Saturday, 14 January 2012

Tidur yang Sunat kita kejutkan

 
Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut: 
Pertama:
seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.
Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat
kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya
kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari – sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
” Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah.
Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang.
Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap.
Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)

Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.
Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

Friday, 13 January 2012

Kamus bahasa utara

Kamus Orang UTARA:

1. Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar 
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15. Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 .Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet
111. Ketuat = kutil
112. Mengacom = mengadu
113. Mengkelan = tersangkut makanan
114. Kueh danga = kueh dari kelapa parut, gula dan dibakar
115. Kueh ka-qhas = kueh macam "bihun" / karas
116. Mot = bawak/ muat / bonceng
117. En-jos = exzos
118. Pedai ayam = kunci mangga/padlock
119. Pre-went = sprocket/ freewheel
120. Pe-diaq = rasa macam "colgate" / rasa durian yg tak manis
121. To-qheh = turis/ calar
122. Tungging buyung = "somersault"
123. Ponen = pondan/lembut, waria
124. Kesot = Injak / mengesot
125. Qhamaih = Ramas
126. Boroi = Berperut buncit
127. Kedeqhat = Kudrat
128. Biaq = Biar
129. Qhabat = Panjat
130. Ragaih = Panjat
131. Ghamei = Suka/gembira
132. Terebey = Lastik
133. Keciwi / ciwi = Belagak dgn barang baru beli / syok sendiri
134. Belengaih = Kotor
135. Contiang = Lukis
136. Mengkala = Kalau / seandainya
137. Katik / kemetot = Kecik / kiut miut
138. Celapak = Terkam / lompat
139. Se-gheyau = Takut- takut
140. Mengketedarah = Makan / makan dgn banyak
141. Melahaq = Lapar /Makan
142. Hampa = Mereka / kamu / awak
143. Depa = Mereka
144. Merenyam = Gatal (playgirl)
145. Tak dan = Tak sempat
146. Nyeh = Buang hingus
147. Ghe-nyeh = Senyum nampak gigi ( senyum kambing )
148. Singkiaq = Singkir (tak bermaksud singkir Darat/Singkir Laut di merbok tu..hehe)
149. Keleboq = Selut hitam
150. Pancoq = paip air

Israel mengganas{apa perasaan kita ketika saudara kita dizalimi dan terus dizalimi demi mempertahankan kesucian Masjid Al Aqsa}


Seratus Perempuan Palestin Diseret dan Ditangkap Zionis

9 April 2011

Sama waktunya dengan kematian belasan warga Palestin di Gaza karana dihujani bom fosfur putih, sekitar 100 perempuan di desa Awarta di Tepi Barat diserbu, diseret dan ditangkap oleh pasukan Zionis.

Berbagai media memberitakan, ratusan askar bersenjata lengkap menyerbu masuk Awarta, dekat Nablus, dengan alasan mencari pembunuh sekeluarga penduduk Yahudi  di Itamar.

Mereka merosakkan pintu-pintu rumah lalu menangkap kaum perempuannya pada hari Kamis, 7 April lalu.

Banyak di antara kaum perempuan yang diserat dan dtangkap itu sudah tua.

Sejumlah perempuan itu dilepaskan setelah diambil cap jarinya serta sampel DNA.

Namun sekarang mash ada 20 orang perempuan dalam tahanan Zionis – sehingga kini 75 orang penduduk Awarta yang ditangkap setelah peristiwa pembunuhan lima orang pemukim Yahudi di Itamar bulan lalu itu.

Serangan-serangan ke pelbagai desa di Tepi Barat ini sudah menjadi rutin harian lebih dari sebulan lepas, ratusan telah orang ditangkap dengan berbagai alasan.

Namun Khamis lepas adalah kali pertama pihak Zionis menangkap kaum perempuan.

PBB tidak akan menarik balik Goldstone Report

9 April 2011

Sekertariat PBB Ban Ki-Moon menegaskan tidak akan menarik balik The Goldstone Report meskipun penulis utamanya, Hakim Richard Goldstone, menarik kembali sebagian laporan kejahatan perang Zionis pada Operation Cast Lead di Gaza, 2008 – 2009 itu.

Berbagai media barat mengutip pernyataan Ban Ki-Moon itu dalam pertemuannya dengan ‘Presiden Israel’ Shimon Peres yang tengah mengadakan roadshow ke berbagai negara mencari hubungan diplomatik terhadap kebijakan-kebijakan Zionis.

The Goldstone Report itu disiapkan atas permintaan PBB dan sudah di pada 2009. Baru-baru ini Goldstone menunjukkan kekesalan dan teragak-agak hendak menarik kembali laporannya sendiri. Para analis menduga sikapnya disebabkan tekanan dari pihak Zionis. 


Richard Goldstone.

Shimon Peres (kiri) dan Ban Ki-moon

Zionis Tidak Akan Berhenti Menggunakan Bom Fosfor Putih

9 April 2011

Pemerintahan Zionis menolak permintaan PBB untuk menghentikan penggunaan bom fosfor putih yang sudah dinyatakan terlarang di perngkat antarabangsa.

Kebelakangan ini, Zionis menyerahkan laporan yang mengakui telah menggunakanwhite phosphorous bombs pada penyerangan 23 hari ke Gaza di pergantian tahun 2008 – 2009 yang menyebabkan ratusan orang mati terbakar dan kerosakan alam yang parah.

Serangan 2008-2009 itu diberi nama Operation Cast Lead atau Operasi Timah Panas.
Sebelumnya Tel Aviv selalu menolak tuduhan telah menggunakan bom itu, namun sekarang mereka menyatakan akan terus menggunakan bom itu namun “secara terbatas.”

Militer Zionis hari ini sudah menyebabkan 18 kematian  dan 90 orang lagi cedera. Zionis menamakan operasinya kali ini dengan nama Operation Scorching Summer atau Operasi Musim Panas Membakar. 




F-16 Zionis Terbang Rendah di Atas Gaza­­­

9 April 2011

Pesawat-pesawat tempur F-16 dan pesawat-pesawat tanpa pemandu (drones) Zionis terbang rendah di atas Jalur Gaza. Di Rafah, tiga orang penduduk Palestin mati. Tiga korban yang terbaru ini bernama Tayser Abu Snina, Syadi Alzatma dan Muhammad Audah.

Dari pagi Jumaat waktu Gaza hingga sekarang, sekurang-kurangnya 18 orang sudah korban digempur dari udara dan darat oleh askar Zionis. Jumlah warga Gaza yang mengalami kecederaan sudah melebihi 90 orang.

Ynetnews melaporkan, tekad Zionis adalah “Memaksa Hamas membayar harga yang mahal” atas serangannya ke atas sebuah bus sekolah di Asqalan yang menyebabkan seorang anak lelaki 16 tahun cedera parah dan pemandu bas tersebut luka ringan kemarin, Jumaat.




Kronologi Serangan Zionis 9 April 2011

(07.27 pagi, Mesir): Adham - seorang pemuda syahid, dan seorang lagi cedera parah di timur Jabaliyah, utara Gaza.

(07.13 pagi, Mesir): Pejuang SARAYA AL-QUDS mengebom Ushdud pagi ini dengan dua serangan roket jenis 'grad'.

(07.12 pagi, Mesir): DEBKA versi hebrew - Serangan Israel di Gaza kali ini amat rumut berikutan perubahan strategi perang yang dilakukan HAMAS.

(06.31 pagi, Mesir): DEBKA versi hebrew - Dalam masa 24 jam, 70 serangan roket menyerang Israel. Di antara jumlah tersebut, lebih 20 roket jenis 'grad'.

(06.12 pagi, Mesir): Kereta kebal zionis mengebom di timur daerah Qararah, Khan Yunus, selatan Gaza.

 (03.20 pagi, Mesir): Beberapa serangan roket jenis 'grad' menyerang kawasan-kawasan terbuka di utara Ushdud.

(03.01 pagi, Mesir): 2 warga Israel cedera apabiila serangan terbaru roket 'grad' gugur di Beersheba.

(01.15 pagi, Mesir): Zionis menyerang sebuah kawasan berhampiran bangunan kebajikan masyarakat di timur daerah Jabaliyah, utara Gaza. Seorang penduduk Palestin cedera ringan.

(01.05 pagi, Mesir): Media Israel 'Yedioth Ahronoth' lapor 3 warga haram cedera ringan akibat serangan roket 'grad' di Beersheba.

(12.37 pagi, Mesir): 2 serangan zionis di Gaza. Satu serangan menyasarkan lokasi di bandar Gaza dan satu lagi serangan di utara Gaza.

(12.03 pagi, Mesir): 2 pejuang AL-QASSAM cedera parah dari kereta yang menjadi sasaran serangan zionis. Terkini, komander AL-QASSAM, Taisir Abu Asnainah syahid. Dikatakan, 2 lagi syahid dalam serangan itu.

08/04:11.53 malam, Mesir): Zionis menyerang sebuah kereta di Hayyu Tel Sultan, barat Rafah. Beberapa orang dilaporkan cedera.

(08/04: 11.49 malam, Mesir): Bunyi siren kecemasan di bandar Beersheba(tanah jajahan), pejuang SARAYA AL-QUDS umum serang bandar tersebut dengan roket 'grad'.

(08/04:11.03 malam, Mesir): Pesawat tempur zionis F-16 mengebom sebuah terowong bawah tanah di Rafah.

Ayuh,sama-sama kita doakan kejayaan pejuang-pejuang Islam di Palestin. 

"PALESTIN KITA,MARUAH KITA" 

Sebarkan Pada umat islam tentang kekejaman Israel,..sebagai peringatan dan tanda ambil peduli kita terhadap saudara kita,..tanda kasih dan sayang kita terhadap saudara kita,..mari kita kuatkan ummah,ddengan  menyatukan seluruh umat islam untuk menentang kezaliman terhadap saudara kita,...



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grocery Coupons