Friday, 17 June 2011

Hati Seorang Anak

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini. “Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi. “Insya’Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. “Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah. “Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai....

Tuesday, 14 June 2011

Kerana Ego

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku. Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu...

Kehadiran Org Ketiga Membahagiakan Kami

SaLam..x pakse utk dibaca,, tp jika anda baca ,, jdkan cerita ini sbgai pengajaran .. Perkenalan aku ngan  A'an .. amat la unik ,, jika.. aku ceritakAnnya.. pasti kamu semua gelak ,,  cerite aku nan die ade  di note dalam fb aq.. kbnyakkan kawan2.. aku ,,ckp ,,"tulah jgn bnci sgt ,,kan skg da TERSAYANG ... " Hubungan kami sekadar kawan ..biasa .. sudah  6 tahun sejak di bangku sekolah ..DEclare in serius relationship .. sudah 2 tahun 4 bulan 9 hari...MEngenalinya bukan suatu perkara yg mudah ..memahaminya bukan suatu perkara yg ..senang ..aku memerlukan kesabaran yg tinggi ,, utk menepis egonya,,barannya,, dan ketidak keyakinan nya pd aq..krn A'an takot peristiwa .. hitamnya akan berulang lagi ,, cukup 2x die  die tewas dan dipermainkan oleh gadis,, yg ,,, x pernah ...

Cerpen : Setulus Cintamu 5

“Ah!” Matanya terbuka luas. Dia merenung siling biliknya lama. Dadanya berombak kencang. Kenangan ni….kenapa tak nak hilang lagi? Kenapa tak lenyap je dari otak aku? Fauziah menekup wajahnya lama.  “Jee….ah, dah bangun pun. Mama ingat baru nak kejut.”  “Mama.” Fauziah menoleh sambil tersenyum tawar. Pn. Kamariah dapat menangkap emosi yang sedang bergolak di jiwa anak gadisnya. Dia mendekati Fauziah lalu memegang tangan mulus itu. “Jee, kuatkan semangat. Tiada apa yang mustahil dalam dunia ni jika kita berusaha.” Fauziah diam. “Lupakanlah kenangan pahit itu. Buang ia jauh-jauh. Face it! Terimalah kenyataan. Jee sendiri yang boleh mengubahnya. Lupakan segalanya. Tak untung kalau terus diingat. Jee sendiri yang merana. Lelaki macam tu bersepah tepi jalan, Jee. Tak layak dengan Jee.”...

Page 1 of 4512345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons