyukuran sempena kakak aku balik dari London. Boleh tak kau datang?” pinta Amir sungguh-sungguh.
“Sabtu depan?”
“Bolehlah…”
“Nantilah aku fikir. Aku tak suka berjanji…”
“Hmm.”
“Mir, tak payah nak tunjuk muka poyo kau. Biar aku fikir dululah. Jangan paksa-paksa boleh tak? Dahlah, aku blah sekarang.” Shah nak angkat kaki tapi ditahan oleh Amir.
“Aku harap ko datang. Please.” Dia tersengih. “Bye!”
Shah angguk. Hee, bosannya layan bebudak ni. Ingat aku suka ke gi bertandang kat rumah orang? Bosannnn!!
"Nura tu awek aku la. Mana boleh aku buat camni!"
"Tapi, aku suka kat kau. Takkan kau tak boleh terima aku?"
"Nura tu awek aku! Kawan kau gak!"
"Apa kurangnya aku? Aku dah tak tahan, Ril. Dah lama aku pendamkan perasaan aku ni kat kau. Atau aku yang berlambat?" Natalia memandang sayu wajah Shazril.
"Aduiii!! Camne aku nak explain kasi kau paham? Aku suka kau as a friend je. Please, okay! Aku nak balik ni. Adik aku dah lama tunggu tu."
"Tak dapat kau...dapat adik kau pun jadilah!" gumam Natalia sendirian.
"Excuse me?!"
Natalia tersenyum selamba.
"Kau jangan nak gila! Adik aku tu perempuan. Sejenis dengan kau okay! Hee, kau ni dah mula mengarut la." Shazril terus blah.
Natalia ketawa kecil. Heehee. Tau pun takut. Aku tak de la gila atau sewel nak buat camtu. Kalau aku buat pun, awal-awal lagi kena reject dengan si Shah tu. Hai...sayangnya. Rapat dengan Shah pun tak pe la. Natalia ketawa lagi.
"Heh, gile apa ko ketawa sorang-sorang ni?" Zamri menyiku lengan Natalia.
"Ha? Mana ada?" Lor, boleh pulak aku khayal!! Si Shah kat depan ni buat dek je. Memang dia ni nak pulau aku betul la. Aiseh. Aku rasa kalau dia tau hal aku dengan abang dia mesti dia lagi marah. Lantaklah!
KRINGGGG!!!
Shah tergesa-gesa menyauk beg pada bahunya dan terus keluar sebaik saja memberi salam kepada guru. Natalia memandang Mustaqim tetapi lelaki itu hanya mengangkat bahunya. Di depan gate pulak, kelihatan Shah sedang berborak dengan Izzat. Heh, minah ni pun ada yang minat ke? Natalia berhajat untuk menegur mereka berdua tetapi niatnya terbantut apabila Shazril mendekati mereka berdua. Hmm, biarlah dulu. Tapi, aku kena ingatkan dia something...
"Hai Shah!" tegur Natalia spontan.
"Hmm." Wajah Shah selamba je. Izzat tersengih manakala Shazril serba salah. Huh! Perasan la kau!
"Aku cuma nak ingatkan aje. Malam ni ada kenduri kesyukuran. Abang aku ajak kau datang sekali. Kalau Izzat dengan Shazril nak join dialu-alukan sangat! Ajak Nura sekali." ujar Natalia lalu beredar.
"Abang dia tu sapa Shah?" soal Izzat.
"Amir. Kau tak kenal agaknya." balas Shah malas. "So, abang pergi tak malam ni?"
"Tak tahulah."
"Pergi ajela. Takkan Shah nak gi sorang? Seganla..."
"Kalau segan tak payah pergi je." sampuk Izzat.
"Tapi, dia dah banyak kali ajaklah. Rasa tak sedap hati lak." jawab Shah.
Izzat ketawa kecil.
"Sejak bila ko kisah perasaan orang ni, Shah??" kata Izzat serius. Shah telan liur. Pehal mangkuk ni? Cari pasal ngan aku ke?
"Heh, kau pehal pulak ni?"
"Whop! Relek la brother...sister...! Tak rock ar gaduh-gaduh ni. Shah, abang akan temankan kau malam ni. Izzat kau pulak temankan aku okay??" sampuk Shazril seraya menarik lengan adiknya. Takut jugak kalau terlepas ke muka Izzat tu.
"Huh!"
Eh, macam kenal kelibat sapa tu? Dari tadi lagi dok tercegat kat tepi pagar. Nape tak masuk-masuk lagi? Natalia segera merapati Shah yang termangu-mangu di situ. Izzat dan Shazril pun ada sama.
"Hai. Masuklah? Takkan nak jadi pak guard kot?" perli Natalia sambil tersengih. Dia yang berkebaya merah hati disulami dengan benang emas dan rambutnya dipin pada sebelah tepi masih lagi tercegat di depan Shah. "Malu ke? Abang aku tu dah lama tunggu kau! Jom." Dia terus menarik tangan Shah.
"Erk...!" Shah ketap bibirnya. Dia berasa segan sikit sebab dia pakai t shirt biasa dengan jeans je. Selekeh nak mampos!! Dia memandang abangnya sekilas.
"Shah! Datang pun kau. Wahh, selamba siot kau ni!" Amir ketawa melihat Shah yang tersipu-sipu malu. "Jom, aku kenalkan kau dengan kakak aku."
"Ta...tapi...abang aku..."
"Biar Lia je yang layan."
Shah hanya menundukkan kepalanya sambil mengekori Amir dari belakang. Dia perasan ramai mata yang memandang dirinya yang berpakaian begitu. Aku lupala kenduri kesyukuran! Segan siot! Tebal muka aku ni.
"Kak! Ni la kawan yang Mir cakap tu. Shah, ni kakak aku...Narizmi. Kak, ni Shahrina."
"Hai, Shah." Narizmi tersenyum manis seraya menghulurkan tangannya. Mereka bersalaman. "Dah lama ke kenal adik akak ni?"
"Er...tak lama..."
"Hai, kenapa ni? Gugup je? Ke segan sebab Amir ada?" usik Narizmi.
"Bukanlah! Sebenarnya, abang dengan kawan saya datang sama. Jadi, saya rasa tak sedap hati tinggalkan diorang kat luar."
"Ohh, ajaklah diorang masuk!" Narizmi tersenyum manis.
"Mir, aku ajak diorang ye." Pantas saja Shah keluar dari rumah itu. Amir mengikut Shah dari belakang.
"Hai, Shazril. Eh, siapa ni?" Amir tersenyum sambil memandang wajah Izzat.
"Aku Izzat. Kau Amir?" Izzat menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Kalau camtu, masuklah! Help yourself. Makan je pape yang korang nak. Korang terlambat sikit sebab tadi kitorang baru je habis bacaan Yaasin." jelas Amir. "Shah, jomlah. Aku banyak nak borak dengan kau."
Shah semakin serba salah. Dia memandang wajah Shazril meminta pertolongan. Dia perasan muka Izzat dah berubah kelat. Aiseh, tu bukan salah aku! Nak tak nak dia ikut Amir jugak. Amir menunjuk seluruh ruang dalam rumahnya. Shah terpegun apabila masuk ke dalam bilik Amir. Memang gempak ahh!! Aku dah lama nak bilik camni. Cantiknya! Siap ada gelung basketball lagi. Poster kereta!
"Happy je? Kenapa? Suka masuk bilik aku?"
"Aah! Aku dah lama mengidam nak bilik camni! Suka sangat! Bestlah bilik kau besar. Siap ada komputer sendiri tu! Aku lak kena share ngan abang aku yang mengada-ngada tu." Tangan Shah memegang apa saja yang terlihat di matanya. Katil, cadar, dinding, lantai, bola, tuala....
"Comellah kau ni, Shah. Mari aku tunjukkan kau sesuatu." Suis komputer ditekan. Kemudian, Amir menekan ikon My Picture. "Hm, kau suka tak gambar ni?"
"Gambar?" Shah merapati skrin komputer itu.
"Nah, aku dah zoom in. Cantik tak?"
Mata Shah tidak berkedip merenung potret seorang gadis yang terpapar pada skrin komputer itu. Berambut panjang separas bahu. Cantik! Tapi, macam pernah tengok muka dia. Ah....Aisey!! Lantas Shah merenung muka Amir yang tersenyum-senyum.
"Suka tak?"
"Cantik...eh...maksud aku gambar ni cantik."
"Orangnya lagi cantik..."
Shah telan liur. Dia mengalihkan pandangannya pada skrin komputer. Aku ke tu? Camne dia buat rambut aku panjang?
"Aku modify sikit gambar yang aku ambil. Sorrylah aku ambik tanpa kebenaran kau."
"Er...tak pe..." Shah dah tatau nak kata apa. Dia jadi tak keruan. "Aku rasa baik aku turun bawah!"
"Shah...." Amir menyambar lengan Shah. Shah agak terkejut dengan tindakan Amir itu. Dia kelu. "Ikhlas aku katakan, dah lama aku sukakan kau. Boleh tak kalau aku nak minta...hubungan kita lebih dari seorang kawan?"
"Gila apa?!" balas Shah spontan. Amir terkedu.
"A...aku .... aku tak boleh! Senang kata bagi aku cintan-cintan ni tak mainlah!" Tergagap-gagap Shah menutur kata.
Amir tersenyum.
"Naluri kau tetap perempuan, Shah. Yeah, aku pernah dengar Natalia puji kau handsome tapi aku tak leh tipu diri aku. Aku sukakan kau Shah. Mungkin dah jadi cinta..."
"Kau silap! Kita memang mesra jugak tapi aku tak pernah mimpi nak kau jadi pakwe aku! You're confuse, Mir. Aku rasa kau sukakan gambar aku dalam komputer tu. Bukan diri aku yang kat depan kau ni! Just forget it okay!" tegas Shah dan terus melangkah tetapi dihalang oleh Amir.
"Shahrina, aku memang cintakan kau. Aku tak keliru!" Dia memegang erat bahu Shah.
"Apa ni Mir? Aku nak keluarlah! Aku rasa baik kau hirup udara kat luar tu. Biar fresh sikit otak kau yang cramp tu!" marah Shah sambil cuba menolak tangan Amir.
"Shah....tolonglah..." Amir terus memeluk tubuh Shah tanpa memikirkan akibatnya.
"Ahh, Amir!! What've got into your mind?!!" Rusuk Amir ditendang dengan kuat. Lantas Amir melepaskan pelukannya. "Argh!! Bodoh! Silap aku datang ke rumah kau ni!! Jangan bagi aku jumpa muka kau lagi!!"
"Shah...Shah..!"
Shah terus keluar dari bilik Amir dan ketika menuruni anak tangga dia terserempak dengan kakak Amir. Gadis itu berhenti apabila lengannya disentuh Narizmi. Dia paksa diri mengukir senyuman.
"Kenapa ni, Shah?" tanya Narizmi mesra.
"Kak, Shah kena balik ni." Shah gelisah.
"Eh, nantilah dulu. Akak belum lagi borak dengan Shah." Narizmi pelik. Pesal ngan minah ni? Tiba-tiba, Narizmi perasan tubuh adiknya yang tercegat di tingkat atas. Wajah Amir pucat sedikit. "Apa hal ni?"
"Akak tanyalah Amir tu. Minta maaf, Shah terpaksa balik sekarang. Tahniah kak, sebab akak graduate dengan cemerlang. Lain kali ajelah kita sembang." Shah mengukir senyuman manis dan terus berlalu pergi.
"Amir?! I hope you have better explaination!" Mata Narizmi bulat merenung adiknya yang sudah menggaru kepala yang tak gatal tu.
AFTER SPM.........
"Kau nak buat apa lepas ni?"
"Entah. Kerja kot?" balas Shah acuh tak acuh.
"Kerja sama-sama nak? Hmm, kat fast food restraunt pun best jugak..."
"Cut it out!! Jangan sebut pasal fast food restraunt!"
Izzat tergamam. Pergh! Angin apa la pulak minah sorang ni? Garang betul. Ke datang bulan??
"Okay!!" Izzat tarik nafas. "Shah, dah lama aku nak tanya. Er...masa kat rumah Amir tu apa yang terjadi?"
"No big deal."
"Okay!" Peh, apa lagi aku nak kata? "Lega kan dah habis SPM?"
Shah diam.
"Kenapa ni, Shah? Kalau ada masalah, citelah kat aku."
"Tak de pape la. Aku cuma bosan." Tangan kanannya menyeluk poket seluarnya. Sepuntung rokok dikeluarkan dari kotak Dunhill lalu dicucuh dengan lighter. Shah menghisap rokok itu lama.
"Er...kalau kau dapat offer gi luar negara, kau terima?" tanya Izzat lagi.
"Mungkin."
Izzat tunduk. Shah perasan wajah Izzat yang muram itu tetapi sengaja dia buat tak peduli. Banyak lagi benda yang perlu difikirkan dalam kepala otaknya. Shah mengeluh. Dah lama aku tak jumpa Amir. Hari tu ada juga aku pergi Dave's Deli, kebetulan je sebab abang aku nak makan kat situ tapi dengar khabar Amir dah berhenti kerja. Entahlah kat mana lelaki itu sekarang. Huh! Lebih baik macam ni! Dia sukakan aku sebab dia jatuh cinta dengan gambar yang dia modify tu. Sapalah aku ni kan. Sampai mati pun tak de laki sukakan aku. Tak de ke? Hmm, lepas malam tu jugak Natalia dah tak cakap apa-apa pasal abang dia kat aku. Dia buat cam tak de apa-apa yang terjadi. Lega jugak sebab aku malas nak bersoal jawab dengan dia.
"Yok ah. Kita gi main game kat arked." ajak Shah lalu berdiri sambil mengibas punggungnya. Izzat tidak berganjak. "Hoi! Kau nak gerak ke tak ni?"
"Er...er..sorry! Aku tak dengar tadi."
"Layan blues ah tu! Tak pun ingat awek." balas Shah kasar dan terus berlalu pergi. Terkocoh-kocoh Izzat mengikut gadis itu.
"Shah, masuk kali ni dah tiga batang rokok kau telan. Tak eloklah untuk kesihatan. Lepas ni jangan hisap lagi ye?"
Shah memandang muka Izzat dengan pandangan yang meluat.
"Heh, sejak bila kau jadi penasihat aku ni? Kau bukan bapak aku nak tegur aku. Lagi pun, bagi aku tiga batang rokok tu biasa je. Belum lagi aku habiskan dua kotak rokok!"
"Kau tahu tak...kalau selalu hisap rokok nanti mandul."
Wajah Shah merona merah. Dia tidak memandang muka Izzat dan terus mempercepatkan langkah. Izzat tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aiseh, aku dah terlepas cakap la pulak?
"Eh, sorrylah! Tapi aku cakap betul."
"Mandul pun mandul la! Bukannya aku nak kahwin."
Izzat terkedu. Wargh! Apa yang ada dalam kepala otak minah ni??
"Cepatlah mangkuk! Karang tertinggal bas." Puntung rokok tadi dibuang. Shah terus berlari menuju ke arah bas yang berhenti tidak jauh dari mereka.
"Ha!Ha!Ha!!"
Muka Izzat masam mencuka. Hee, pompuan ni! Kalau iye pun janganlah gelak cam setan! Mengalahkan laki aje laa. Dah ramai mata yang memandang ni.
"Malu tak?! Ni dah masuk kali kelima kau kalah main Daytona dengana aku!" kata Shah seakan-akan menghinanya. Apa kejadahnya Shah ni? Nak balas dendam apa pulak?? Ke pasal hal mandul tu? "Aku nak main game lain. Bosan main dengan kau."
Shah bangun tetapi dua orang pemuda yang tidak dikenali menyekat laluannya. Dengan muka toya, Shah merenung mereka. Izzat dah mula rasa tak sedap hati.
"Tere kau main Daytona ni. Pekata kalau lawan dengan kitorang? Yang kalah kena bayar RM100! Deal?" ujar salah seorang daripada mereka.
"Sorrylah brother. Aku pokai sekarang ni. No money." Sekotak rokok dikeluarkan dari poket seluarnya. Seperti biasa, Izzat hanya sekadar memerhati dan tidak mampu untuk menegurnya lagi. Dah bosan!
"Pompuan?? Aku ingatkan laki tadi? Baguslah kalau camtue!" Sorang lagi rakannya ketawa. "Pompuan tak cun tau kalau merokok ni? Hey, berlagak cam lelaki je!"
"Mampus akulah! So...blah ah! Aku nak jalan ni."
"Kau tak leh keluar dari tempat arked ni selagi kau tak lawan dengan kitorang. Kita main lima pusingan. Sapa yang banyak menang dia akan dapat RM200....itu kalau kau menang."
"Er...abang! Kitorang memang kesuntukan masa ni. Lain kali ajela lawan yek. Jom, Shah..." sampuk Izzat seraya menarik lengan Shah tetapi ditepis kasar.
"Aku memang pantang dicabar ngan orang bermuka sengkek ni!! Yok ah!! Kita lawan!" Shah mengetap kuat rokoknya dibibir. Sesekali dia menghembus kasar asap rokok.
"Fuiyooo!! Cayalah awek brutal!!" kata lelaki tadi.
Mereka bertiga pun segera memasukkan koin masing-masing. Pilih Expert. Muka Shah serius gile. Rokok masih dikepit di antara dua bibir mungilnya itu. Hatinya mula panas dek disindir oleh dua orang lelaki tadi. Mampus kau!! Kau belum tau lagi betapa expertnya aku dengan game ni! Izzat pula tidak senang duduk. Dia hanya mampu berdoa agar si Shah ni menang. Hee, beraninya dia bertaruh. Kalau kalah camne?? Ish, mangkuk dua ekor tu mesti ada niat lain bila dah tau Shah ni pompuan. s i a l !
"Hah! Camne pompuan? Dua kali aku menang!! Lagi sekali kau bayarlah duit tu kat aku!" jerit lelaki berbaju merah. Shah hanya pekakkan telinga je. Dia mendengus. Ceh, belum menang lagi! Jaga kau!
"Shah...Shah...please la..." gumam Izzat sendirian. Ramai manusia berkerumun di sekeliling mereka apabila tau mereka bertaruh.
"Yahoo!! You go girl!!" jerit Izzat tiba-tiba apabila Shah menang pusingan ketiga. Bulat mata manusia disekelilingnya memandang wajah lelaki itu. Izzat jadi malu sendiri. Shah tersengih nakal. Bodoh.
"Come on...come on..." Puntung rokok yang semakin pendek itu dibuang oleh Shah. Matanya tidak berkedip memandang skrin di depannya. Shit!! Sikit lagi...sikit lagi.....YEAH!! "Huh! Lagi satu je jadi penentu! Anyway, better kau prepare duit kau orang tu! RM100 each okay."
"Tak tentu lagi!"
Izzat tersenyum lega sikit. Harap-harap Shah menang. Rasanya memang doa si Izzat ni diperkenankan, Shah menang pusingan kelima. Menjerit tak sedar diri si Izzat ni. Lega ar doh!!
"Mangkuk. Diamlah!" Shah menyepak kaki Izzat.
"Sorry!! Aku lega kau menang."
"Cayalah kau!" Beberapa orang lelaki datang mengucapkan tahniah kepada si Shah. Tak ketinggalan jugak kaum yang sejenis dengannya.
"Argh! Kau ni cute la. Jom minum? I belanja?" ucap seorang gadis tak sedar diri. Shah hanya tersenyum sinis.
"So, mana duit aku?" tanya Shah acuh tak acuh.
"Bodoh! Kau main tipu!"
"Tipu apa pulak? Lain la kalau mata kau dah buta, bolehlah kau tuduh aku camtu! Dah, bak sini RM200 aku!! Itu pun kalau kau tak dayus!"
"Celupar mulut betina ni!! Meh sini, biar aku belasah sikit!!" Lelaki tadi terus menerkam Shah tetapi sempat dielak. Terus Shah menghadiahkan sebuah tumbukan di belakang lelaki tadi. Dia menendang perut lelaki itu berkali-kali.
"Ha! Ha! Manusia tak tepati janji. Aku paling anti dengan manusia camtu, kau tau? Ni yang buat aku marah ni!!" Terus saja Shah menarik rambut lelaki tadi dan mukanya dihentak kuat pada lantai berkali-kali. "Aku benci kau!! Benci!!"
"Shah! Shah! Stop it! Karang mati pulak dia..." Tubuh Shah ditarik oleh Izzat.
"Tak boleh!! Selagi dia tak bayar duit aku, aku akan bunuh dia!!"
Ya Allah!! Apa yang dah merasuk dalam tubuh Shah ni? Kenapa dia out of control camni? Izzat memandang muka kawan lelaki tadi sambil mengisyaratkan kepadanya supaya membayar duit tu.
"Hehe, girl! Cukuplah tu! Janganlah buat hal kat sini. Er...hmm...nah! RM200 kau. Er..congrates!" Lelaki itu segera menghulurkan empat not lima puluh ringgit kepada Shah. Duit itu dirampas kasar.
"He. He. Tau pun takut. Thanks a lot. Lain kali jangan cari pasal dengan orang!! Ambik nih!!" Anu lelaki itu ditendang sehabis daya Shah. Apa lagi, melolonglah lelaki tadi. Sakit, perit dan senak bukan main! Kalau boleh nak cabut je anu tu dari tubuh dia. "Yok Izzat! He. He! Aku kaya!"
"Shah, kenapa dengan kau tadi? Ramai orang tengok kau tau!!"
"Kenapa apa?" balas Shah selamba. Dia mengira-ngira duit yang berada di tangannya.
"Kau cam nak bunuh dia je."
"Kau takut? Dia kan lelaki. Takkan matilah! Dah arh! Aku nak pergi makan."
"Shah! Geramnya!"
"Tipu!! Abang tipu!!!" Pasu bunga di atas meja dicapai lalu dibaling ke dinding. Habis pecah berderai. "Jangan tipu Shah!!"
"Shah...Shah. Dengar cakap abang ni..." Kedua-dua belah tangan adiknya digenggam erat. Mata mereka bertembung. "Petang semalam, Rafizul jumpa dia kat dalam semak dekat taman tu. Memang parah juga keadaan dia. Mungkin dia akan koma...."
"Sa...sapa buat dia camtu?!" tanya Shah perlahan. Matanya tidak berkedip merenung wajah abangnya.
"Tak tahu."
"Shah nak tengok dia!! Bawa Shah tengok dia!!" Kolar baju Shazril dicekup kasar, hampir-hampir tercekik anak teruna En. Kamal yang sorang tu.
"Shah!! Jangan camni. Diam okay. Meh, abang bawa Shah gi hospital." Shazril memeluk bahu adiknya dan membawanya masuk ke dalam kereta. "Duduk diam-diam."
Setibanya mereka di hospital, kedua-dua kembar itu bergegas ke ICU yang menempatkan Izzat. Mereka tidak dibenarkan masuk memandangkan keadaan Izzat yang agak teruk. Takut mengganggu.
"Shah! Jangan masuk! Hish!"
"Abang! Lantak Shah la. Shah kena tengok Izzat dari dekat!!" Tangan abangnya ditepis dan dia terus meluru ke dalam wad itu sebaik saja doktor dan jururawat tadi hilang dari pandangan mata.
"Hish!! Degil siot." gumam Shazril sendirian.
Shah terkedu seketika tatkala menatap wajah Izzat. Izzat.....teruknya dia! Wajah Izzat yang lebam-lebam dan berparut panjang di antara kedua-dua matanya. Sebelah kakinya patah dan terpaksa dimasukkan besi. Begitu juga dengan kedua-dua belah tangannya. Ya Allah! Selamatkanlah Izzat. Macam mana boleh jadi macam ni? Siapa yang dengki dengan Izzat? Izzat, kuatkan semangat kau! Jangan mati lagi! Aku tak nak kehilangan sorang kawan yang baik cam kau!
Jari jemari Izzat yang kasar disentuh diusap lembut oleh Shah. Kemudian, dia menggenggam erat tangan Izzat. Shah melabuhkan punggungnya di sisi Izzat. Dan inilah kali pertama dia menyentuh wajah Izzat. Hatinya menjadi sayu. Siapa yang jahanam sangat ni? Tak berakal!! Sampai hati dia belasah Izzat sampai jadi camni!
"Izzat....bangunlah...Jangan tinggalkan aku sorang. Kaulah kawan terbaik aku!" bisik Shah sendirian. Walaupun hati Shah terasa hiba, namun tiada setitik pun air mata yang bergenang di kolam matanya. Entah kenapa.
"Shah....jom balik. Nanti kalau doktor tu datang, kang dia marah."
"Mampus dialah! Ingat Shah takut ke?" balas Shah kasar.
"Shah! Jangan degil. Kau nak abang heret keluar ke??"
"Buatlah. Shah pun nak tengok."
Shazril kehilangan kata. Sakitnya hati dapat adik cam s i a l ! Degil nak mampos!
"Please, cik Shahrina. Jom kita balik. Lain kali kita datang lagi. Tolong dengar kata abang." Sengaja Shazril mencengkam kuat lengan Shah. Shah merenung tajam ke arah abangnya.
"Fine." Shah terus blah.
Shazril tersenyum. Kemudian, dia memandang Izzat yang terbaring kaku. Eh, Izzat. Kau nampak tak tu? Adik aku pegang tangan kau! Dia pegang muka kau jugak! Kalau kau sedar mesti kau dah melompat cam orang gile. Hmm, nampaknya dia memang sayangkan kau. Sebagai apa tu aku tak pasti.
"Nak pergi ke?" tanya En. Kamal.
"Entahlah, yah. Shah confuse! Baru Shah tau sekarang. Izzat kena pukul disebabkan Shah. Jadi, Shah rasa bersalah. Tapi, Shah malu jugak nak berdepan dengan dia....walaupun dia koma..."
"Shah, fikirlah masak-masak. Lagipun, peluang macam ni sekali je datang. Mungkin setahun Shah kena buat persediaan kat KYPM...tapi takde ruginya. Ayah tak nak kata apa-apa. Shah dah besar, boleh buat keputusan sendiri."
"Er...hm...Shah nak sangat pergi. Abang?" Shah pandang ke arah Shazril. Lelaki itu hanya tersenyum. "Kalau camtu....Shah nak pergi! Dah lama Shah idamkan offer ni."
"Sure?" tanya En. Kamal.
"Of course!"
"Apa-apa pun, ayah berbangga dengan result Shah. Straight A1! Ril pun walaupun 8A1 dan 1A2 tapi ayah tetap berbangga. Hmm, kalau korang dua dapat offer yang sama kan bagus. Tak de la ayah risau sangat nak lepaskan Shah pergi sorang-sorang."
"Releklah ayah. Shah kan dah besar?"
"Sebab dah besarlah ayah takut! Lawa pulak tu!"
"Mengada betul." Shah ketawa kecil. "Hmm, abang. Nanti abang tolong tengok-tengokkan Izzat ye? Kalau dia tau result dia baik mesti dia suka."
Izzat, aku pasti akan merindui kau. Kau terlalu baik bagi aku. Aku minta maaf atas segala kesilapan dan kekasaran yang pernah aku lakukan terhadap kau. Aku memang bertuah sebab dapat kawan cam ko. Minta maaf lagi sekali kerana aku menyebabkan kau jadi begini. Bangunlah, Izzat! Aku lebih rela dengar kau membebel, memarahi aku daripada kau tidur macam ni. Bangunlah!! Kau pekak ke?! Geram aku tengok kau buat muka poyo camni! Izzat!
\
Eight years later........
"Bosannya. Hari-hari buat benda sama je!! Kerja, balik rumah, makan, tidur, kerja, kerja, kerja!! Eii, tak habis-habis!" rungut Izzat sambil menguak kasar rambutnya.
"Kalau nak kelainan sikit, cari awek! Bukannya susah. Tengok aku ni, dah berapa kali tukar awek." balas Shazril sambil ketawa.
"Aku ni bukan cam ko! Kalau boleh, aku nakkan cinta pertama aku tu terus ke jinjang pelamin."
"Hai, perli nampak? Relak ah! So, kopi ni sapa nak bayar? Kau belanja aku kali ni, please?"
"Hampeh kau ni! Bosan nak keluar ngan kau! Habis duit aku kena belanja kau! Ni belum ada awek lagi ni!" komen Izzat sungguh-sungguh. "Kali ni aje okay!!"
"Thanks! Tu pasal aku suka keluar dengan kau!" Shazril ketawa besar.
"Jom gerak. Dah panas bontot aku lepak kat sini. Cuci mata best gak. Yok ah!" Izzat lebih dulu mengatur langkah meninggalkan kafe yang menjadi tempat mereka melepak. Tiba-tiba, Izzat perasan akan kekecohan yang berlaku tidak berapa jauh dari tempat dia dan Shazril berjalan. "Weh, Ril. Ada apa kat sana tu? Yok tengok?"
"Ala, gaduh ar tu. Cepatlah jalan."
"Lek ar! Jom kita tengok."
"Hee, mangkuk tandas betul!!" Shazril mengomel sendirian. Nak tak nak dia ikut jugak bestfriend dia tu.
"Hoi pompuan! Jangan menyesal kalau kau mampos nanti!!"
Seorang gadis berambut panjang separas pinggang hanya tersenyum manis. Tubuhnya yang solid dan terbentuk indah itu disaluti dengan cheongsam merah terbelah di pangkal paha. Kelihatan dua orang lelaki cedera teruk, mungkin dibelasah pompuan ni? Lelaki yang bertubuh sasa di depannya mula mengorak langkah namun gaya gadis itu tetap tidak berubah. Relax je.
"Wohh, lawa ah kaki pompuan tu!" gumam Shazril. Izzat mendengus kasar. Hee, camne la member aku yang sorang ni leh jadi mata keranjang?
Izzat hanya memandang gadis tadi bertarung dengan lelaki bertubuh besar itu. Hatinya diruntun simpati kerana tiada seorang lelaki pun yang sanggup untuk menolong gadis itu. Mungkin sebab gadis itu pandai berlawan so tak de yang berani tampil ke depan. Aku?! Argh! Aku dah fobia nak bertumbuk since koma 6 bulan dulu.
"Fuiyooo!! Cayalah pompuan ni! Mampos laki tu dikerjakan dia!" jeritan Shazril masih lagi didengar walaupun ditenggelami oleh sorakan para penonton jalanan.
Menang ke? Gadis tu dah menang? Izzat menghela nafas lega. Nasib baik dia tak de apa-apa. Eh, dia cam pandang aku je? Warghh! Dia senyumlahhh!! Gadis itu terus berlalu pergi. Beberapa orang lelaki menegurnya tetapi dia tidak melayan mereka. Izzat terpegun seketika.
"Izzat! Yok gerak! Pehal ni?"
"Ek..tak de pape." Senyuman yang menawan! Tapi, muka dia tu cina ke melayu? Putih betul. Cam familiar je.
Izzat masih lagi tidak dapat melupakan senyuman si gadis cheongsam itu. Jelitanya!! Habis angaulah aku karang!!
KRINGGGGGGGGGG!!!
Mak aih!! Terkejut je. Gagang telefon dicapai sambil hatinya merungut-rungut.
"Izzat, malam ni dinner kat rumah aku okay! Ayah aku ajak kau datang. Cam biasa okay? Kol 8 sharp mesti terpacul kat rumah aku!"
"Woiii!! Sabo laaa. Len kali kasi salam dulu! Haprak ah ko ni!" marah Izzat.
"Aiseh. Pesal ni? Lek ar. Orang nak kasi tuah dia marah-marah pulak. Yelaa, Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam."
"So, datang okay?"
"Eh, Ril...!"
Du! Du! Du! Mangkuk ayun! Dia letak la pulak. Hee. Malam ni ke? Ceh, langkah kanan la aku hari ni. Pak cik Kamal tu memang tere masak. Lagi-lagi kalo dia masak lasagna. Gempak siot!! Western cook!
Tepat jam 8 malam, Izzat dah terpacul kat depan pintu rumah Shazril. Pintu dibuka dan Izzat melangkah ke ruang tamu. Shazril hanya berseluar slack tanpa baju. Dia tersengih memandang muka Izzat.
0 comments:
Post a Comment