Tatkala suami seakan tidak bernafsu untuk melakukan hubungan seks, ramai isteri akan menuduh suami punya ‘cawangan lain’. Hanya sedikit yang memandang bahawa puncanya mungkin adalah dari diri sendiri. Tidak mustahil apa yang terjadi ini sebenarnya bukan kerana kehadiran orang ketiga tapi kerana anda lupa untuk menggilap aspek diri yang menjadi pencetus ghairah suami.Kealpaan ini membuatkan lama kelamaan suami mula bosan dan tawar hati untuk mengadakan hubungan seks. Jadi sebelum ia berlaku pada diri anda maka perhatikan 8 pencetus ghairah seks suami yang pada diri anda dan gilaplah ia sebelum terlambat.
1. Tubuh Isteri
Tak semestinya anda gemuk, anda tiada tarikan. Perhatikan mana satu aset dari tubuh anda yang menonjol maka pamerkannya. Sebagai contoh anda mungkin punya kulit halus mulus...